Catatan Umrah 2013 : Ziarah Madinah

Di Sekitar Masjid An-Nabawi

Di sebabkan dr hotel terus ke masjid ikut laluan pompuan, kami tak pulak berpeluang nak tgk the other side of mesjid. Satu hari lepas Asar kami decided nak jalan sekitar masjid. Nak tengok perkuburan Baqi' sebenonya, tp pompuan tak dibenarkan masuk. Jadi kami melawat2 jelah pusing keliling nak tengok belah entrance lelaki plak.


Adik lelakiku bajet hensem lettew. Sib baik ada dia bawak kami jalan2 keliling, takyah pengiring pun takper tp sbb dia dah biasa belah sana tu so kami pun ikut2 le dia.


ohhh barulah tahu. Tu yg macam ada entrance sebelah kiri sekali tu laluan terus ke makam Rasulullah. Ni entrance belah lelakilah kiranya. Assalamualaika Ya Rasulullah!. Dan-dan sume org study ye. Naper aku macam tercepuk di situ? Sedey bai. Hati mana yang tak cair bila berdekatan dgn jasad Rasulullah yg disemadikan di sini. Dia 'bersama' kita terasakan.






 Mengabadikan kenangan di Masjid AnNabawi bersama kekanda tercinta Kak Tie, yeah  partner in crime kekdahnya. Sampai ari ni ada je citer lucu yg tak habih2 jadi model usikmengusik dlm FB. Waaa sebak lah tgk gerbang ada tulisan hijau tu. Bila lagi nak menziarahimu ya Rasul Allah, Ya Nabi Allah...

 Berlatarbelakangkan kubah hijau yang cantik. Bro Ajie jadik tourist guide kami, ada je benda dia nak citer termasuk le citer mitos org nak panjat kubah hijau tu sbb nak buat khianat kt jasad/makam rasulullah pastu kena panah petir pahtu takde org nak bawak turun. Herrrmmm mitos sumer tu.
  
 Gambar kesayangan saya.
Marilahhh kt sini jika berkemampuan. Nowadays ramaaaaaiiii dah org mampu datang, sbb tu Madinah dan Makkah senantiasa ramai ngan orang tak tunggu musim haji dah. Maaf cakap, bukan nak kata kt sesapa pun : kalau ke HK, Australia, UK/Amarika atau mana tempat di bumi Allah ni kita boley pergi takkan rumah Allah kita tak boley kan... jangan marah, maafkan saya, tak terniat nak menyinggung sesapa. Sungguhpun pak ustaz kata yg dtg ni adalah insan terpilih yg diseru Allah, tp klu kita berdoa dan berniat in sha Allah, Allah juga akan menyahut seruan kita itu. Mai lah sayang2 semua. Hanya Allah je yg tahu macamana seronoknya rasa. SubhanaAllah.
  
Di Perkuburan Baqi'

Baqi' adalah kawasan perkuburan bg penduduk Madinah, ahli keluarga Rasulullah saw dan termasuk jemaah haji dan umrah yg meninggal dunia di sana. Di sinilah terletaknya makam anak2 nabi antaranya Fatimah & Zainab dan isteri2 nabi antaranya Aishah & Saudah. Makam Kadijah pula berada di Makkah.  Malah para Imam spt Imam Malik bin Anas turut disemadikan di sini. Rasulullah semasa hayatnya sering menziarahi sambil mengucap salam dan memohon keampunan serta rahmat Allah terhadap ahli Baqi'. Ke syurgalah tempat mereka, wallahuallam.


The ladies...di belakang kami itulah kawasan perkuburan Baqi'.

huiiiii kt sini pun meriah jugakkkk org berjual beli, alang tak dekat ngan entrance ladies je klu takk selamatttt...Tu, yg belah kiri bertingkat itulah kawasan Baqi'. Selamat dan sejahteralah wahai ahli Baqi'.

Pompuan takleh masuk. Teringin jugak nak pi tengok. Jadi marilah sama2 kita sedekahkan doa dan AlFatihah.

The next day : Ziarah luar
Hari ni kami nak berziarah luar. Kami naik bas diiringi oleh Muzawwir atau pak ustaz org Indo. Best je kerje diorang ni, dapat pahala bertali arus kekdahnya. Ada pelajar buat part time,  ilmu agama sgt bagus. Tu ari dpt ustaz2 kira best2 lah jugak, sambil naik bas sambil depa citer sejarah islam di sekitar Madinah. Sambil aku kesat airmata huhuhuhu...


