Super Mak

Tengahari semalam masa aku tgh drive, mata ni macam digam2. Sekali kt radio kedengaranlah azan Zuhur. Cam biasa lepas abis bang aku baca doa. Sekali aku rasa doa lepas bang aku weird sangat. Oh, patutlah, aku baca doa lepas makan rupanya. Tak agak-agak, macam kau soranglah tgh pose. Tak salah mulut aku juga sbb otak aku tgh pikir, aku nak buka ngan ayam penyet ke ikan bakar. Sengal.

Sebagaimana tajuk di atas, I ain't no Super mak. Tabik spring aku kt fulltime housewife/SAHM nih. Masa aku sebulan pantang sendiri ari tu aku rasa hazab cukup 24 jam dok umah buat serba-serbi kerja umah. Aku rasa erkkk.. aku belum sedia lagik le nak jadik fulltime h/wife ni. eh, no offense, no offense, fulltime housewife mmg keje terpuji dan termulia dlm sejarah, cuma aku rasa I'm not good enough to be one, just not yet. Sedangkan sekrang ni hari2 rasa cam tak cukup napas je ngan aktiviti sehari2. Nak2 ada baby suka kamok2, lotih den! Anyway, marilah aku mendokumentasi aktiviti2 yg aku buat satu hari sejak bulan pose ni. Biasa arrr, stok aku ni gambo musti banyak, baru gerek seh nak stori-mori...


Pagi - Hari aku dimulakan ngan hanto baby ke nursery. Hari2 redah jem dow. Sib baik pepagi Miss P dlm mode mamai tido, tak le gelabah sgt aku. Klu jem tak gerak2 tu kan, suspen giler aku takut Miss P terjaga n terkua... mano den nak berenti tgh jalan tu nak tenangkan dia haishhhh... lepas anto dia berkejo plak aku ke tempat keje. Si Ammar plak ayah dia yg anto pi sekolah, klu dua2 aku nak anto mau pitam mak kekalutan.


Sampai opis bak kata citer P. Ramlee, lagi idup keje, keje, keje....


Bulan pose ni balik kul 4.30 p.m. Tepat je 4.30 mmg tak tunggu lagik ler, meracing ke parking berdesup nak amik anak2.>>> auw auwww, anak-anak, tetiba termalu<<<< Kang nak berkuntau kt dapur lagik satu hal. Bertuah le klu Miss P ku itew nak dok diam dlm mode ni taim aku amik dr nursery tu.


Selalu gini ler Miss P hari2. <<> . Seboleh2 dia tak mau dok dlm car seat tu. Macam2 trick le aku try test buat, nyanyi lagu tepuk amai2 lah, buat bunyi binatang le sampai aku rasa cam kongkang tu best friend aku je la ni...


Ari tu, aku soh apak eh pi pasar malam beli sayur. Balik umah apak eh bawak balik bendalah ni. Hawdy, dah lama mokcik tak tengok benda ni, sume rattle2 mainan2 dak Ammar dulu ntah ke mana tah dah sedekah kt org, berguna juga le buat diam sekejap. Pah ni aku kena pi store mainan ler nampak gayanya, aku dah lupa bebeno skill keibubapaan dow! pathetic sungguh. Jadik ceritanya, aku gunalah bendalah ni wat tarik attention budak kecik ni. Kejap ok lah, kejap lagik terkua balik. Klu ikut statistik darurat aku taim cengginilah, ada ler 3 kali sebelah tangan pegang dia (keluokan dari seat), sebelah tangan pegang stering. Terer tak? ha... hang memang terer, terer nak mamp* Sib baik le dah nak sampai kt umah, tu kira dia dah melalak sakan la tu. Mengikut statistik lagik, 3 kali juga dia berri dlm kete, tgh2 jem tuh... aduiiiiyaiii...agak-agak la dik nak pilih waktu nak berri tu....jadi, aku berdoa, tuhan bagi aku kekuatan hari2 yg aku nak tempohi tu. Aku klu nak mengharapkan apak eh amik kitaorang, berjanggut ler, silap2 tunggu kt opis tu sampai masuk waktu buka, buka ngan korek idung le jawapnya choyyyy....


Dah sampai umah berkungfu le nak masak plak. Cik Aly ni stok2 suara soprano, aku hilang je terkua, aku gi agah2 kt dia senyap balik,tersenyum simpul bersepah2 dia tu, aku hilang balik terkua... sekrang ni aku masak 2 lauk tak sampai 15 minit, tak yah tanya lagik, aku rasa aku mmg dah terer ngeh ngeh...sbb malam sebelumnya aku dah siap prepare sume tinggal lagi campak dlm poyok/kuali jek.


