Eh, dah nak raya...

Salam semua. *Lap abuk kt blog dulu*.
Time is rocket. MasyaAllah...Ramadhon pun dah nak sampai ke penghujungnya. Pejam celik, pejam celik je dah nak raya. Mana pergi masa? For sure dia tak tunggu kita.
Persiapan tahun ni alakadar jelah, nak masuk junior warga emas ni dah tak galak dah rasanya nak sambut raya. Ammar dah tak sabar2 nak beraya ni..sabo Ammar yek, tak baper ari je lagik pun nak pose. Hadiah t/ware eco pun dah beli kt dia. Ammar I tell you badan dah macho, all the lemaks have gone, wahhhh ensemlah Ammar nak beraya ni, dah slim... ada chanlah pikat awek raya ni akakakak...Cuma baju casual budak2 belum beli lagik. Harap2 ari Jemaat ni sompeklah, klu tak pakai jelah mana yg ada wahai anak-anak.
Haku nak update blog pun takdek semangat. Macam tu jugak ler semangat raya = is lambat beno sampainya dow. Apa-apa pun layan jelah gambo iftar 2 menggu sudah ni...

 Kita kt Lembah Klang dan yg sewaktu dengannya ni, ada 3 sisters, weekend je rotate buka umah saper. Ni iftar umah Chek Ani.. sume org tgh kelamkelibut amik makanan, sokmo kelamkelibut kalu 3 famili berkumpul. Org ramai berduyun2 cengginilaahhhh mmg bukak saprah lah, the gentlemen mkn ateh meja, kids n makbudak2 punya tempat tiket kelas no dua haha... esp. bebudak mmg boloqwok lah nak tulah, nak nilahhh, sampai menangis2 pun adewww (anak den la tew).


oih anak den, semangak makan 2 pinggan.

 Afterwards ada orang tiup kek, my BIL, niece and sista kongsi besday bulan sama.

 hamboihhh anak haku, kemain dia pulak hover, ari tu masa tiup kek sendiri tak pandai lagik gamaknya...

 lepas tu pulaknya sume org nyaris tak tercabut tangkai jantung tgk DLCW lawan London bridge is for Lindan..for Lindan... saspen giler dow game tu.

Keesokan harinya, iftar umah chek Ani lagik, hahaha, nasiblah ko Kak Long ada adik is pemalas aka mengelat. Ada emak pulak tu kt umah chek Ani haruslah selalu ke sana. Sebenonya malam tu dah janji ngan kawan kak long kecik soh dia bukak butik dia utk exclusive preview. *ayat tak nak kalah*. Aku nak cari baju kt cik Aly, katanya kt butik dia ada baju kurung bebudak kecik.

 
hermmm apalagik.. pucuk dicita ulam mendatang lewww.. haku nak mengarung org sesak ramai2 adalah lembik sikit. Sib baik si Hajar ni sudi bukak kedai dia lepas maghrib buat rombongan Cik Kiah pilih baju-bajan. byk la plak stok baju kurung bebudak kecik ceniap aku dah gelap mata, comey lotey plak tew. Kualiti adalah far more better than yg aku purchase online tuari. Harga pun sama, dapatlah Aleesya baju kurung 2 pasang. Harap2 lah budak ni sudi pakai lama sket time raya nanti ek.

 nampak gaya dia ok je ni. Bilalah ko nak tinggi sikit dik? aku dah serabut tgk rambut dia depan tu dah berserabai beno, klu kita ikat rambut dia plg lama boley tahan 10 saat je pun, siap dia kunyah2 hairband tu, anak sapaaaaalah ni....aku nak carik kedai potong rambut cadangnya ni, klu tak menyabo ada jugak aku potong sendiri esok ni.

 ok pun sbb buat kedai org cam umah sendiri kot.

 suka2 ati dia je nak bergolek sana-sini tu


Ammar...perut dan kurang maju ke depan.

 
 now kasik chan kt mak kau plak pilih baju...giler kuasa arr ntah baper belas helai baju try and test, le maklum le kedai ini kita yang punya hoh hoh hoh... main sauk sana-sini pahtu ketawa guling2 ngan bebudak anak2 sendara. byk jubah contemp kt sini kekdahnya, sambar le selai jubah n tudungs, beraya ngan jubah aku tahun ni noks auw.

 dah penat.. jom balik


 Timakasih dehhh sudi membuka kedai memalam buta utk kami, lenkali nak shopping kena wat camni lah..ehhh? ko ingat ko saper? diva?

 Meanwhile...

Aku dah makin malas masak ni..help...roger and out...
Nak-nak apak bebudak ni selalu tak buka kt umah, so masak tahap2 sijil dan diploma je lah. Sampai umah lepas solat sume dlm 5.40 baru masuk dapur, dah tak larat lagik dah rasanya bersilat nak kejo waktu. Aleesya..homaigod... ya rabbi alamin...selalu nak buat pe'el, dia jaki semedanggg je klu aku masuk dapur, hari2 sebelah tangan dukung dia sebelah tangan goreng sayur, kacau gulai... klu tak dia melalak - nak soh dok ngan dia kt hall. hiiii ada jugak yg nak kena lesingg ni kanggg, menyabo jelahhh bulan pose ni hailahhh...tu belum lagik lepas buka nak mandi solat maghrib sume, dah 3 malam berturut2 dia muntah selanyarrrr sbb melalak over2 bila aku masuk bilik air, semedang aku ilang je dia pun meroyan lewww... dok terbaring depan pintu bilik air terkuaaaaa...hoihhh clingy giler tu!

jadiknya, ni le masak2 tahap sijil jek...dah makannya pun 2 beranak jerk...

 kangkung goreng belacan ditemani 4 ekor udang.

 kari ayam ehhh tetiba tersedap pula.

 accompanying with.. sesudu sambal tempoyak dan sebiji telur asin. kedekut ke berjimat ke amalan mulia membazir amalan syaitonnn... syukurlah hampir takdek pembaziran sepanjang romadhon ni... mmg masak sikit2 je la nih.. selalu masa sahur makan benda yg sama je, tak koser le nak bangun kul 4 masak benda lain, Ammar pun mkn coco crunch je time sahur, aku dan apak dia mkn apa yg ada je lah, tp apak eh mmg nak nasi, so mmg tinggal lauknasi siap2 kt dia habih citer.

kata tak nak memparam bulan pose ni ekkkk...
tetibalah kan, ada makcik2 buka payung depan jalan umah aku...ohhh timakasih makcik...dia jual kuih-muih, jadik jangan takde baik ada, beli assorted kuih 5 pcs RM2. lepas masak2 dokong cik Aly pi beli kuih.dah 6.30 time tu. mak ko tak dek masa buat kuih. hari2 aku beli kuih mokciks, sib baik sodap esp. badak berendam.. ilang le craving ini. depa pun jual air tebu ler, sirap bandung ler, so senang keje mak jemah.

Okaylah selamat berbuka dan membuat persiapan raya uols kesayangan. Rasanya minggu ni nak buka kt luar jekkk ehhh tetiba.

Comments

aida said…
wow... pagi tadi buka x update lgi... tiba2 ada update... kelllasss...
sm la kak yong... sy pun berjubah juga raya ni... tema purple... best nya iftar dgn adik beradik...
Yong Kamariah said…
yuhuuu aida... gitew ler akak ni Da...klu malas tu tak leh wat apa lerrr...
oihhh klu ko beraya kt Perak boley geng boria lah kita tahun ni akakaka...Selamat menyambut Aidilfitri Aida deh..

Popular Posts