Thursday, January 12, 2012

Kisah aku dan lagu...little kindy, etc...

 Salam semua, barokah day utk semua.



wah wah wah.... bergigih biji mata mak mlm tadi tgk Hindustan kt TV2 punya pasal. Klu citer Chittu the robotic aka Ranjinikath tak baper nak bergigih sgt, dia punya auta kare lenmacam sampai mak pingsan 2-3 round masa tgh tgk, tp dgn Dilwale iskk...3 jam boley tahan sampai kul 1.30 a.m. tu. Love epic sepanjang zaman tu. Mere beta mere khurur haiii....aiseymannn tu je dialog tak boley blah mak takkan lupa, anyway dah baper kali dah tv nasional tayang tp tak sempat tgk, so tak dek feel, semalam lepas anak2 dah smack down K.O. punya penangan buley le feel sorang2. Klu masa zmn anak dara dulu toksah cakap lerrrr ntah baper kali katam hahaha....semalam ada lebey feel sket sbb ada sarikata professional gitew, dedulu masa tgk CD ntahapa2 translate bahasa Melayu pung aku tak paham daaaaa...direct translate mmg le lawak giler cam kt dlm wayang tu, poyo jek.

Kenapa citer ni aku feel lebih sgt eh? Sbb citer ni sgt berbekas dlm hati aku, each time I watch it mesti terkenang cerita lama. Citer ni byk lagu2 indah, the one yg aku suka lagu Ho gaya hay tujko tu... masa dua2 rasa sesuatu after diorang dah berpisah ke destinasi memasing... kena betul ngan aku yg tgh kemaruk asmaradana masa tu eh eh ehchehwah....masa citer ni meletup (lambat sket kt Mesia ni aku rasa), kira aku tengah kepala ting tong... I was torn between 2 choices...well, well, kalau tuhan dah tetapkan jodoh kita ngan seseorang di Luh Mahfudz lagik, kita bercinta camana walau nak rak sekali pun, kalau tak jodoh takkan bersama, sbb dia dah ciptakan seseorang yg lebih baik untuk kita. Now, we are happy dengan jodoh masing-masing aku doakan kau bahagia selamanya dan aku doakan kebahagiaan ini berpanjangan amin.....epic betul citer cinta aku dedulu, satu keputusan paling sukar dan paling besar yang aku pernah buat dlm hidup..... ehhh tak bley citer lelebih sensitip, biarlah aku simpan selebihnya dlm lubuk hati ouwchhhh....nanti kalau Aly dah besar, Ummi akan citerkan sumenya kt adik...betul kata emak Simran tu, seseorang perempuan itu dalam hidupnya pasti akan membuat pengorbanan untuk kebahagiaan orang lain, be it as a sister, a daughter, a mother or a wife...tapi dia pasti akan menemui kebahagiaan yang hakiki jika dia mengikut kata hatinya untuk mencari bahagia....

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

By the by,



 
alhamdulillah... urusan mendaftarkan perniagaan dah selesai.. iskk, terharunya hati dah ada co. sendirik walau entah apa le yg jadik kt sana nun haha...tahun ni alhamdillah, student kami makin ramai so kena bukak ala2 lagi satu branch...makonya register atas nama mokcik.. mokcik ni relakan aje ler, walau hakikatnya jadik sleeping partner jek, tp tak pe la kan, janji bulan2 ada le side income sesikit. walau tak banyak tapi syukur alhamdulillah rezeki Allah taala. bersusah payah nak register ni, kena panjat jabatan pelajaran negerinya, kena pi SSM, lawak pi SSM nama tadika dah ada org pakai so tuko nama, tp pi kt JPN depa kata nama tak approve sbb depa nak nama dlm bahasa Melayu jerkkkk, so pi lagi SSM tuko nama... makanya jadik le nama tadika ni, tibai je susah2 ternganga tepi kaunter SSM tu nak congak2 nama gegege... insyaAllah, program ok, bebudak by 4 yrs dah boley baca, kita tambah iqra extra belah petang, wat semayang Duha nya, baca yaasin, so words by mouth parent2 pun ok so ramailah berminat katakan, sekian. ko nak tanya program lebih2 kt aku, aku tak baper fasih sgt, pengerusi terlelap le katakan, cam Canselor tu kan, dia tak mengurus, tp bila time nak grad je dia musti ada bg scroll muahahhaa.... janji meeting with teachers kompiden je menyoalsiasat cam CSI.