Ni Miss P tgh tengok tv. Sari dua ni, sampai je umah aku pasang tv kuat2, pusing tilam dia ngadap tv, mau gek le dia layan karat kt tv tu. Ari tu aku belasah pasang Hitz TV ke hapa tah cam terpaku je budak kecik tu tengok. Yelah, muzik2 ni agaknya boleh tarik perhatian dia sket. Nak tunggu alunan zikir2 keinsapan kt estro Oasis tu lambat la plak lagik, selalu taim nak masuk semayang mmg aku selalu pasang channel tu. So omak pun masak2 dgn girang kt dapur. Sekali aku tengok ada clip video Snoop Dog ke hapa...choyyyy tak senonoh punya video clip, sian anak aku dah terkena kejutan budaya. Lepas ni kena carik CD edutainment pulops. Pathetic sungguh skill parenting mak ko ni, maafkan mak nak.


Dah penat terkua nak attention omak dtg agah2 balik sengih galak2 cengginilah. Tampo boleh? Dammit, I really need DSLR. Bilalah duit nak jatuh dari langit...(ye, ye, aku guna tiko getah je sekrang ni, sejak ada anak kecik ni no more karpet2 dow)

Eh, dah penat masak-masak, nak tepek ke gambo masakan? Tepek ke? Ke tepek? Malu dow...hasil masakan cincai bancai mokcik...nok masak yg taraf master/phd tiadalah dayaku dgn anak kecik tu. Masak2 yg taraf sijil ngan diploma jek. Aku ni sempat ke tak sempat ke ttp nak masak sendirik, sbb klu beli kt param ke, kt kedai ke, selalunya sgtlah menghampakan taste bud ku dan asyik2 aku jerk yg terkena cb-cb.


Cengginilah... paling cepat dan ringkas masak singgang. Ni singgang ikan tongkol/aya. Klu makan ngan budu macam dah ke langit ketujuh.


Kawan dia mustilah sambal sotong. Pinggan pun kawin-kawin, belasah je lah, nanti klu senang2 aku nak guna pinggan mangkuk Royal Albert ke, Port Marion ker, berangan ker, berangan ker doploh kali....


Gulai udang tempoyak. Cita-cita nak boh belimbimg buluh tak kesampaian, mana le masa aku nak ke paso pagi ke, paso tani ke...


Oh, malu boh nak tepek gambo ni, ikan tu pun nampak kesedihan jerk duduk ngan tawadhuk dlm pinggan tu... minggu ni pak eh tak balik buka, maka aku masak pung seketul dua jerk janji ado... ni gulai tempoyak versi Perak tengah, sian dia, tak dek eksesori pung... nantilah, senang2 nti aku nak masak tempoyak udang ngan pucuk ubi, tempoyak ikan patin ngan timun, terung, bendi, berangan, berangan, berangan lagi lapanblas kali...


Tapi hok ni febret mok, ayoh n anok....sambal bilis petai masak kering2 dan garing.. mak mentua lalu pun tak sedo, ish mana pun nak sedo ia pun, mak mentuo dok jauh kat perak nun, klu lalu depan mata mmg mau pitam mak, eh bila plak mentuo den datang??


Baiklah, selepas habih berbuka pose, semayang, mandi jgn harap nak rilek. Selalu Miss P merangkap Cik Aly tak kacau kitaorang buka pose sbb dia dah lelap sebelum azan. Good girl, good girl. (Nti klu beso Aly baca ni mak nak upah beg LV beso tong drum. Pahtu klu Aly tuntut ni omak kata.. eh, beg LV mana ada yg beso tong dram, jadik tak kira arrr ngeh ngeh...masaklah ko nak layan mak ko yg crack ni...) Jadiknya bila memalam cik Aly sedang lena memula omak proses dulu stok2 nak masak esok. Ari tu masa balik Kuantan, pi Beserah cari stok haiwan2 laut segar. So aku pack siap2 by portion nak masak. Org kata, klu nak kekalkan manisnya, jgn buang isi perut siap2 sume tu, nak masak baru defrost n buang isi perut dia. Setakat ni oklah, diorang tu ok je once dah terdefrost tu. Lepas siap cuci2, potong bawang lada plak buat rencah nak masaknya. Redho kan je lah.


Pahtu....by pukul 9.30 p.m. tu baru je nak stretch badan, aiii mata ni tertangkap le plak kt baju yg berlonggok2 mintak dilipat. Auuuuuuuuu (gaya2 serigala jadian menyalak lesu). Klu rajin lipat lah (mmg kena lipat pun.)Sambil tgk tv sambil lipat baju. Klu baju pak eh suka ati le nak lipat, beso2 kan, klu baju cik Aly kalu, mau pitam tersengguk2 mak lipat baju2, mitten2, bootie2 kenit2 tu.


