Catatan Umrah 2013 : Makkah

Ish isk ish... makan betahun nak siapkan catatan umrah ni. Memory pun dah tak baper kuat dahhhh. Aiyuhhh.... tarikan jejarimu di atas keyboard dgn segera.

Setelah selesai pembinaan Baitullah, maka Allah S.W.T memerintahkan Nabi Ibrahim memberi kebenaran kepada umat manusia menunaikan haji di Baitullah. Firman Allah S.W.T yang bermaksud, "Dan serulah umat manusia untuk datang mengerjakan haji, nescaya mereka akan datang ke (Rumah Allah)mu dengan berjalan kaki, dengan berkenderaan berjenis- jenis unta yang kurus, yang datangnya dari berbagai jalan (ceruk rantau) yang jauh." (surah al-Haj ayat 27). 
Setelah itu Nabi Ibrahim naik ke gunung (Jabal) Abi Qubais satu gunung yang paling dekat dengan baitullah dan di sana beliau memanggil dengan nama Allah, "Wahai sekalian manusia, sesungguhnya Tuhan kamu telah membina satu rumah-Nya bagi kamu, oleh itu hendaklah kamu semua tunaikan haji di sana."

Nabi Ibrahim menyeru ke kanan dan ke kiri seolah-olah orang melaungkan azan. Allah S.W.T menyampaikan seruan Nabi Ibrahim a.s pada setiap orang yang diciptakan dalam bacaan talbiah dan itulah pernyataan semua orang yang mengerjakan fardu haji, kerana haji itu tidak akan sah tanpa talbiah.

Bacaan talbiah antara lainnya, "Labbaikallahhummalabbaik" yang bermakna, aku datang untuk menunaikan panggilan-Mu ya Allah.   


Ya Allah.. aku datang ni Ya Allah..... Labbaikallahhummalabbaik.... ... aku datang untuk menunaikan panggilan-Mu ya Allah.

Alhamdulillah.... lewat 24 March 2013 kurang lebih jam 10.30 mlm kami pun sampailah di tanah haram Makkah Al-Mukarramah. Berdebar2 kala bas memasuki tanah haram. Dari kejauhan dah nampak Makkah Clock Tower. Subhanallah. Allahuakbar. Tak dapat nak di gambarkan dengan kata betapa besar dan terharunya rasa di hati dapat menjejakkan kaki ke tanah suci ini. Terimakasih Ya Allah kerana mengizinkan hambamu ini tuk sampai di sini. Aku manusia yang penuh dgn dosa ini. Datang untuk berserah kepadaMu. Kami datang dalam keadaan fitrah ya tuhan, insyaAllah.


 Di hadapan perkarangan tempat penginapan. Kami tak masuk ke bilik terus sebab dalam Ihram, tak baik melengah2kan lagi ibadah umrah. Menunggu cukup korum, we went group by group, pak ustaz soh stick to our family. Beberapa mutawwif dah bersedia nak bawa group2 kami untuk memasuki Masjidil Haram. Group kami bertolak agak lewat sikit sbb tunggu org yg kami upah tolak emak utk tawaf dan saei.

 
  Pak ustaz tgh bagi keterangan untuk rukun2/ibadah umrah. Pak ustaz/mutawwif akan mengiringi dan membimbing kami untuk umrah yang pertama ini. Bawah tempat penginapan kami kira strategik gek le, ada resto dan farmasi dan yg penting...ada kedai eskrim super sedap lagi manis berkrim hehe. Tapi yang penting lagik... sgt dekat dgn masjidil haram, alhamdulillah.


Di perkarangan MasjidilHaram. Subhanallah. Ramainya umat Muhammad. Berbilang bangsa,darjat, bahasa dan warna kulit semua menjadi sama disisi tuhan, juga dengan niat yg satu.
Kala berkumpul di perkarangan masjid, aku dah dapdupdapdup. Tak silap kami masuk melalui Gate King Abdul Aziz. Dari kejauhan aku nampak Kaabah. Gah tersergam indah. MasyaAllah, Kau beri jua aku manusia yang hina ini untuk melihat rumahMu Ya Allah. Sebak. Kala memasuki masjidilharam untuk ke lapangan, Kaabah makin tersergam indah di depan mata. SubhanaAllah. Allahuakbar. Dari itu janganlah takut untuk kemari walau kita semua mempunyai dosa2 yang banyak pun. Dah Dia jemput kita, Tahulah Dia menguruskan 'tetamu2'Nya. Masa dalam bas on d way ke Makkah ustaz beri ceramah mmg sebak. Kata dia kita semua membawa dosa yang banyak dan tak kurang juga yang besar. Di sinilah kita banyakkan bertaubat dan meminta ampun dariNya. MasyaAllah, bersolat di Masjidil Haram pun pahalanya ibarat bertahun kita solat dikampung, beratus ribu kali jika dihitung2. Masakan Allah tidak mendengar doa dan taubat kita dalam solat yang sebegitu banyak hitungan pahalanya. Ustaz mutawwif ramai org Indo, bahasanya amat indah untuk didengar kala memberi ceramah. Terasa meresap dihati. MasyaAllah.