Antara aktiviti yg kami sempat buat end of last year, sambut besday bebudak (ish ish ish hover mak ko berkobar2 nyanyi lagu haji bakhil tu), sports day and ihtifal aka graduation night. Mati aku kena berucap aje, memula mak ok aje, tugas enteng dongg, buat teks then baca lahhhh, sekali aku nampak parents sengsorang keluokan ipad, iphone, kamera 10 pikul bagai kerumun pentas terusssss kejong kejap stage fright sume keluo daaaaaa... masa sports day tu tak kesah sgt sbb santai jerk, tp malam tu kena dok kt stage terus gabraaa nak pitam, aku pakai punyalah selekeh...giler punya mind setting cam tak kesah sgt... ala2 graduasi kanak2 ribena jerkkk, sekali parents hok datang macam nak gi kenduri kawin aka pegi beraya gitew....~pitam...jatuh imej mak~ tp once dah dpt mike mak terus hover uols...weyyyy makcik gemukkkkk suda...
 ---------------------------------------------------------------------------------------------------------

By the by, dah balik kampung tu mustilah menyompekkan diri JJCM. Sebenonya tak baper gemo nak pegi makan ikan bakar kt Tanjung Lumpur tu sbb org selalunya adalah berbulu2 ramai dan sesaknya, nak cari kedai hok betul beh tak plak fasih. Selalu reki2 kedai org tak baper ramai sbb tak menahan nak menunggu nya tew, tp risikonya adalah ntah2 tak sedap sbb tak baper ramai org heeee.....gamble je lah. Nak2 bawak anak tecik ni kang sekejap je dia buleh duk dlm mode santunnya teww...



 Belasah je lahhhh... pi kt tempat jauh2 cam hujung tanjung sket.. so inilah hasil tangkapannya...musim2 public holiday mmg ramai org kt sana, yg aku pegi ni tak baper ramai sgt... rasa dia so-so lah, buleylah layan....

 Muka aku asal cedok lauk je mesti cam berlagak sia.. eh apsal yerk?

 ewah ewahhh... genjoicenya ko yerk Fifi...tetiba aku rasa muka mokna ni cam iras2 aku masa kecik.. tp aku tatau camana muka aku masa baby, canner tew? ada satu gambo aku masa toddler atas motobike arwah ayah aku, ala2 moto scrambler cenggitu, aku rasa cam muka mokna ni lah... tp sayangnya...akak aku si archiver dah dgn jayanya tlh menghilangkan gambo berharga tew sedey tau, aku bukannya ada banyak gambo masa kecik dedulu sob sob... tp ajaibnya aku terasa masih ingat2 suam kuku, masa tu aku pandang kt pokok ubi kayu, org soh pandang kamera tp aku pandang pokok ubi kayu hok tengah dibuai2 angin masa tew, maka terjadilah gambo bertiga (with 2 other sisters), diorang senyum ayu tgk kamera aku sorang je pandang ke lain, dan aku sorang jelah naik atas motobike tu sbb aku hok kecik sekali heee...


Ya Allah ya tohan anak akuuuuuuuuuu.....penuh perasaan nak telan sudu tew.. tulah pasalnya sume toys hok aku bagi dibalingnya bawah meja, nak main ngan pinggan, sudu, garpu jerk...sudahnya nak telan sudu...don't do this at home peeps... eh, asal muka aku selamba je...apak ko dah kandidkankamera ye????

 
 Tapinya hok ni masih terbayang2 lagik kemanisan ketamnya.... aku amik 2 ekor saiz beso sket soh dia wat tomyam, segedebuk gitew jerk 2 ekor tu dia masukkan dlm sup tu, kemain letih nak mamah sekor ketam, klu ye pun kerat2 le kasi senang makan, so tak habih sekor lagik tapau wat balik umah mak, esoknya lepas aku panaskan, dak Ammar ratah, Ammar klu makan ketam tak pandai, dua-dua tangan dialah masuk dlm mangkuk, sekali aku pun asingkanlah rangka2 ketam tu keluo, sikit lagik dtg bibik Sujinah maid Mok Su Sarah habih dia kasik licin sama itu sup n balance ketam, aku ketawa guling2, kata aku ko tau tak Ammar dah celup2 tangan dia dlm sup tu....astaga...jerit2lah mbak Sujinah tu...kata dia sedap sgt sup tu, manis ketam.. aku kata mana tak sodap, bekas air tangan Ammar, sudahlah ko lepas ni bik, ikut kata Ammar jelah kengkengkeng.....
 