Yeahhh kami dah bersedia nak berziarah. Di depan hotel.

Di Masjid Quba'
Masjid Quba adalah masjid yang pertama didirikan di dalam sejarah Islam berasaskan taqwa dan iman yang padu, yakni setibanya nabi dari Makkah dan dibinanya bersama sahabat baginda. 
Asy-Syimus binti An-Nu'man menceritakan, "Aku melihat Rasulullah saw ketika membina masjid ini, baginda memikul batu-bata di atas belakangnya sehingga bongkok tubuhnya, debu-debu dan pasir penuh ditubuh dan bajunya. Apabila ada sahabat minta diambil bebanannya dari Rasulullah tidak dibenarkannya dan baginda menyuruh supaya mengambil yang lain sepertinya" - Riwayat Tabarani.


Setelah siap Nabi mengimamkan solat berjemaah secara terbuka dgn para sahabahnya dgn berkiblatkan ke arah Masjidil Aqsa di Palestine sehingga 16 bulan lamanya sebelum berlakunya pertukaran qiblat ke Kaabah di Makkah.  
Sabda nabi, "Sesiapa yang berwudhu' di rumahnya, kemudian pergi ke Masjid Quba' untuk bersolat, akan diberikan ganjaran pahala seperti pahala menunaikan umrah" - Riwayat Ahmad, Nasaai dan Ibnu Majah.
huihhh sama ganjaran mengerjakan umrah saper taknak.
Alhamdulillah dapat menunaikan solat sunat Tahiyyatul Masjid dan Dhuha di sini.

Ada peristiwa lucu kt sini dan sgt2 diingati oleh dua org pompuan sebelah kanan saya tu. Asyik kena kutuk je aku. Masa lepas solat ni, ada le 2-3 budak Arab tempatan jual tasbih kt sini. MasyaAllah, byk2 org dia aim kt kami bertiga ni je. Yang dua org ni mmg le sifat deme amatlah pemurrohnya. Depa pun borong le ngan bebudak tu. Yg kt tangan Moksu Sarah tu lah tasbihnya tu. Hakak cam biasa uols, siap berkira2 baik aku beli kt sejid Nabawi lagi variety. So hakak pun beli le 10 rial. 10 rial saja tau! Sekali yg budak pompuan sorang ni tak puashati yg dia takdek plak org beli, acik tak perasan la comey weyyy...
Sekali dia aim kt aku, sbb agaknya aku beli dlm 3-4 urat je tasbih gitule. Ahhhh sudahhh, sekali dia ikut je mana aku pegi. "Ibu! Ibu! Seploh rial ibu!" kata dia sambil pegang2 baju den. Tak lama dia buat2 nangis, kami dah lari2. Moksu Sarah kata, 'nak ikut naik bas tak? Ikut balik Malaysia nak?. " eh dia tak heran, dia ikut jugak aku. Aku kata kt dia, 'eh, tok sey, tok sey! (taknak)'. Eh dia start buat2 nangis, sampai tersasul masuk toilet aku nak lari dr dia. Adik aku kata, 'ha tu, tu, org Malaysia tu, pegi laaa jual kt sana', siap tunjuk kt segerombolan org Mesia hahaha. Eh, dia determine jugak aku beli. Ehhh aku determine jugak taknak beli. Last2 jumpa tangga nak ke bas. Lega. Sekali dia dtg tepuk aku kt belakang sambil teriak, "Bakhilllll!!!!!". Hamboih. Org tak nak beli ko lagi kata Bakhil! mahahaha, lawak betul. maybe le Allah nak tunjuk aku mmg bakhil kot??? haha. Punyalah nak lari dari dia sampai tercabut2 butir2 tasbih yg aku pegang. hadohhh...


Tu jelah tasbih makcik beli dr bebudak tu. Tu pun kira 10 rial, sbb kt area hotel/masjid Nabawi boley dpt dlm 5 rial, berkira betul mak aji ko ni eh. Lagik 5 rial tu niatkan je lah sedekah. Astaga, tq adik sbb sedokan makcik seketika huhu..

Mak saya dgn Kak Yah n family dia.

