Kehilangan....

Kehilangan....

Dalam hidup aku, aku pernah merasai 2 kind of kehilangan. Satu untuk sementara, satu lagi kehilangan utk selamanya. To tell which one is lebih terasa, adalah sukar.
Kehilangan Ayah tersayang pada tahun 1995 agak sukar utk aku terima sbb dia pergi secara mengejut, kemalangan. Aku memang macam tak percaya yg aku dah tak de ayah masa tu. Tapi aku tak rasa kosong. Mungkin sebab aku tak rapat dgn Ayah. Tapi malam tu, bila aku sampai rumah dari KL, aku mula terasa kosong sbb jenazah arwah dah selamat dikebumikan. Entah kenapa, masa aku turun ke dapur, aku stop dkt mesin basuh, tangan aku gapai baju terakhir yg Ayah pakai dlm bakul baju kotor, dan aku cium dlm2 baju Ayah, sambil airmata berhamburan keluar tanpa hentinya. Ketika itu baru aku terasa kehilangan. Antara sedar dengan tidak, aku pandang sekeliling, aku bisik perlahan2 seolah2 Ayah ada disisi, 'kenapa Ayah tak tunggu kita? Kita nak tengok Ayah buat kali terakhir..Kita nak mintak maaf, Ayah…' Barulah aku terasa menyesal sbb aku selalu memberontak dgn Ayah. Pada aku arwah Ayah tak sayang kt aku sbb physically, arwah Ayah always wore a serious face, jarang nak bermesra dgn anak, semua benda serah kt mak. Arwah Ayah hanya kerja, kerja cari duit nak besarkan anak2, tapi aku rasa kami tak pernah rasa a loving touch dr Ayah. Dah besar baru aku mengerti, itulah sayang arwah Ayah, in his own way. But I failed to understand until I lost him forever.....

Ketika aku tulis entry ni, Ammar sedang baca satu persatu tulisan ini. Dia baca like a brilliant scholar, aku hanya ketawa, sbb aku tahu, dia just baca without understanding it. The next story is his story, aku pernah hilang anak aku ni dah beberapa kali. Cannot describe camana cemasnya aku rasa masa tu.

Setiap kali outing, tak pernah tangan aku mahupun Ayah dia lepas dari pegangan kepada dia. Sehingga umur dia 4 tahun, dia tak mahu tangannya digenggam. Dgn seluruh tenaga dia akan twisted tangan dia sampai genggaman kita terlepas. Jadi selalu aku pegang lengan dia, atau pun kolar baju dia. Sebenarnya Ayah dia jarang mahu bawak anaknya tu keluar. Tapi aku insist, he deserves every right to be treated like a normal kids, gi taman atau shopping complex. Tapi selalunya outing kami ni jadi disaster sebab hanya kena perhatikan dia. Ammar tak tahu bahaya, tak nampak apa di sekeliling kecuali apa yang dia hendak. Jadi dulu kalau pergi shopping jgn harap nak lama2. Masuk kt supermarket/mall/shopping complex dia akan berlari ke sini ke sana, aku pulak kena berkejaran ikut dia, tu belum masuk kalau tak dapat apa dia hendak, boleh berguling dan menjerit dlm tu. Kalau melintas jalan pun dia boleh berlari macam sprinter tak pandang kiri kanan. He didn't have a sense of belonging masa tu, macam kami ni tak wujud dah bila outing tu. Dia tak kesah kalau dia kena kidnap ngan orang ke, kena langgar kete ke, he just didn't care, the world is about himself only.