Pak ustaz suruh ikut apa yang dia baca. Katanya kita tak perlu hafal, bacalah apa-apa doa/zikir yang kita tahu kala mengelilingi Kaabah. So here we are, getting ready for our first Tawaf. Kami di beri buku panduan, dalam tu ada doa2 khusus bg setiap 7 pusingan. Aku yg jahil ini terasa payah sbb kita cam teraba2 nak baca doa ikut buku tu sedangkan nak jaga kedudukan bahu kiri kita yg kena maintain mengadap Kaabah, plus org yg bersesak2 buat tawaf. So kami ikut je apa ustaz baca. Kita mula di kaw. hajar aswad, dari jauh ada lampu hijau yg bg tanda itu lah kaw. mula/akhir Tawaf, yakni di Hajar Aswad.


Memula ok lagi, lepas tu makin lama makin tak dengo dah ustaz baca apa. Sebab it was too crowded dah masa tu. Tetiba ada satu group Arab yg leader dia baca sangat kuat, jelas dan nyata. So aku ikut le dia baca. The rest aku berzikir yg simple2 je, kadangkala menumpang baca apa yg adik ipo aku baca. So bila dia baca ikut buku tu, kami jaga arah/kedudukan dia. Tak susah pun rukun ni. Bacalah apa yang kita tahu dan berdoalah waima dlm bahasa ibunda sendiri. Berdoa dan berhajatlah apa yang kita inginkan. Yang penting sampai kt Rukun Yamani tu bacalah "Rabbana..atina fidduniahasanah...." sambil melambai ke arahnya.



Yang depan Kaabah tu nampak makam nabi Ibrahim. Aku yang jahil ni ingat kubur (makam) sungguh, rupanya dalam tu ada cam acuan bekas tapak kaki baginda semasa baginda mendirikan Kaabah bersama anakanda nabi Ismail. Peace be upon them.

Nabi Ibrahim menyusun naik batu sementara Nabi Ismail pula mengutip batu-batu besar seperti yang di firman oleh Allah S.W.T yang bermaksud, "Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bersama-sama anaknya Nabi Ismail meninggikan binaan (tapak) Baitullah (Kaabah) sambil keduanya berdoa dengan berkata, Wahai Tuhan kami! Terimalah, daripada kami amal kami sesungguhnya Engkau amat mendengar lagi Amat Mengetahui." (surah al-Baqarah ayat 127).

Apabila binaan sudah meninggi, Nabi Ismail, menghulurkan batu besar yang cukup tinggi dan diambil oleh Nabi Ibrahim dan membina Baitullah sehingga ia siap pembinaannya. Maka dengan kehendak Allah S.W.T sebaik saja Nabi Ibrahim meletakkan kakinya di batu besar itu, maka terlekatlah tapak kaki Nabi Ibrahim sepertimana dapat kita melihatnya sehingga hari ini dekat Baitullah. Dan ini adalah suatu tanda kebesaran Allah S.W.T.
-source taken from here
Banyak kali pusingan aku lalu dekat sangat dengan makam nabi Ibrahim ini tapi takla pulak terasa nak pegang. Sib baiklah sbb... AWAS!!! Masa tgh dlm ihram dan bertawaf tu jangan le sesekali cecoba nak pegang dia sbb dikuatiri bau wangi akan melekat di tangan kita. Dahhh kang kena dam tak pasal tak pun sesilap batal tawaf kita tu. Kata ustaz sbb ada org letak minyak wangi kt makam tu tulah pasalnya. So hakak aku si cik Tie ni dah terpegang time tu, tu leeyyyhhh gatai sgt tangan tu haipppp... ustaz soh cium tangan, klu tak berbau dan yakin takper. Sib baik.

