Baiklah, pixful foody Friday & Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak

Dah dah la Aleesya, bagi mak kau bercakap plak walau mmg mak kau yg bercakap selama ini.

Ye saya tau saya kuat bergebang dan tidak bersesuaian jiwa wordless2 ni tehee. Baiklah, puasa tidak lama lagi dan marilah kita bersorak horaayyyy esok nak balik kampungku nan permai nak sambut puasa ngan emak. Pun begitu dalam debaran kuat dijantungku sbb 1st taim nak bawak si Aly yg fussy dan tak compatible nak bawak berjalan jauh sbb dia tak suka dok dlm keta dan statik di pangkuan. Duhhh buleh ku bayangkan kekalutan dlm keta nanti. Haipppp, Aleesya, dengo ni, beso pengorbanan makmu ini sbb since we have you segala aktiviti meronggeng yg jadik favorite mak kau ni dgn serta mertanya tergendala until further notice! -mode lap peluh di dahi-

Baiklah puan-puan, bila kita mempunyai si manja yg selalu memanggil2 kita dgn bahasanya yg tersendiri yg kadangkala sgt meng-annoying sampai kita mandi dan membuang tak tutup pintu jamban pun maka segala benda kena jadik pantas. Dah takde masa nak berangan lama2 dlm jamban dan mandi yg dulu scrub2 bagai nasib baik tak jadi mandi P.Ramlee jek. Dan bila anak pertama kita hanya pura2 baik henjut buai adik bila kita ada depan mata, alih2 bila kita masuk bilik air dan rasa tak sedap hati tengok2 baikkkk punya main game sambil adik dah melalak dlm buaian. Duh! Tapi makan tetap kena makan kan kan...

Taim dinner je selalu pening nak makan apa, asek2 tapau sup ekor, nasi goreng kampung, char kuetiow, makonyo buat benda2 senang boh dlm oven jek.


Maka utk menyenangkan keadaan, aku buat stok pasta sauce siap2.


Ini hari makan dengan pasta. Upah henjut buai adik. Upah mak melahirkanmu, bersengkang mata ketika kau sakit, tak lupa mengasuh, mendidikmu (baiklah yg ini kena bg credit to pengasuh dan cikgu) = free of charge. Tiba-tiba je copy and paste ayat femes tu.


Esok buat lasagne. Agak mengerikan juga muka mereka yg excited nak makan yek.


Lusa buat stuffed bake potato. yum yum snack. Korek isi potato (buatlah mashed potato isinya tu). Season with salt n pepper n drizzle some olive oil. Sumbat sos pasta berdaging yg pekat n tabur cheese dan bako!. Ini sebelum masuk oven.


Selepas masuk oven.


Bila telek2 drumstick Aleesya, teringin pulak nak makan ayam panggang. Apa kekdah nak masuk seminggu asek2 makanan base kuah pasta jerk.


Eh hampir samalah dgn gambo di atas. Buttered roast chicken with herbs versi tak lawa.


Makan ngan mashed potato je. Sekali Ammar cakap, eh, macam Kenny Rogers je. Apa? ko ingat Kenny Rogers je pandai bako ayam? Mak ko pun terer sampai nak rentung ayam tu. kita bako! kita bako!


Baiklah, kesimpulannya dia ni hanya tolak batu dan kayu je. Malu omak nak publish gambo ni, ish ish ish.. dah macam citer seram Jgn Pandang Ayam jerk....

Baiklah people, ini je buat stok entri Jumaat. Tak gempak mana pun foodienya tu, stok2 mereka yg mempunyai baby yg agak diva cam mokcik. Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak deh!

Comments

Normi Ali said…
yong...ko mmg kejam yong, dah la rabu ni kena buat BSP kat klinik, ingat nak start diet dah ni tau.......kejam ko yong...waaaaaa
yong, rajinnya..hari2 masak omputeh je. nyway, selamat menyambut Puasa!
Kongkang Malaya said…
Yong,
Tu diaaaaaaaa.. Puan Yong dah memulakan acara bersilat di dapor dengan segala menu geram-tak-buleh-makan-time-pregnant dia!

Nasib baik ada resipi ayam panggang. Takut kalo tak de, mau di tokaknye si missy tu. Hehe!

Selamat berpuasa Yong! :)
~jeet~ said…
kire okla tu satu sos buleh buat macam resepi, kalo sy sokmo makan ngan spageti jer...

adik sy ckp, sejak ada anak kecik, hidup dia macam dlm game 'anda ada 60 saat', semua benda buat ade namploh saat..amik ko..hehehehe...
Maya Marisa said…
tu dia...yong kita udah bersilat kat dapor dah. apa pun, semuanyer nampak sodappppppppp.

happy fasting yea yong!
Yong Kamariah said…
Dear Normi,
hihihihi...tu jelah teman termampu Normi, klu normi tayang masakan normi lagik teman nangis, maklum le fulltime hwife musti byk masa masak bagai2 kan, ha, tu baru le kejam kt teman plak! Selamat berpuasa Normi!

Dear Kak Iha,
tu je ler menu cepat utk dinner kak oiii, lebih dr tu tak termampu den! Selamat berpuasa to you too! Jangan lupa tayang menu iftar kt blog tau, silalah buat diriku ini drooling yerk...

My dear Aida,
Bukan lagik silat, berkungfu terus! Mana nak cekau anak melalak, mana nak tumis bawang bagai haishh....
memang hari2 missy ku itu kena tokak! Selamat berpuasa to you too!

Hey Jeet hon,
Aje memang le betuiiii sgt tu...kira 60 saat tu ler ibarat masa yg ada nak buat sume tu huhuhu...Selamat berpuasa Jeet!

Maya dearie,
Nampak je sodap tp rasa ala2 jerk, bak kata jeet anda ada 60 saat je nak testing2 rasa ih ih..
happy fasting to you too dear!

Popular posts from this blog

Sekalung Budi Segunung Intan....Happy Mother's Day!

I'm not a Super woman...

Kasut dari Auntie Jeet