First time 'hilang' dia kt Ocean Kuantan. He was like almost 5 yrs old. Masa tu dia dgn Ayah dia. Aku pegi tgk baju. Tiba2 in a split second masing2 tak tau mana anak pegi. Ayah ingat ada ngan Ummi, Ummi ingat ada ngan Ayah. Hati aku dah berdebar2 time tu, peluh dah mercik dah satu badan. Dalam kelam kabut cari dia tiba-tiba aku nampak antara rak2 baju yg berlambak2 kt situ, seat hujung basikal bebudak yg kt belakang tu tgh ‘berjalan’ dgn smoothnya,. Baru aku ingat sebelum tu dia punyalah obses ngan satu basikal budak2 ni. Dia dah taknak lepas dah basikal tu. Utk cover free ride yg ntah berapa lama dah tu, terpaksa la aku angkut basikal tu wat balik. Kali kedua kt tempat yg kira paling selamat, kt sekolah. Bila umur dia 5 thn kami masukkan dia kt Tadika Islam Hidayah, Kelana Jaya. Hari mula2, aku yg excited, ayah dia sampai amik cuti seminggu nak tgk anak 1st time sekolah. Suka tgk Ammar pakai sepasang baju hijau dan songkok putih (dan tak lama 2 biji songkok tu hilang kt sekolah). 1st day tu aku kena tunggu dia, bukan setakat dlm kelas, tapi dok sebelah dia lagik. Bila rehat, kami pesan cikgu suruh tengok2kan dia, sbb utk tahap tadika, makanan di serve luar kelas. So kami pegi breakfast. Belum sampai kantin aku rasa tak sedap ati. Bila patah balik, jenguk kt kelas dia, bayangan Ammar pun tak dek dah ketika org lain tgh makan tu. Aku tanya cikgu, kelam kabut cikgu carik, kata dia tadi ada. Melilau kami cari. Maybe instinct cikgu tu kuat, terus dia cari kt pintu belakang sekolah. Rupa2nya Ammar tgh melilau kt luar sekolah cari kami. Berderau gek darah time tu, sbb tak jauh dr tu jalanraya beso, keta sibuk lalu lalang. Aku cam dah tak confident dah nak hantar anak kt sekolah tu, tapi nasib baik, cikgu dah alert dan makcik van sekolah akan hantar Ammar sampai depan pintu kelas, begitu jugalah balik sekolah. And then hilang lagi kejap kt beberapa tempat, yg paling suspen dkt Tasik Kenyir sbb tgh maghrib. Hemmm…sampai sekarang kalau ke mana2 cam konvoi ngan kakak aku nti sume org akan cari dia dulu sebelum bergerak ke sesuatu tempat. Akak aku, anak2 buah aku tahu, mesti kena check Ammar dulu, baru boleh jalan. Wahai anak, cepatlah kau mengerti tentang arti hidup ini, Ayah dan Ummi can’t be there forever, just to take care and guide you forever….

Kini, aku tak tahu bagaimana aku nak hadapi satu lagi kehilangan…..kalau ditakdir tuhan mak akan meninggalkan aku dulu, walau dimasa yg sama aku selalu doakan mak akan dipanjangkan umurnya oleh tuhan…mak semakin hari semakin lemah, dijadualkan akan berdepan satu major operation tak lama lagi.. mak, mak hadapi dgn tabah ye mak, kita akan selalu mendoakan kesejahteraan mak…selalu…

Comments

VimmiYasmin said…
Camy
kak mimi sedih sangat kalau baba AYAH. sampai kena refer doktor sakit jiwa.
kalo baca n3 lama2 kak mimi,banyak kesedihan pasal abah.sampai sekrang masih mencium kain pelekat arwah abah. masih menangis setiap kali solat dan sekarang ni pun masih lagi menitik air mata!
abah kita sama. GARANG dan semuanya kita refer pada MAK. abah sibuk cari duit jer.

akak menangis lagi baca n3 ni!
Yong Kamariah said…
kak mi, tu pasallah, kalau ikut emo pun buleh jadik cam kak mimi agaknya, menyesal giler sbb selalu lawan ckp arwah, but we cannot turn back time, yg kena wat sekrang nak didik anak supaya sayangi kita sbg parent... kak mimi jgn ingat2 sgt yekk.. kak mimi kira beruntung ada 4 permata yg boleh wat kak mimi bz dr memikirkan yg bukan2...

Popular posts from this blog

Sekalung Budi Segunung Intan....Happy Mother's Day!

Catatan Umrah 2013 : Kisah Di Raudah

STANBUL... HERE I COME!!! : PART 9 : SPICE BAZAAR & HAGIA SOPHIA