Diari Ramadhan 2012

Alhamdulillah... tahun ni, setakat hari ke 5 ni anak teruna istimewa teman si Ammar dapat berpuasa penuh, barulah faham konsep puasa kaedahnya. I knew that day would come, someday, one fine Ramadhan day. Tahun ni doa aku rasanya terkabul. Syukur alhamdulillah. Aku tak pernah memaksa sangat, walaupun dia dah nak masuk 11 tahun. Payah nak reasonkan budak autistik ni, they ask you so much, repeatedly. So this year dapatlah tengok perubahan dia, kejut bangun sahur pun senang. Pasal makan je senang ko yek Mar? haha... Solat pun bertambah rajin, siap mintak izin lagik. Tapi kalau amik air semayang habihhhhh baju seluo berjeruk basah tensi mak. Tapi jangan kacau emo dia sbb dia cepat sentap time pose ni, apa-apa lah nak, janji ko pose. Bila tanya nak hadiah apa? - Ammar nak tupperware. owhhh anak haku, sungguh makcik-makcik. Siap soh cari buku tupperware (katalog). Sib baik bos kt opis agen tupperware, dptlah wat balik katalog. Sungguh pelik budak autistic ni kalau dah obses ngan sesuatu. Memula kesahnya suatu hari dia kata nak bekas ECHO... aku kata hoh nate gapo??? sbb dia tak baper pandai provide details dia pun google tenet dan tunjuk kt aku. owhhh kekdahnya, tumbler Eco tupperware tu. Nak bawak jadik bekas air ke sekolah. Berdebo mak ko ni sbb selama ni bagi bekas air mineral je sbb dah berapa ratus kali beli tumbler tp hilang tinggal kt sekolah. Botak kepala makapak ko nak. Inikan cap tupperware. Dgn berat ati beli dan bg bawak ke sekolah. Sejak itu Eco dan Ammar tak dpt dipisahkan, ke mana2 tak tinggal botol Eco tu. Sampailah satu hari sepupu dia baling dan pecahhh.. selama satu hari tulah dia menangisi kematian Eco. Sib baik apak dia beli dua, tapi satu lagi kaler merah dia don't likey sbb kata dia adik punya. So dia nak ganti hok baru, baiklah nak, cukup sebulan pose nti baru lah wish itu akan perkenankan.

Baiklah, tahun ni sambut pose di kampung halaman tercinta di Kuantan. Maka..jeng jeng jeng...

Misi mencari ikan segar pun bermula...dah jumpa port baru, kt Kempadang.

Masa sampai kebetulan bot2 nelayan baru mendarat, dari dlm bot lagik org dah berebut, sib baik masa aku pegi belum ramai orang. Tapi nelayan2 ni pegi tangkap ikan kt laut kurang dalam, pegi subuh balik tengahari, so mmg stok ikan kecik2 ar sampai. kecik pun keciklah tak teruja ko tengok ikan kembung yg kebirua-biruan and kerisi kemerah2an? aku borong 5 kg. Napsu haloba mmg susah nak kontrol time Romadhon ek??... ikan kembung tu RM10 sekilo, kerisi RM8, ok la tewww tgh fresh lagik

 sampai umah mak tgk ada ikan yg masih ada yg nyawa2 ikan. ehh dah nama pun ikan kan. auww sungguh cekci ikan2 ini berposing, sikit lagik kena goreng dan dibuat gulai tempoyak, ikan kerisi merah kecik2 ni aku suka goreng bodo je. hiris bawang and cili api, ikan belah belakang, cuci bersih n toskan, gesek ngan garam je, sumbat ngan bawang n cili tu, jgn dibuang sisiknya sbb dia akan cover isi itu dr terover cook, so bila makan, buang lapisan sisik and you'll get a juicy and tender flesh... aku suka ratah2 jek ikan ni, hamboihh keterangan...
 
   Cheq Ani aka Mak Long in action. Memula pose tu ramai adik badik yg balik, masak utk satu troop kekdahnya.

 Selamat tinggal berat badan unggul lagik bergaya kalau dah ropa ini. Lagi tak roboh meja ni lagi letak macam2. meriah..meriahhh...first day of puasa @ umah bonda.

 kuih-muih ni beli lerrrr...

 lemang special beli kt Kijal, hari Sabtu apak eh ajak meronggeng ke Kijal, nak ajak beli stok ikan bilis nak nganto kt Perak nti. alang2 beli ler lemang Kijal hok femes iteww..