Masjid Qiblatain

Peristiwa berlakunya pertukaran kiblat ke arah Kaabah adalah ketika nabi sedang bersolat di kawasan Bani Salamah. Diriwayatkan turunnya wahyu dari Allah yang memerintahkan supaya menukarkan kiblat ketika nabi sedang melaksanakan solat di sini, dan ketika itu nabi sedang berada di rakaat yang kedua, lalu nabi menyambung baki solatnya ke arah Kaabah dan dari sinilah masjid ini diberi nama masjid Qiblatain.
Kami tak turun sbb nak kejar waktu, tak silap kami berziarah ni hari Jumaat kot.

Di Jabal Uhud
Bayangkan dah lama tak baca sirah nabi. Peristiwa peperangan Islam pun ingat2 lupa masa belajo dlm sekolah menengah kot. Punyalah ambik mudah. Teruk aku ni.
Jadi selepas bersolat di Masjid Quba kami di bawa ke Bukit/Jabal Uhud.


Itulah Bukit Uhud. Jabal Uhud adalah bukit dari syurga. Perang Uhud berlaku pada bulan Syawal Tahun 3 Hijrah. Rentetan dari rasa tidak puashati kafir Quraisy terhadap kekalahan ketika perang Badar. Bayangkan tentera Quraisy berjumlah 3 ribu org manakala tentera muslimin hanya 1,000 orang, minus 300 munafiq berpaling tadah maka tinggallah kita hanya 700 orang. Perang ini menyaksikan kekalahan pihak tentera muslimin dgn seramai 70 gugur syahid. Dalam perang inilah berlakunya peristiwa Hindun bin Utbah, yg membawa misi dendam kesumat untuk membalas dendam terhadap Saidina Hamzah yg membunuh suaminya dlm perang Badar. Maka gugurlah Hamzah di tangan Wasyi atas arahan Hindun yg mengupahnya dgn upah yg bukan calang2 sikitnya. Lalu dilapahnya dada Hamzah dan di kunyah2nya hati Hamzah. Allah Taala maha berkuasa, maka dijadikan kerasnya hati Hamzah sehingga diluahkan oleh Hindun. Allah menjaga hati Hamzah supaya tidak 'di bawa' oleh Hindun, kerana seluruhnya tubuh badan Hamzah adalah 'milik' kawasan Uhud. Sedangkan ketika mahu dibawa jasad Hamzah ke Baqi', bergegar seluruh Bukit Uhud menandakan tidak mahu dia Hamzah dikebumikan di mana2 melainkan di kawasan Uhud. Allahuakbar.


Di kawasan makam para Syuhada'. Pak Ustaz sedang menceritakan peristiwa perang Uhud. Berkesan sungguh di hati. Ketika pak ustaz suruh ikut berdoa sambil memberi salam kepada Hamzah, Abdullah Jahsy (ipar nabi), dan nama2 para syuhada' aku dah tak tahan menahan sebak lalu menangis tersebik2. Malu kt org aku pelan2 pi belakang menangis sorang2 tekup muka ngan tudung. Ya Allah. Betapa dapat membayangkan para syuhada berjuang bermati-matian kerana menegakkan syariat Islam. Bukan saja nyawa bahkan harta sehingga tinggal sehelai sepinggang kerana mempertahankan agama suci Allah. Allahuakbar! Terus dapat membayangkan peristiwa yg berlaku di sini. Sebelum ni amik mudah peristiwa penting dlm Islam, bila dah berada di kawasan tersebut, feel dia lain sikit. Sedeyyy sesangat.


Di dalam inilah bersemadinya 70 orang syuhada'. Rasulullah saw menyembahyangkan seorang demi seorang tentera muslimin yg gugur syahid, hanya Saidina Hamzah disembahyangkan sebanyak 70 kali dan kemudian dikebumikan bersama Abdullah bin Jahsy berasingan dgn para syuhada' yang lain.
Baginda bersabda, "Aku bersaksi bahawa kamu terus hidup dengan Allah. Lawati mereka dan ucap selamat kepada mereka, dengan salah satu yang mana tangannya jiwaku, tidak ada yg menyapa mereka, sehingga ke hari kebangkitan, malah mereka akan memberikan salam kepadamu semula"
Diceritakan selepas 43 tahun peperangan Uhud terjadi banjir besar disekitar Uhud menyebabkan tanah byk yg terhakis dek di bawa air hujan, termasuklah makam Saidina Hamzah dan Abdullah Jahsy sehinggakan jasad mereka turut terkeluar. MAHA SUCI ALLAH. Dia pelihara jasadnya syuhada' sehingga jelas masih segar seperti baru terkorban dan masih basah darah yg mengalir dari jasad mereka. SubhanaAllah!

