Desaru

So lepas legoland, kami pun decided nak bermalam di Desaru. Kerja giler diteruskan.Tau tak tu ari, gi Johor ni pakai redah adhoc impromptu sumer keluo. Hari Jumaat tu terus siap2 tapi taktau agi nak gi mana. Cuti dah siap2 standby 4 hari. Sekali buat aper gaduh2 laki bini kau nak balik kg kau aku nak balik kg aku so jln penyelesaian adalah we go south! So JB here we go! Amik nak kau... sampai Johor ntah naper sume internet kt gajet tak berfungsi, dah kul 5 lebih tu. Terpaksalah hop in from one hotel to another sumenyer nan ado, fully booked ye! Dah nyaris nak tido bawah kolong atau stesen minyak. Time pun dah nak malam, sib baik ada 1 je bilik kt satu hotel tu, dia punya extra charges mak aiiiii...tak padan ngan size biliknyer, so you take it or leave it. Jadi sib baiklah.. klu tak bermalam bawah jembatan nak ke woodlands tu lah kami anak-beranak hahaha...

Lepas Lego, pi Desaru. Pepagi buta tu dah call and search resort2/hotel kt Desaru, main hantamm sajalah. Sume pun jawapan x memberangsangkan. Aim kt Lotus yg baru tu sekali tinggal le sebiji dua tp harga dia marked up giler2 sampai 200% perghhh.. mujur le ada satu resort ni masih ada sudi terima kami, harga dlm web sama ngan harga yg ditawarkan. Baik sungguh hati resort tu ye. Dapat tangkap satu bilik kira ok ler. Org cuti sekolah + public holiday khennnn... banyak la kau punya impromptu mok yong oi. Tobat lahom dah lepas ni nak main pakai redah time cuti sekolah/public hol.

Sunrise at Desaru...nantek. Sampai2 aku mintak upgrade bilik, sib baik ada kosong. Maukan tidak sari suntuk berpanas kt lego belum masuk Ammar wat perangai macam2 marilah kita sejukkan ati di sini.

Catching up the sunrise....jgn nak eksen lelebey le bang. Bawak kamera berpikul amik gambonya sekeping je aparah. Masa masuk legoland tu dia pikul kamera tp bateri nan ado tak bercassss boleyyy??, last2 gambo kusam ipad ngan henpon cap kambin aku tu gek le yg pakai. Dia ni mmg payah arrr klu nak pikul kamera ni, after opis hour mmg dia gantung terus profesion dia. Pastu time kt Puteri Harbour theme park pun dia main tinggal je dlm boot kete hadohhhhh... tak berperanan langsung ni!



yeahhhh tu dia...

hot chick hitting up for the pool...

kemain hakak kawasan aku ni...melalak malam tu tgk display sunnies kt MerryBrown, cam tautau je nak gi beach. hermmm sib baik 3 inggit sekupang je, layankan lahhh..pakai 5 saat je kot pun.

gambo kenang-kenangan sementara kecik boley pakai swimsuit cenggini, sgt cute je bebudak klu pakai ni, dah beso esok nak kena balun ngan ayah silakan. Swimsuit pun nanny tolong sedekahkan, harap mak ko bile ler nak layan menda2 ni sumer haha takde masa okeh



So siang tu kami ronda2 kt Desaru. Google2 tu terjumpalah satu nama tempat Fruit Farm ni. Cam best je sbb ada mini/petting zoo. Mesti hakak kawasan gelabah tgk rabbit kambing bagai ni.

Nak masuk tu dia bawa kami dlm trak ni, ala2 nak bawa pekerja ladang masuk ladang gitew.

huihhhhh agak2 arrrrr...brader yg bawa tour tu musti rasa annoyed je dlm ati kata ni 4 beranak ni tak pernah tengok pokok sukun ngan dragon fruit ke? mmg kami je local people time tu, sumer ni singaporean, memang arrrr pokok mengkudu pun deme kagum. Haku kata, klu setakat pokok2 belakang umah mak aku je kt dlm ni memang tak yahhhh arrrrrr!!!  lawak pulak bila ngenangkan. Klu tak kerana ada mini zoo tu nak ngelakkan anak2 keboringan tak ar aku gi. Dah la dia tulis "No fruit plucking arrrr! You die lorrr! RM500 fines horrr!!! Ok, over cam biasa.

ok terubat sikit tahap rasa diri dianiayainya pun. Cik Aly suka bebeno tgk ikan. tp klu bebudak sekolah nak gi sini elok ler, terutama city kids, boleylah belajo sains dan tumbuh2an. Abang tour tu sgt informative, sume pasal nutrition sumer keluo. Sgt bagus utk budak2 sekolah. Stok2 makcik kampung cam aku dok diam2 sudeyyy *belagaknau*



Eh boley gek belajo something. Ni first time in my life baru tau ada poisonous banana. Sib baik dia tak pandai2 tumbuh belakang umah, klu tak, pitaaaaammmmm. Bab kata brader tu, cemana bunga (jantung) dia tunjuk ke langit, cenggitu le kita klu dah termakan, terus ke 'heaven'...mak aiii atutttt...bio betik???