Dak pun klu culas sangat longgok je la dlm bakul beso stok2 nak pakai baru kirai...macam tak biasa....


Dah lipat2 baju naik umah atas nak sterika baju la plak...stok2 esok nak pakai malam ni baru seterika cenggini ler...suka nak upkan bil letrik tau! Aku rasa nanti bila Aleesya dah 4 bulan ke atas barulah aku nak pindah tingkat atas... setakat ni aku masih lagi 'menyewa' tingkat bawah...


Dah rasa nak guling2 sambil tengok samarinda ke apa tah tu... baju anak-anak (auww auww lagik) belum pack lagik dlm beg memasing. Bersiap packing utk esok plak dahhh...


Baru nak pejam mata atau mata dah terpejam sambil tv tengok kita teringat la plak kuku si Aly ni nak kena pangkas ni...ye lah, dah beso ni sampai bila nak pakai mitten. Klu siang ari jangan harap le dia nak bagi walau dlm tido dia, ada sekali tu masa aku pangkas kuku dia tu, dia cam meronta nehi...nehi....aku terketip le isi kuku dia... apa lagik selok la dia...sejak itew aku klu nak pangkas kuku dia kena taim memalam ler..jam tu nak buat apa pun kt dia dia redho jerk.

Haishhh...satu hari yg panjang...and I ain't no Super Mak...and I ain't complaining neither...


But klu Super Mak gaya ni tokleh celen lah...supermak Nasha Aziz ni berbaloi la kan, slim melim dan lawa plak, eden....nan ado...

Comments

Maya Marisa said…
Yong dearie,

I pun salute lah those SAHM. Pernah jugak dulu merasa selama setahun. Serba serbi nya letih.
MintakX2 pengorbanan kita nie dibalas dgn baik by our kids yea yong
~jeet~ said…
lama x singgah, dah tukar langsir raya dah... ;)

ni pon kira supermak gak la, penuh gile jadual sehari-hari, cayalah!!

nanti miss p dah besor, suruh dia baca balik post ni...!! boleh :)
Kongkang Malaya said…
Yong,
Serious.. saya yang dok baca ni pon dah terasa kesemputannye. Huhu!

Tu la ek, sementara Miss P nak membesor memang makin tere la skill Yong bersilat berkuntau bagai. Esok besor, takat lipat kain tu.. serah kat dia jek. Hehe!

* psst.. time tempoyak, patin, petai bagai tu, rasa nak skip je baca tau!
Yong Kamariah said…
Dear Maya,
Setahun SAHM? fuihhh musti dah asah skil kaw2 punyer...iye, doa2lah our kids tu buleh diharap in the future, pengorbanan ibu ni tiada bandingannya ewah...
Yong Kamariah said…
My dear jeet,
(Tuko, jangan tak tuko!)
Haiii tu kira baru half day supermak jeet, klu sehari suntuk tak tau la den betapa ponek nyoo!
*sure, sure, nak soh dia baca kuat2 betapa byk peluh yg menitis demi diorang ni!
Yong Kamariah said…
Cik Aida dearie,

Haih, kesemputannya tu toksah citer lerr, bapok le penatnya! tapi taim bulan pose jek, bulan lain goyang kaki je la teheheehe...
*esok lusa jgn kata kain aku soh lipat, ngan pinggan mangkuk belanga kena cuci tu!
p/s ; eh, awok dah habih ke stok petainya? ingat tak lama dulu siap frozen gitew auw!
Hi Yong.
Itu lah pengorbanan seorang ibu..
Tapi balasannya besar ya amat. Do it with love and passion.
Sedapnya menu2 you tu. I memang suka masakan macam tu petai bagai..tapi kalau makan naik 2 kilo, hehe..
Yong Kamariah said…
Kak Iha dearie,

Agaknya bila jadik cam akak bila anak2 dah beso mesti rasa cam sunyi je yek? Mcm my eldest sister, sorang2 anak dah beso panjang study sana sini, bila berbuka/bersahur tinggal dia bertiga je ngan anak bongsu...mmg le, bila dikenangkan mak2 kita dulu lagik le anak berderet tak komplen pung!
p/s : uishhh, sedih je lauk2 saya kak, mana buleh celen foodie kt blog akak, buat eden salivating semedang jek...

Popular posts from this blog

Sekalung Budi Segunung Intan....Happy Mother's Day!

Catatan Umrah 2013 : Kisah Di Raudah

STANBUL... HERE I COME!!! : PART 9 : SPICE BAZAAR & HAGIA SOPHIA