Iftar, Iftar...

Warning - entry penuh gambo makanan jek, lain keje takdek aku yek, sedangkan jika mengikut sunnah, Rasulullah amat menggalakkan kita memberi makan kepada orang yang ingin berbuka puasa di bulan Ramadhan. Sebaliknya kita sibuk menceritakan apa yang kita makan untuk berbuka ~ wan muhd ali (wan WMA)~.
*insapidiri* tp ok la tew kan, kita tunjuk gambo yg kita masak utk org berpuasa dan juga bg idea pd org lain nak masak apa, so memberi kebaikan jugak tu kan I guess.

jadi dah penghujung puasa ni, mmg mood masak ke laut terus... nak mengangkat sudip pun rasa sikit lagik nak parkinson tangan tu. teruk betul kau ni. *nooffense*
Ari tu masak gulai udang tenggelam timbul 6-7 ekor ngan belimbing buloh. Pahtu sbb dah rasa bateri low tinggal 1 bar je lagik kekdahnya beli le seketul ayam utk Ammar ngan seketul ikan dori pais (?) yg fakulti hospitality jual kt staff bulan pose. Jadik arrr...
Keesokannya beli ayam golek tempayan sekor, makan bawak ke sahur pun tak habis, takper arr kita frozenkan dia bebila kita panaskan balik *modelemau*

 

 Ayam tempayan golek? ye la tewww.. aku tengok golek2 ateh tempat membako je, tang mana le tempayannya taktaulah.
Jadik Sabtu lepas turn mokcik jadik host.Apak eh keje. Aku memproses bahan masak dari pagi bawak ke petang. Tunggu cik Aly nap baru le masuk dapur, dah tengahari siap2 buat rempah ratus cuci bahan sume baru le senang ati. Payohhh...

 Jadik petang tu setelah berpeluh terkejo2 maka mempersembahkan... main dish sambal udang potai, lemak daging salai, gulai tempoyak ikan terubuk (awesome) dan sup ayam. Ada org tu tapau meatball, hotdog dan cikpap Ikea...timakasihlah, dah lama ngidam wehhh...

 haku malu je nak upload gambo ni...tgh bersilat2an tu, dkt maghrib barulah deme2 tu sampai, tengok2 anak2 dara tu dah mengidang pung...amik soratkabo je bentang... tak dan mokcik nak cari saprah ke haper pingggan mangkuk lawa2 sket ke dah tadaaaa...bak kata KLK dah 10 tahun aku guna pinggan sama tew dah nak muntah dah tetamu tgk...terbahak-terbahak.. mintak mahap anak, makcik ko pinggan elok2 simpan dlm gobok khas je, tak sempat nak keluokan pung.. capek arrr tangan ada 2 jek.

Jadi marilah kita berkelah ditepi kolam Sarimah. We had it kampung style sbb mmg org kampung pun bahahahak.

 
 sib baik ada kurma khas yg super sedap ini. Esok nak makan masa sahur aiyakkkkkkkkk... ada sekor anak tupai... anak cicak lewww baik berteduh dlm tew, uewwwww...... ada org dah tak tutup rapat kotaknya tu grrrrrr...buang le sumenya dah tak afdal lagik memakannya huhu...

 Afterwards the kidos memain bunga api kt luo. hamboiiii Aleesya kemain genjoy lagik yek, tak dapat bunga api buat2 pusing tangan pun jadik leww..

 Suka la tewww....

Dah malas : Iftar di Alicafe 3 Rasa

Masuk ari Isnin terus rasa nak pitam kemalasan.

Tengok banyak review sgt pasal resto ni maka nak menerai sementelah dekat gek ngan umah. Nak cari buffet/menu small scale dulu sbb nak test market. Test market cik Aly lerrrr.. nak tengok dia ni baby-friendly resto tak...

 On the way dah nak sampai dia ketidoran, wahhh ini chan sudah baikkk...dgn harapan boleylah makan dengan aman. Elok je amik seat plinggggg halooooo mama....how are you? London bridge is falling down..... *habislahhh*
 Terussss dalam mode ADUN melawat kawasan.

 Sume benda kau nak pegang dan perati grrrrr....
Reserve pung dalam kul 4 p.m., ada seat smoking area je a.k.a kt luor... sib baik ambiance quite cool hah...

eja nama aku pun tak betul org resto ni. Abang Ammar tgh tergugat keimanannya, Ummi.... mananya nasi? laut? (owh dia sebut lauk tu laut). Sabo ya Ammar...saboooo...

 Meanwhile sampai terawal la pulak, masak nak layan kerenah budak ni. So bagi dia makan kek Hokaido dulu.
 Yeahhhh beh boh... tenganga mulut ibu dan anak

 Makanan pun tiba...terus budak ni capai telur dadar.

 cemana ni..baru 7.05 menit, sudahhh... makin double up keimanan Ammar tergugat cenggini...

So kami amik set Ramadhan special, 

 Siakap tomyam
 Telur dadar
 Ayam goreng cam mamak style

 Bokchoi ke aper ni..
 
 and kek Hokaido..
Set utk 4 person at RM69.90, mmg betullah kata food reviews, murahhh dan yg penting... mmg sodap lah!
 
 this one.. tetiba rasa menu tak meriah so order ikan pari grill hermmm haloba sungguh. Semua ni makan tak habih pung, separuh je termakan, so kita tapau wat balik, lega tak yah masak utk sahur *dasar*. Kata apak eh makan macam kartun, sbb gilir2 jaga Aleesya, ihhhh dlm kartun2 menambah gekkkk...

 anak sapaaaa la ni...

 Aperrr baik angat dia ni...





oppp ayat tak habih download.. baik leeeeer 5 minit, silap time management, sbb bagi dia makan awal2 so bila dia dah done ngan makanan terus leerrr jadik cam belut nak terlepas, ko pegang cemana pun dia menggelupur je cam belut menggelongsor ke bawah. bila lepas suka lahhh merewak merata hadoiii..pasrah mak nak... masa dia dah tak minat nak makan kita plak baru nak berbuka.

 Makan mmg macam kartun makapak, sbb nak jaga dia dan nak kejo maghrib, sib baik sempat maghrib kt masjid Al-Falah kt belakang tu. lenkali... nota kaki : maghrib dulu pahtu dtg la resto ini, ramai gek yg buat ni, so boley makan dgn tenang.

Hasil tapauan.... dan order set nasi lemak siap2 kt Ammar utk sahur, dah lama budak tu tak pekena nasi lemak kekdahnya, kesian ia sampai susut badan sbb bercerai kejap ngan nasi lemak makcik kantin sekolah pujaan hati.


Babai.

Comments

CS said…
Hamboi Yong...
Makanan yang disaji dah sama hebat cam dari dapur Iha/Leeza. Cayalah :-)

Ehh.. awak pun dah makan kat Ali Cafe 3 Rasa ya? Not badlah ek? Restoran tu dekat benar dari rumah kita.
Yong Kamariah said…
Salam Cik Som,
Lega kita bila CS dtg sini sbb ingatkan dah 'terputus hubungan', le maklumle dah tak bg komen dah khen....
uihhh mana le ada hebaknya...sesunggunnya daku adalah jauh dibwh par lerrr kalu nak dibandingkan ngan dua wanita anggun itu, deme2 tu serba boleh kekdahnya!

ha'ah, kita gi menerai kt sini ler...not bad at all lah foodnya, isshhh kalu taulah dekat kita pi singgah iftar umah CS je tu ari!

Popular Posts