Balik kampung ni tekak ajelah mengada nak makan makanan tradisional resepi turun temurun Ganung,.... hok aloh mung ning....tak kireww nak jugewwww!!

 
 atas sebelah kiri tu bubur butir nangka, Kak Long kata buah mulung ye kerr mak ani? sesuka ati bagi nama kang tak pasal2 melanggar hakcipta terpelihara dow...

sebelah dia yg legam lagik hitam manis sbb terbako tu adalah satar dan otak-otak.. haishhh tak lepas2 lagi nak menerai walau dah siap amik resepi ngan mak, punyalah renyah nak buat otak-otak tu, aku kan kepemalasan... benda renyah2 ni is don't like huhu....dulu masa zmn aku dah akhil baligh, mak selalu wat satar/otak2, memula jiran tetangga request beli ngan emak, pahtu berkembang sbb ada order byk, so arwah ayah lah awal petang bawak jual kt market kampung, kejap arwah ayah sampai bawak stok org dah tunggu nak beli, kejap je dah licin jualannya... hermmm lama2 mak dah tak kuasewww, giler ar surirumahtangga 8 anak nak upah pekerja bagai nak tolong kannn, ye ler, org zmn dulu mana tamak nak buat duit, setakat kemampuan kederat jelah....

bawah kiri org Ganu panggey nekbak... cam bahulu tp tak bergula, nak bagi gulakan dia masak je lah air gula n taburlah atas dia.. ini aku tak sukeww adalah manis menggelikan tekak, tp fav. emak aku, teringat kt emak sbb tu beli walau tau mak diabetes tegar iskkk...

hok last sekali aku buat atas request, org yg request pulak suka ati beli benda yg tak baper relevan so belasah jelah..tetibalah terjumpa blueberry dlm fridge mak.. oh my englishhh my maderrr... ko hado? blueberry... aikk sejak bila mak tanam blueberry nih? arghh belasah tabur jelah atas tew...
 
 tapi manakan sama dgn pojaan hatiku..*dabikdadastyleAzizSatar*.. inilah kesayangan sepanjang masa malar segar.. Sarak ikan kembung *leleh*...
Adalah ikan kembung yg dibelah belakang dgn teknik belah belakang di kedua bahagian ikan dan buang tulang belakang ikan *lecehdowmakakujepakartebek-tebekikanni*
Kemudiannya isi ikan digaul bersama kelapa yg di blend bersama dgn rempah-ratus terpilih (rempah cam nak buat satar ikan). Pastu kukus. Haku bab nak buat rempah dia adalah surrender, makan je laju. Hanya mereka yg tabah je boley wat ni huhu...Sayang mak ketat2 sbb memasakkan ini untuk anakmu ini walau mak uzur sebenonya... kasih emak kan, walau tak larat cemana tp klu anak request nak makan sanggup bersusahpayah sob sob... muahhhh my darling...

  

 Alangkah indahnya dapat berjemaah bersama-sama keluarga kt umah emak, siap wat terawikh sekali.

Ahad, balik PJ adalah jam 12 mlm. Dah siap2 bawak tong ikan blk Kuantan sbb nak wat balik stok seafood bulan pose ni. Bergigih tahan biji mata mengantuk susun2/portion2kan ikan dlm fridge.


 Sempat bagi2 kt pengasuh stok ikan ni utk mengelakkan rasa bersalah akibat haloba.

 
 Ni sotong besar bapak (hover) beli kt Kijal, RM15 sekilo, murah tak??

 Beli 3.5 kg stok ikan bilis sbb murah jugak, RM15 sekilo, ok or not? ~Ya Allah ya tuhanku selamatkanlah perempuan ini dari kena potong markah puasanya.~
Tetiba rasa kasihsayang kt ibumertuaku yg suka wat sambal bilis membuak2 *muntahijopunyastatement* ni nak bawak kt Perak lah ni.

 So...on the third day....sebagaimana hok yg dirancang...

 wooottt woottt menjadik jugak masak lemak telur itik comel ini. Tetibalah kannn pucuk dicita ulam mendatang akakku yg stay di Texas, Kemaman menitipkan telur itik kpd adinda2 nya... dia beli kt org kampung yg bela itik utk kegunaan sendiri, kira bukan dr ladang komersillah ni, kira itik organik la kan kuakaukuak... comel2 je telur itiknya tew....

 dengan bakchoy disirami mushroom n sos mushroom tp adalah kucelur sehingga kelayuan sbb tgh wat susu kt Aleesya lupooo sayur kt atas dapur..

 dan sambal ikan tgh beratur berkawat, anak teruna den mmg suka sgt ni, 2 ekor in one go, hebak Ammar! ha kau.. bersilat mak jemah kt dapur, dgn cik Aly terkua mintak attentionnya lagik, nak siapkan bahannya lagik, tapi siap jugak 3 lauk, 3 lauk wajibulghunnah mesti ada! sungguh tak menyunah time nak berbuka.