The next couple of day, baru le aku cecoba menyusuri Kaabah sambil berharap dapat cium Hajar Aswad. Masa ni barule berani gi dekat n pegang makam tu. Sekali aku dgn penuh interestnya nak tengok le apa dalam tu, so aku pun gaya2 nak jengah kt dlm kedai yg ada cermin gelap (dua2 tangan pekap tepi mata kt cermin tu), sekali kena sergah ngan sorang nenek Arab mana tah. "Ya Hajjiah! harroom! harromm!!!!" . Baiklah nek. Ia sebenonya takut aku mengadudomba kt makam tu sebenonya, kang jatuh syirik plak. Idok nek, idok.


Rakamlah keindahannya.




yeayyyy I've made it. Gambo semua adalah blur sbb hoiiii ko ingat nak bersukaria bergambo kt sini mok yong??? idokkk.. org yg aku soh amik ni pun tak kuasewwww nak tangkap elok2 sbb keletihan n too many crowd punye pasai haha. Aku amik masa sebelum dan selepas tawaf. Kang tak fokus plak. Tp ramai gek org amik masa tgh2 wat tawaf. Hermmm better not, kang lari niat dan fokus kang.

Selepas yakin sempurna 7 pusingan tawaf kita tu, maka kita disunatkan untuk bersolat dibelakang makam nabi Ibrahim.

Apabila agama Islam datang, Allah S.W.T mensyariatkan untuk bersembahyang di belakang maqam Ibrahim sepertimana firman Allah yang bermaksud, "Dan jadikanlah oleh kamu maqam Ibrahim itu tempat sembahyang." (surah al-Baqarah ayat 125).

 Alhamdulillah, dapat bersolat sunat tanpa ada halangan/overcrowded. Terasa kerdil sangat diri ini bila berhadapan dan bersolat betul2 di depan Kaabah. Ya Allah... adik abang kakak mailah sini rasalah perasaan indah tu ramai2. Moga Allah beri kesempatan deh.

Tu dia aihhh. Muka dah keletihan dlm jam 2 pagi kurang lebey.


Next... tanpa berlengah lagi, we're heading to Safa dan Marwah to perform a Saei. Mengalir airmata ini tatkali melangkah untuk pusingan pertama. Teringat kepayahan Siti Hajar berlari2  mencari air untuk anakanda Ismail. Ya Allah, berlari2 anak dia sampai 7 kali ulang dari Safa ke Marwah dek anak yang menangis kehausan.

Diceritakan, setelah sesampainya di wadi yang gersang lagi kontang yang bakal menjadi Baitul Haram (Makkah ketika itu), Nabi Ibrahim meninggalkan seketika isterinya Siti Hajar dan anak kecilnya Ismail atas perintah Allah. Maka tidak karuanlah Siti Hajar ditinggalkan berdua bersama anak kecil di tempat yang asing lagi kering tanpa air dan tumbuh-tumbuhan. Setelah tahu itu perintah Allah, maka redho dan berimanlah Siti Hajar ketika itu. Si anak mulai menangis kehausan sementara susu ibunya sudah mulai kering. Berlarilah Siti Hajar mencari air dari Safa ke Marwah dengan cemas sambil berharap dan beriman penuh kepada tuhan. Allah mendengar rintihan hati Siti Hajar lalu Allah menghantar Jibril dan dengan sayapnya dia menyingkap telaga zamzam yang pada mulanya telah terpancar dari hentakan kaki kecil bakal seorang Nabi Allah yakni Nabi Ismail a.s. Dan itulah sejarah Zam Zam yang kekal hingga ke hari ini.
Some of sources taken from here

Siti Hajar sesungguhnya role model untuk ibu sejati. Sedangkan habis 7 pusingan yg ada kalinya berenti minum air zamzam pun aku dah termengah cramp habih betis paha, inikan pulak dia masa tu. Dan terus teringat kt anak sendiri, memang sebik lah. MasyaAllah.. Siti Hajar...

Kalau dulu2 memang arr ada betul2 Bukit Safa dan Marwah tu tapi la dia dah buat lawa2 cam terowong dan siap batu marmar semua.

Allah s.w.t menurunkan firman-Nya: إِنَّ الصَّفَا وَالْمَرْوَةَ مِنْ شَعَائِرِ اللَّهِ Yang bermaksud: Sesungguhnya Safa dan Marwah adalah sebahagian dari syiar-syiar Allah. Sehingga akhir ayat.