Banyak pengajaran boley dipelajari dari perang Uhud ini, lebih2 lagi akan kekalahan pihak tentera muslimin. Nabi telah menempatkan lebih kurang 50 orang pemanah di atas bukit pemanah dan mengarahkan supaya bertahan di situ. Namun, apabila Khalid Alwalid melancarkan taktik perang dgn meletakkan barang dan harta rampasan kafir Quraisy di satu tempat sbg tanda seolah2 tentera Quraisy sudah kalah, ramai yg tidak mendengar arahan nabi lalu turun bukit dan merebut harta rampasan sehingga tinggal lebih kurang 10 orang yg bertahan. Akibatnya tentera Quraisy berjaya mengepung dan membunuh tentera muslimin. Nabi bertahan di bukit Uhud, sehingga kakinya patah dan mukanya luka terkena pedang. Sahabat2 mempertahankan baginda sehingga ramai yg terkorban. Berundurnya tentera Quraisy setelah terbunuhnya seorang yg menyerupai nabi dan they mistakenly thought it was nabi. Ketika itu ada seorang wanita yg kuat mempertahankan nabi dan merawat nabi (lupa dah nama).
Maaf kalau salah fakta utk perenggan ini, otak ini cuba merakam imejan perang uhud ketika pak ustaz cerita, maka aku bercerita based on this memory. Tolong betulkan kalau salah.

Dan aku ingat peristiwa pengantin baru tak sempat mandi junub ketika berlakunya perang ini. Hanzholah bin Abu Amir, malam pengantin terus dipanggil berjihad. Lalu gugur syahid beliau. Ketika mencari mayatnya, kelihatan basah mayatnya padahal tiada hujan ketika itu. Baginda kemudian mengabarkan bahawa jasadnya telah dimandikan malaikat. Lalu dia digelar Ghasilul Malaikat (Orang yang dimandikan malaikat).


Bersama kesayangan2 hamba. waaaa banyak menangis kt sini.



Bersama anak buah yg sebaya Ammar, bebudak ni cepat bebeno membesonya.




Ni peta berlakunya Petang Uhud. Sepatah pun tak paham.


Di Kebun Tamar

Kemudian di bawa ke kebun tamar. Nak beli tamar, nak beli tamar.

Pose dulu kt depan kebun, masuk idok pun, taknampak pun buah tamarnya

Hey ladies...


Ha.. depan tu ada market tamar. Suka lettew.

Kt depan ni depa sediakan teh Arab dan teh Habatussauda. Aku pilih the later. Pitaaaammm nak ngabiskan. Kengdian baru teringat mak aiiii sesilap Miss P keluo ni, sbb rasa cam air akar kayu urghhhh sabo jelah. Berdoa je dlm ati don't you dare..no no no, don't say the words...


Sedap ye...


Ni dia...teh habatussauda.

Dah masuk dalam tuuuu diaaaaa... macam2 jenis kurma.

Carilah kurma Ajwa' - kurma nabi.

Nilah kurma Ajwa'. Sabda Rasulullah saw : Barangsiapa yang memakan kurma Ajwa' setiap pagi 7 biji ia boleh menghindarkan racun dan dijauhkan dari sihir pada hari itu"
Harga memang mahal sikit. Range from 100 - 150 rial sekilo. Saya suka rasanya, yang sedang2 saja, tak le manis sangat. satu lagi carilah kurma Anbarah, yg kedua termahal.

Pilih2.

Pahtu ada coklat memacam, dah rambang mata den.

Kt sini takdek tulisan Arab pun, sume tulisan Melayu. Wahhh pandai beli jiwa ekkk... mentang2 le geng2 kita ni pantang nooo dpt shopping.



Then round2 sekitar bandar Madinah Al Munawarrah. Ya Allah, jangan jadikan ini ziarah aku yang pertama dan terakhir, rindunyaaaa nak ke sini lagi...

Okdah, mak aji dah penat. Babai.

Comments

Mulan said…
nak pi lagi...!!!!! bestnya...!!!
Yong Kamariah said…
Cik puan mulan, moh ler!

Popular posts from this blog

Sekalung Budi Segunung Intan....Happy Mother's Day!

Catatan Umrah 2013 : Kisah Di Raudah

STANBUL... HERE I COME!!! : PART 9 : SPICE BAZAAR & HAGIA SOPHIA