Catatan perjalanan 1

Cuti is over dah, rasa lemau je nak masuk opis ni. Cuti seminggu dimanfaatkan sepenuhnya dgn balik 2 kampung, lemaklum le kalu dah kawin ni maknanya ada 2 le kampung, yg kawin jejauh cam gue ni siap le menabung utk duit minyak, le maklum le kena merentas banjaran titiwangsa. Nak2 cuti sekolah ni plak ada org kawin sini sana termasuk le anak buah En Azhar. Maka berikut perjalanan seminggu kami :
KL-->Bota Kanan-->KL-->Kuantan-->Setiu-->Besut-->Pulau Perhentian-->KT-->Kuantan--->KL--->Melaka-->KL.

Boleh? Tu belum masuk stop pit yg merata riti tu. Penatnya dek non oii...

Lamelightnya disini adalah misi ke Pulau Perhentian. Dah lama akak nak ke sana lepas lepak kt Pulau Redang 2 tahun lepas. Maka tawaran sponsorship penginapan dr adik gue tercinta utk famili togader-gader diterima bagaikan menandah nyiru yg penuh. Apa sahaja yg free memang teman takkan tolak punya hihihi...

Catatan bermula di Sri Iskandar, 31 May. Kenduri kawin anak buah En. A, cik puan Yati dan pasangannya encik Rauf. Selamat pengantin baru Yatie..Gedebak gedebuk 4 hari kt Perak, jalan2 ke Ipoh n such balik le ke KL semula utk jenguk umah dan salin isi beg travel. Malam Selasa tu jugak bertolak ke Bukit Goh.
Pagi Rabu bersiap bertolak ke Setiu, our 1st stop pit kt umah cikgu Rakiah. malam tu tido kt umah cikgu sambil bbq n bebudak mandi dlm kolam sekangkang kera cikgu Kiah. Doc Romzi n cikgu Kiah adalah org yang 1st n 2nd dr kiri dlm gambo. Timakasih lah sudi jadik hos Rombongan Cik Mah ari tu deh...
Naik bot ke Pulau Perhentian dari Kuala Besut.

So this is where we stayed...

Pemandangan dari depan tempat penginapan, pueh jugak jamu mata tgk daging panggang...

Pueh berendam kita makan2 pulok..
Seekoq dugong yg terlepas dan tersadai ditepi pantai (nasib baik gambo ni gelpa sbb back light). Kelihatan didalam laut Ammar n d geng sedang tak ingat dunia berendam air masin..

Ammar hanya mendarat bila perut rasa lapo dan setelah dah nak hangus satu badan...

Adegan tangkap leleh bawah pokok klapak...perhatikan simptom2 kehilangan perasaan romantika di amor oleh sepasang suami isteri yg nak masuk 9 tahun kawin...huhuhu
Sukanya mereka.....
Sedang menikmati keindahan alam...
2 orang mak budak yg kegirangan utk round d island dan snorkling
Kt Pulau Perhentian kecil, yg bangunan biru tu adalah sebuah sekolah
Auw, serius beno yeop ni..

Jaguh berendam air cetek...

Ummi : Cepat! naik atas bot, kita nak gi tengok ikan..
Ammar : Tak nak! Tak nak! Ammar nak mandi air cetek, kat sana dalam! Nti lemas...
End of story : Budak ni duduk diam2 atas bot masa sume org terjun laut snorkling. Tak bergerak sikit pun sbb takut jatuh dlm laut..
TO BE CONTINUED ....

Comments

Popular posts from this blog

Sekalung Budi Segunung Intan....Happy Mother's Day!

I'm not a Super woman...

Kasut dari Auntie Jeet