Dalam ni pun huiiii ramainya umat Muhammad. Saei adalah rukun selepas Tawaf yang agak longgar la sikit. Masa tawaf kita kena dlm keadaan suci, yakni berwuduk. Klu batal wuduk, makna kata pilah amik air semayang dan sambunglah tawaf tu. Masa saei kita dilonggarkan makna kata kalau dah batal wuduk pun boley teruskan Saei. Kita bermula di Bukit Safa dan berakhir pada pusingan ke 7 di bukit Marwah. Tu yang nampak lampu hijau atas tu adalah kawasan di mana disunatkan (bg lelaki) untuk berlari2 anak. Aku buat jugak bila termampu. Dan di setiap 7 pusingan itu juga ada doa2 khususnya. Dis time boleylah nak baca2 doa tu sbb cam tawaf kita kena sentiasa pastikan bahu kiri ke arah Kaabah so susah sket la nak fokus kt buku doa tu, dis time rileks sikit. Rilek tapi lebih letih dari tawaf ngeeee... Makanya, sementara masih muda ni lah mailah kita gi sini, sebab aku lepas je saei ni (umrah pertama ni), esoknya betis/paha terus rasa cam cramp. adoiiiyaiii tu le dianya takde persediaan fizikal terus masuk gear 5 kekdahnya, mana le kaki tak terkejut.

So boleylah nak sesekali bergambo masa tgh bersaei heh. Kali kedua Saei plak aku lebey fokus sbb aku determine nak baca gek doa khusus. Masa first time ikut mutawwif kan.


  
Tercuit hati ini bila tengok pasangan ini bawa anak2 bersama bersaei. Cute je budak ni. Aku rasa klu bg seorang ibu adalah lebih feel kendong anak sendiri (baby la) masa buat Saei. Baru lah kenangkan cemana kesusahan Siti Hajar.



Alhamdulillah... dan berakhir di Bukit Marwah, macam kilat2 sikit kt batuan ni. Ramai orang solat sunat atas batuan ini.


yesssss...we've made it! Berakhir Saei.

It's 3.30 a.m. dude! Lotihhh....tapi seronok tak terkata. With my beloved niece Insyirah, darjah 4. 2 years ago accident sampai kaki dia patah 2-3 kerat, tp masa time umrah energy cam horse power dak ni, asal ada org nak wat umrah tambahan/tawaf sunat dia nak ikut semedang. Bravo Syiroh, Good girl!


Dan kita akhiri dengan bertahalul (menggunting sedikit rambut). Dengan bertahallul maka bebaslah kita daripada ihram. Sesungguhnya rambut itulah yg bercahaya ketika di akhirat kelak. Maka selesailah ibadah umrah yng pertama. Alhamdulillah, syukur Ya Allah.

Kemudian barulah kami balik ke tempat penginapan. Masing2 dah terkeper di lobi sementara menunggu kunci bilik masing-masing.


Nahhhh inilah dianya bilik kami! Alhamdulilah selesa apa adanya walau takdek starrrr. Bak kata ustaz kt Makkah nti penginapan 5 setarrr. 5 setarrr apa? 5 setarrr dekat ngan Masjid AlHaram, tu yg penting. kt Madinah boley fefeeling ada gek sebiji dua setarrrr.. kt sini jgn nak komplen, dah le ko dtg berlenggang2 sume org settlekan so jgn banyak songeh okey. haha.. saje je. Tiap bilik dia bagi katil lebih, walau interior like hotel california tahun 60an tp selesa apa adanya. Tak de apa nak dikomplenkan. datang sini nak beribadah bukan nak berguling2 dlm bilik. Ni bilik makciks makciks okeh. 4 of us.



ko adoooo??? walau rasanya dah tak ade edition ni kt pasaran tp brrrrrr sejuk yg amat, berjasa sungguh ni hahaha...







Ni masa bermiqat di Ja'ranah untuk umrah kedua. Kita kena keluar tanah haram untuk berniat ihram. Klu dari tanah haram, Ja'ranah lah tempat terdekat utk berniat ihram. Atau dikenali sebagai Masjid Saidatina Aishah. Untuk berniat ihram bg umrah kedua & ketiga, TA hantar lagi dengan bas, kalau nanti nak buat umrah tambahan lain, kita naik la teksi sendiri.


Okay ni kami sefamily bersiap utk perform umrah kedua bersama tanpa mutawwif, kami soh adik Ajie lead. Di depan perkarangan Masjidil Haram.

