Sikit update n n3 tertunda


Rasa nak gigit siku sambil pejam mata rapat2 menahan diri bila tengok benda2 'haram' dan terlarang masa2 kritikal cam sekarang nih. Godaan ada di mana-mana wehhh...selagi kena report catatan sugar level kt doktor selagi tu ler kena jauhkan diri macam nampak singa mengeram. Tak menahan dowh...


Wahai tekak jangan la kau teringin mengada nak makan macam-macam dan bukan2 macam nih...kuatkanlah semangat aku, berilah kekuatan luarbiasa semangat waja sepanjang 6-7 bulan ini. Nampaknya berbanding masa mengandungkan Ammar dulu, kali ni mabuk2 tu kurang le sikit. Klu ngan Ammar dulu taim2 ni mmg makcik dah tak bangun dah...muntah2 sepanjang masa sampai masuk wad masuk berbotol2 air sbb terhidrat kaw giler. Harap2 keadaan ni maintain la sebulan dua nih. Cumanya bila masuk pukul 4 p.m. dah mulalah...perut tu bersommersault berangin bergas mintak isi makan, lapar giler masuk angin sampai buleh termuntah2 angin. Nak makan kang sat gi nak kena chek gula...sumbat ler apa2 patut ngan biskut fiber ker...lately perut cepat lapar, aduhh bayangkan derita tu, nak makan sgt tak boleh, so berastagfar je lah makcik...agaknya sbb insulin tu kot maka perut cepat lapar...sabo jelah mak yong...

Makin aku baca artikel2 pasai diabetic pregnancy ni, makin takut lak aku dan macam2 pikiran negatif bersawang. Kadang2 my worst imagination tu kata kalu nak jadi apa2 bio le awal2 camni sbb takut giler ngan risiko silent death masa dah nak deliver atau defect kt baby ker choyyyyyy...astaghfirullahalazim giler betul pikiran makcik nih, makcik masih tak sedar2 dan ingat2 akan kuasa tuhan ker...camanalah nak belah otak makcik ni dan buang part yg suka pikir negatif tu...

------------------------------------------------------------------------------

Meanwhile, ni kira entry dah basi.. gambo2 raya ari tu, Syawal pun dah nak abis nih, masa ni makcik tgh tak berapa nak larat, tp tekak larat pulak pulun macam2, hish tatau le kadar kandungan gula taim raya tu camana eh....anyway, genjoy ngan gambo2 yg agak gloomy masa raya nih...yelah, raya tahun ni kan hujan hampir sepanjang hari...



Gambar ramai2 versi tak ready... ni jelah anak-beranak yg ada berkumpul pagi raya + 4 org bibik yg dititipkan oleh majikan masing2 sbb ada yg beraya umah inlaw...sonang keje makcik ngan adanya 4 bibik bersaudara taim raya nih...clear dapur mak tu. Malam raya aku masak rendang Tok which was a hit masa hari raya ecehhhh, sempat call MIL kt Perak double check the resepi, tp tah mana lak aku letak gambo tu dlm folder apa. Hari raya tu ada sate, rendang ayam n tok, nasi impit, kuah kacang, daging kambing dah tak ingat masak apa tah...oh, the bibiks masak sup indon ntah apa tah namanya, udon ke, apa ler, etc. Mak masak nasi dagang raya kedua.


Sebahagian dari mereka yg kegembiraan pd pagi raya itu dan tak kurang juga kena paksa bergambar. Keluarga mak yong 3 beranak pakai baju hijau 2 dondon sbb ada 2 ton kaler. Oh nampak tak abang ipo aku yg pakai tshirt oren pagi raya tu.. gara2 bini dia merangkap akak aku yg buleh tertinggal baju raya laki dia...ish...akak aku yg sorang tu mmg agak clumsy sket, selalu ada aje benda yg dia tertinggal, tp she's the best listener dlm 4 org akak2 aku, sayang Kak Tie dan semuanya juga...


Hai emak...boleh layan Mus May pagi raya ni emak...jangan lupa duit raya kat cucu2 ye mak. Tahun ni mak belanja besar bagi cucu2nya duit raya, berasalah Ammar dpt RM50 pagi raya dr Awe...ha, kalu sorang RM50 tatau berapalah mak spent kt anak cucu mak yg berteritip tu...hai murah rezeki emak hari raya ni, hasil duit ladang arwah Tok Ki juga tu kan Awe kan...sayang kt Awe, kata cucu2 Awe ari raya tu hehehe....


Petang raya mak layan youtube...ewah...nenek zaman sekarang ni jgn main2...sebenarnya mak layan ceramah agama kt youtube ngeh ngeh...


Last but not the least...our first kindy kt Kuantan is opening-coming soon you alls! Mak Yong jadik ala2 Pengerusi merangkap sleeping partner merangkap pelabur, share ngan adik bongsu yg dok Kuantan, monitored by anak buah yg dah ada cawangan kt Pristana Sungai Buloh. Harap2 dimudahkan segala urusannya nanti, insyaAllah, sape2 yg dok kt Kuantan tu silalah jemput ke hari terbuka ini nanti, tp mak yong tak dpt balik masa opening nih..

Oklah for now, see you soon.

Comments

Salam Yong,

wahhhhhhhhhhhhhhhhh!!

CONGRATS !! AKU EXCITEDDD utk ko ! Aku macam nak tapi malaslah pulak .. hehe.


Sorilah lama tak jenguk. Aku sibuk lately. Melambak2 keje lepas raya ni. Bos pulak dah duk belakang aku. Lagi susah nak tenet..
photo said…
tq dear Rina...aku ni happy gek, tp gundah gulana juga sbb keadaan aku yg diabetik nih, takut juga sbb high risk pregnancy...
ishhhh ko ok apa, buleh lagi nak menambah sebelum big 40 tuh...aku ni selalu nak say hi kt blog ko tapi entry ko mesti ada byk komen, sian ko nak baca satu2 heh...
Yong Kamariah said…
apsal nama aku jadik photo tetiba nih..gawat nih

Popular Posts