Cobaan lagi ...dan aktiviti Ammar

Aduhai...dugaan sepanjang jalan betul bagi aku nak dapatkan anak kedua nih. Last week buat screening and blood test, hari ni klinik call kata doc nak jumpa, nak discuss result. Kali ni tunggu lama, doc macam saje jadikkan aku patient last. Jadi doctor lawa cakap ada satu envelope P&C dari lab. Adusss apalagi nih... test for the baby sume ok, utk test abnormalilities tu sume low risk. Tang bahagian mak tak baper nak ok. Sebab...ujian darah utk HIV tertera tulisan INDETERMINATE. Doktor lawa pun cam clueless je pandang aku, aku ngan pak encik lagik le clueless. Jadik kena buat 1 lagi test HIV in a month time. Doc said sometimes result might be false disbbkan beb faktor cam other viral detection whatsoever. Doc siap bagi nasihat the do's and don'ts as if benda tu positive. Adoiiii... setahu kami lah, takde lah pernah melalui blood transfusion ke, leaving a not healthy life lagiklah jauhnya...tak pernah lagik menyimpang terpesong laluan hidup. Adoiii 1st trimester ni sungguh mencabar dan hidup dlm kesuspenan jek. Apapun aku pasrah, as long as we know who we are, yg lain tu sume ketentuan Allah taala adanya. kelakar jugak bila aku tanya pak inchik ada ke dia buat yg bukan2 masa pi Thailand ke, masa muda genjoice giler hape ke, macam nak bersilat plak dia mendeniablekan. Hihi, taulah bang oi abang tu camne, sikit pun takdek syak bukan2. Klu betul pun masa lahirkan dak Ammar lagi dah dpt detect. Pasrahhhh je lah...cuak tu mmg le cuak, tp nak pikir positive jek sekrang...nilah chobaan....

---------------------------------------------------------------------------------
Anyway dlm fokus sgt kt prenancy kedua nih, dah lupa la plak nak sembang gebang pasai dak Ammar. Last week sekolah bg surat ada pertandingan renang. Macam tak caya je Ammar nak masuk competition ni. Dah 2-3 tahun masuk terapi renang cenggitu jugak le skil berenangnya, masih le takut kt air dalam. Hermmm dah paham lah klu dah utk pendidikan khas nih jgn harap le pertandingan yg macam Phelps masuk tu. Tak dek makna de nak 100m ke, kuak kupu2 ker... takper ler, as long as the kids have fun...genjoice the pix.


Baik kanak2...kita buat aktiviti regangan dulu...


budak demok in action.... sume baju swimming dah sendat barat, tinggal sepentot ni je muat, dah hujung2 tahun malas beli baru... anyway, you rilli have a crush on her, don't you?


hermmm.. dah cukup ke RM15-20k dlm akaun tu bang?


tak acilah guna floating board kutip bola dlm air...


swim, ammar swim...


Yeay...kita semua bukan pengalah...dpt naik juara pun ok lah tu...

Comments

Salam Yong, glad to read about your baby in the tummy progress. Memang kita suma nak terbaik utk anak2 kitakan, terpaksa kita berbelanja berlebih2an untuk diorang ni kan. Dengar cakap PAkinchik tu, duit rezeki suma boleh dicari, ingat tu! Dont worry about the HIV test tu, memang kebanyakan signs & symptons HIV tu almost sama dengan penyakit2 atau petanda2 penyakit yang lain jugak. InsyaAllah it is a false alarm. LOL kesian pulak Pakinchik kena disoal siasat haahh mesti panik dia sekejap! Tu lah dah lama tak dengar cerita Ammar, seronok tengok dia berenang!!InsyaAllah Ammar will gonna get better in everything he does... Take care Yong!
Yong Kamariah said…
thanks fasha dear...itu lerrrrr dia nyerrrrrr...false alarm tu sungguh menyeksa jiwa dan ragakuuuu...elok2 tak 'berdosa' jadik cuak getik, yelah, takut2 kecuaian pihak klinik/hospital taim wat any medical check up ker...haha mmg panik giler pakinchik...ammar tu klu main air mmg suka bangat!
festaim dengar ada result camtu atau aku yg tak alert.Siapalah yang tak risau.. Kesian pulak abg ko kena ala-ala soal-siasat.


Amar bertambah sihat-bulat sekarang ni !
Yong Kamariah said…
Rina - aku lagilah tak dek clue...result tu cam nak sedapkan hati jek, cam tak sampai hati nak tulih negatif ke positif ke, cuak giler mak...
ammar mmg makin sihat membulat - hari2 cukup 3 kali hidangan nasi!
Aida Rezuan said…
Yong,
Bagus la dengo suma ok. Hmm saya nak komen pasal result tuh, tak reti la pulak sebab tak de anak. Huhu! Tapi macam kengkawan lain ckp la, maybe tuh tanda lain kot. Jgn risau2 ye Yong.

Hepi bebenor tengok Ammar bergandingan dengan si gadis kenit tuh ye? Hehe!
Yong Kamariah said…
Aida - riso tu tetap riso... yelah, kita mmg tak buat benda bukan2 tp takut kecuaian pihak lain buleh juga buat kita merana, harap2 false alarm lah hendaknya...
Ammar tu dlm gambar2 tu kira tak berlekang dr budak pompuan tu tehehe...
Maya Marisa said…
Yong,
Happy to see that Ammar is having a great time. Budak mana ler yg tak suka main air kan?
I dulu pun pernah undergo HIV test. Not during pregnancy time, but for pre-employment medical check up for one of the big 4 dulu. undeniably, selagi result tak kluar, selagi tu hati nie tak keruan. but alhamdulillah, the result was negative...eerr kalau positive, lagi i garu kepala, camana pulak dapatnyer nie...time tu pulak still anak dara belaka.
Yong Kamariah said…
Dear Maya,

Klu result tu indicate negative or positive atleast ada le juga kata noktahnya ye tak... ni tak, saja buat diriku tak keruan adanya beb! hihi sib baiklah result maya tak Indeterminate jugak masa tu, klu tak haru le Maya nak pikir mana dpt virus tu klu turn out to be the other way round!

Popular Posts