Tetibalah pulakkan... sikitttt je lagi nak sampai mini zoo teruslah kilat sabung-menyabung...eh tipu, tetibalah langit gelap macam nak runtuh, nak hujan uols! cecepat tour disingkatkan, terus dtg 2 trak pick up kami, baru jalan sejengkal dua terus le lebat hujannya. hemmm,... takde le rezeki Cik Aly nak jumpa kekawan.

ok babai jumpa lagi dilain masa time cucu kami nanti.


So lepas tu gi jumpa Kota Tinggi jap sbb tak pernah pegi. Setakat pi KT say hi KT! pastu apak bebudak gi cari baju/short nak mandi kt pekan KT pastu patah balik Desaru, sikit punyer perjalanan tu. So kami decided to extend our stay for 1 more night. Ini budak sgt behave, good girl! Pantang jumpa katil mesti nak loncat2.
Mlm sebelum tu ronda2 pekan Penawar, malap-malap sleeping pekan rupanya. Cari kedai makan pun tak memberansangkan, tetiba terjumpa kedai lip lap lip lap ingat kedai tomyam. So kami singgah rerupanya MerryBrown, ok lattew, Ammar pun dah bertempik nak MB! nak MB!


Second night tanya org kt kaunter mana tempat ikan bako? Org tu pun mapping le jln, so off we went tu Sungai Rengit. Bukan biasa pun kt tempat tu tp taknak kalah. Redah gek. Sekali tgk kt "medan ikan bakar" cam medan selera biasa je. Cam kt Tanjung Lumpur tu kan ke berasap2 tepi jln org bako ikan, ni takde apa pun yg berasapnyewww...so harapan cam kuchiwa jumpa resto Nara-nara apatah boley lah... so tu dia....sgt tak menghampakan! Tu yg nampak terjulur kaki Cik Aly tu mmg dia arrr tgh tido nyenyak, bertuah anakku. Baru le aman makko nak makan. org tu siap bg kerusi malas agi tu haha.


pepagi buta bebudak dah bangun, mari le kita jln2 sekitar resort lepas brekkie.

Jadi kami menginap di resort yg tertua di Desaru. Patut pun fius asek short. Mmg padan ar. Tapi bilik sgt spacious. tu yg penting. Malam kedua, water heater tak berfungsi, org teknikal dia cepat je dtg klu panggil, bagus, so sbb dia takleh wat malam tu, dia soh kita pindah bilik. sebelah je, nasib baik. So mlm tu kami mcm check in bilik baru, lapang rasanya sbb bilik sebelah tu dah kena kecah2 dek cik Aly hahaha. Ni Damai Beach Resort namanya.

swing swing...

tp pantai tak boley mandi so dangerous one.

Before noon kita check-out. Nak pi JB balik, nak ke Puteri Harbour, nak tgk Hello Kitty Town and JPO pulak. Babai.

Comments

Unknown said…
Ms kecik dlu dok JB sokmo abh bawok g Desaru
Yong Kamariah said…
oh ye ker Da? lama ke auok dok JB? Mcm kita kt Kuantan lah, klu jln2 mesti gi TC ek?
Mulan said…
terkadang holiday jd best sbb kes2 impromptu ni ni kan.. kam pon byk kali buat keje terjadi sebegini... bila pikir balik, gelak laki bini.. seronok jadinya.. sejarah wey..
Yong Kamariah said…
ahah cik puan Mulan yuhuuu...
mmg ye ar! benda2 tak terjangka ni amatlah adventurous nyew! selalu kita terjumpa tempat yg kita tak pernah pikir akan terjumpa... gelak mmg gelak, gaduh tetap gaduh lakibini klu dah tersesat tu mahahaha...
Anonymous said…
salam

kg kita ni kak. kalau tau boleh suggest. nak makan seefood tak payah pegi jauh nun ke sg rengit. area bndar penawat tu pon ada. makan atas laut lagi. xjauh dari highway desaru senai tu. kalau bawak kawan-kawan balik kg mesti semua cakap hadooo la jauh beno kampungnya.

chalet banyak lagi murah dari hotel. tapi damai tu pon mmg murah dah. penah duduk situ sedih pedih aircond tak hidup, aircond lambat sejuk, lampu bilik air mati. hahahaha
ok panjang sgt dah ni.
Yong Kamariah said…
salam anon..
hok aloh alohhhh naper tak royak awal2? kita mana tau! brader kt resort tu le yg ckp kt situ. apa nama tempat tu dek? next time buley try makan atas laut, kt area jembatan yg lawa tu eh??
hahaha.. mmg le hotel lama, tp ekon sume ok je, cuma lampu je kadang wat hal, memula dtg lagi best dpt tv dah separa hancur kt belakang hahaha lawak laaa, tp boley la for bajet travel, next nak gi Lotus lak

Popular posts from this blog

Sekalung Budi Segunung Intan....Happy Mother's Day!

I'm not a Super woman...

Kasut dari Auntie Jeet