Al-Fatihah. Tanggal 29 May, kira2 lebih 2 bulan balik dari mengerjakan umrah bersama, Mak Long/ Kak Long (depan sekali di atas wheel chair) telah kembali ke pangkuan penciptaNya. Innalillahiwainaillahirajiun... Arwah meninggal dalam tidur. Arwah adalah kakak sulong abang ipar aku yg dibawa oleh abang ipar aku bersama2 dlm rombongan ini, inilah teman sebilik saya. Yang sempat berkongsi makanan, losyen, balm... dan sempat berurut dengan arwah. Aku yang lebih muda ni sebuk ngadu sakit2 betis lah, badanlah lepas umrah pertama tu, tapi arwah tak de apa pun komplennya. Terus dia urut2 kaki/badan aku tanpa banyak soal. Arwah bekas tukang urut mmg lah sedap bila diurutnya.  Arwah bicaranya sangat lembut, penuh keibuan. Masih terngiang2 lagi suaranya. Orangnya tak banyak komplen walau selalu mengalami kepayahan (physically) masa di sana, yelah, dah tua adalah sedikit masalah kesihatan kt sana. Aku panggil dia Mak Long. Iskkk sedeyyyy arrr bila dikenangkan. Semoga rohmu tenang di sana Mak Long, dan moga Allah menghimpunkanmu dikalangan orang2 yang beriman Amin.


Sekian dulu catatan buat kali ini. Wassalam.

Comments

Art Lover said…
Askm Yong...
Seronok bila dengar cerita kat tanah suci. Insyllah, dengan izin Allah sampai lah minta2nya kesana.
Anonymous said…
Assalam Hajjiah YK :-)
Coretan yg superb dari ingatan yang mantapsss..

I tak boleh tulis cenggitu :-(
namun tetap enjoy membacanya lebih2 lagi setelah mengalaminya sendiri.

Komain lagi you anak beranak bercuti2 keJohor. Most of the places you pergi tu I tak pernah pergi. I lama duduk diJB tapi Desaru tidaklah ku tahu rupanya.

Rasa syok bila tau you keKotaTinggi. Tempat tu very nostalgic kekdahnya. Masa keJohor awal tahun, I cuma keJPO aje. Tak beli apa2 tapi cukuplah kesana sekali saja. Tau gak rupa JPO tu camana, hehe...

Ada lagi kisah diMekah/Madinah? Tulis lagi taw... I sker baca.
.
CS
Yong Kamariah said…
Wassalam Kak Iha dear,
In sha Allah soon kak, soon. Amin. Moga dimakbulkan Allah doanya ni.
Yong Kamariah said…
Assalam Hajjiah Cik Som.

Naper nya takleh tulih giteww? Kan pengalaman yg berharga tu kan, utk tatapan anak cucu kengdian ari kekdahnya. Kita tertunggu2 entry corat-coret Makkah dia tauuuu...

Aiseymannn, akak kan dok kt JDT, wajib org JDT pegi tau! lawak ar akak ni haha, tp JPO mmg takleh blah, setakat cuci2 mata boleylahhh, cukuplah sekali khennn setuju hahaha...(tp klu ada org nak bawakkan apa salohnyeww)
ada, ada lagi kesahnya, tungguuuu
macam seronok jer pergi umrah sana bila tengok gambar2 tu semua.....

salam singgah sini :)
m.u.l.a.n said…
Innalillahi wainna ialihi roojiun... Alfatihah untuk maklong..

Yong ooiii... memang meronta2 nak ke sana lagi..
Yong Kamariah said…
Assalam Mohd iqbal,

memang seronok sesangat tak terkata! Kalau ada niat tu in sya Allah, Dia akan seru awak nanti, amin.
Thanks for dropping by yah.
Yong Kamariah said…
Cik Puan Mulan, thanks.

moh, moh le kita ke sana lagi reramai! hati ini juga meronta2 sesungguhnya.
Salam Yong.
Terima kasih menyampaikan catatan menjadi tetamu Allah dengan santai bersahaja. Akak teringin beno nak lihat Yong menjadi penulis buku tersohor. Zaman sekarang ramai manusia suka stress2, ko memang menghiburkan dalam apa jua keadaan.
Best!! 5 setar dik !
Yong Kamariah said…
aiyooo Kak Ni niiii... penulis buku? habissss pitaaammm penerbit buku tak laku ahahahahaha...
anyway thanks Kak Ni..aku mmg nak hiburkan hati kakni heehehe...
Anonymous said…
As Salam Kak Yong..thanks di atas penulisan pengalaman umrah ini ye...
sangat2 membantu saya dalam persediaan umrah pada bulan Dis 2015 ini.

FB : Nor Shafinaz

Popular Posts