 Jadik bila balik umah, terasa2 lagik nak makan sup ketam tomyam, aku masak dlm 4 ekor, ha kau...bersesak2 ketam tu dlm poyok... sekali keesokan harinya aku n Ammar kena cretbret sampai muntah2, org len hok makan takde le kena pulopss... ntah le, sbb ketam ni ke sbb apa tatau lah... tp aku saspek kiub tomyam hok aku guna tu cam dah lembik semacam masa Apak eh pi beli kt kedai tu, tp sbb nak cepat belasah jerk.... ke bik Sujinah dah mandrem wat stok balas dendam erkkk...ekekekeke....


And ayam masak kicap blackpepper. hermmm nyum nyum sodap nih.



oklah dulu, babai.

7 comments:

PatinPasta said...

Yong,
Chop! Saya suka lagu time malam si kajol nak nikah tu, si Shah Rukh siap buleh nyanyi2 lagik. Hehe!

Amboi.. rahsia ye al kisah cintan dia? Tak pe, nanti si Aly besor.. kita korek rahsia dari dia. Bebudak kan tak reti nipu. Hehehehe!

CONGRATS Yong, awal tahun dan tunjukkan rezeki bertambah. Bestnye! Sleeping partner ke, dengkur partner ke.. tu belakang cerita. Yang penting. dah ada franchise baru. Mudah2an akan bukak banyak lagi :)

Yong makan ketam, si Aly makan sudu. Di manakah keadilan?

Saya suka ketam! Dah lama tau tak makan ketam masak lemak cili api, wawawa!

Yong Kamariah said...

yuhuuuuu senorita mi amor muchacha...estebiente, eh betul ke tu....
alohlohloh..lagu mehdi laka ke rakna...pahtu tetiba bapak dia hok garang benggg tu nyanyi...hey mere zohra jabi tetibaaaaa...

rahsia cinta oh... bak kata Siti biarlah rahsia, eh si Aly esok2 klu dah beso dia ok je buley simpan rahsia ekekeke....
alhamdulillah, adalah rezeki sesikit, tq for yr doa wehhhhh
p/s : bio kan dia nak mamah sgt sudu tu, tak koserrrrr mak haha. Eh, kt huelva tu kan ke byk seafood, ko gi carik ketam pahtu buek le gulai lomak cili api, bagi ke parents dia sepinggan kasik podeh kawkaw punya dow..

somuffins said...

Yong
Masa pegang maikrofon tu ada teringat nak nyanyi Chalte Chalte tak? haha..

I dah lama tak menjiwai filem Hindustan tapi hari tu tertengok 3 Idiots kejap and also Slumdog (pun tengok kejap sebab tak suka bab org jahat buat dengki kat budak2).

Bila kes Lydiawati naik stage joget dgn SRK (masa SRK dtg KL), barulah I tau SRK exists, hehe. Sama gak I terkeliru between Kajol n sorang lagu heroin tu yg manis jer muka dia.. Alahai..x ingat dah nama dia.

I dah lama tak beli ketam sebab orang2 kat rumah nih tak perihatin bahawasanya ada isi yg boleh dimakan pada kaki dan sepit ketam.

Art lover, cinnamonworldofcolours said...

Yong..
Jagn dikenang kisah yg lama, nanti luka berdarah kembali..hehe.
Nway, congrats for the kindy.. keep up the good work.

Yong Kamariah said...

Cik Som dearie, alohhh mana nak ingat lagu Hindustan time gabra public speaking gitew haha...tp tahun depan akanku pikirkan...
citer Hindustan ni yg citer2 epic kita layan lah.. lepas zmn Mohabattein kita pun dah tak layan dah hindustan ni...nan ado maso, pahtu Korean drama lah amik alih plak trend, macam2...
p/s : ha'ah, samolah kito bab makan ketam tu, org kt umah kita tu pun tak reti makan ketam, kita je sorang bergigih kokak kaki ketam tu heheh..

Kak Iha dearie,
Idakkk.. tak berdarah lagik dah.. dah lama kita simpan dlm kotak hati kita huhuhu...dah seal siap2 jgn kasi berdarah huahuahua..
tq for your doa, insyaAllah, rezeki Allah taala, mana tahu nti kita tambah lagik branch heee...

~jeet~ said...

sy dulu time tgk hindustan, semua heroine sy tgk serupa ja..pastu boleh dok confuse, minggu lepas dah kluo citer dia, minggu ni kluo lagi..

~mata tak adjust lagi waktu tu~~

kamera 10 pikul? ni first time sy dgr...hahaha...

Yong Kamariah said...

adinda Jeet,
ha'ah lah, movie industry depa tu kan ke plg aktif dlm dunia, cemana tak direcycle heroin yg sama dok gitew...
hahaha.. kamera tu klu timbang mmg mau 10 pikul berlensa-lensa bagai tuh...ahkak je masih pakai kamera ciput isk...

Sign Off

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Timeofmylife