 4th day... masak lemak ketam cili api and nanas, ketam tu beli kt pasar Tanjung Lumpur, RM20 sekilo, alhamdulillah segar lagik tak berbau.

 sambal ikan lagi request Ammar n sayur campur.. sambal ikan pun wat bodo2 je, blend red fresh chillies + sikit cili api, bawang merah b putih n tomato, lesingkan dlm kualiti tumis.. boh le sikit kicap kasik nampak gelap sket...  alhamdulillah. tak membazir hasil masak sendirik, klu gi PARAM haruslah itu ini campak ke tong sampah sbb selalu tak kena selera anak tekak. Kuih je soh apak eh beli satu dua jenis kt param dkt umah tu. Nak-nak ada 3 perut dinasor time buka, masak sikit ke, masak banyak ke tetap habih!

Comments

LEEzasTOUch said…
Assalam
First of all nak wish Ammar tahniah kerana dpt menunaikn puasa! Kalau dekat bolih bagi hadiah. Jeles lah tgk u all sekeluarga berbuka puasa bersama2. Togetherness is happiness kn.
aida said…
Salam kak Yong...

waahhh... menu berbuka kak yong sungguh menyelerakan... nak2 pulak berbuka beramai2 siap berjemaah... seronok tengok famili kak yong... netbak tu jugalah feberet cik Pah aka mak saya... kalau boleh nak makan hari2 tu... tu yang boleh geng dgn Cik Mah tu... masing2 pun ada sakit yang sama...

nanti boleh la nak kirim lemang Kijal tu ek... kirim salam kat semua kalau berkesempatan...
CS said…
assalam Yong Kay *glemer*

Tersentuh hati bila baca Ammar rajin berpuasa dan bersolat. Alhamdulillah.. Kesian t'ware eco dia dah pecah. Kalau dekat, nak aje I belanja dia sebiji. I sekeluarga ada gak si Eco tu, hehe. 2thn lepas my SIL beri tapikan sumpahlah I tak tau mendealah tu jenis tupperware *almaklum tak brand conscious, hehe*. Lagi pun dah lama tak bersekongkol dgn manikam t'ware nih. Dah takde tempat nak simpan apa2 lagi dah.

Bestnya dpt ikan2 fresh dari laut. I suka ikan kerisi tapi bila nak menyiangnya yg tak sker namun I dah buat satu cara baik punya supaya sisiknya tak melantun kemana2, hehe..

Seronok makan n bersolat ramai2 sekeluarga ek?

P/S: Komen dah mcm entry sendiri nih, kakakaka...
Aslmkm Yong..
Seronoknya suasana kat kampung..ikan segar, lauk kampung yg sungguh menyelerakan..kalau saya ada lah yong..entah berapa pingan tu.
Saya boleh bayangkan megah/terharu bila Ammar dpt menunaikan puasa..congrats!
Yong Kamariah said…
Dear Kak Leeza,
ammar says tq auntie! mmg meriah kalau dpt togeder-geder ni kak! time berebut2 kecoh bila azan tu yg best! yeahh you r rite, togetherness is happiness... yg tak best tak selalu dpt bergeder2 isk...


Aida dear,
time pose je terlebih rajin Da! kami ni actually tahun ni baru setat nak try berjemaah kt umah, selalu depa pi kt surau dekat umah je. hahaha.. Cik Pah pun suka nekbat? elok le tew, boley geng ngan cik mah menaikkan kadar gula memasing tehehe...
Yong Kamariah said…
My dear Cik Som,
ekceli masa muda belia nama glamer kiter Camy haha..boley?
alhamdulillah... tahun ni ada perubahan beso dari dak Ammar, harap2 berkekalanlah ia...kita pun dah lama tak beli tupperware ni CS, ntah dari mana le dak Ammar tu tau pulak pasal Eco ni, mesti tgk kenkawan kt sekolah beli, bebudak la ni sungguh ikut trend!
kongsi le cara tak bg sisik melantun2 tu CS yek..
p/s : tak per.. kita sukew dia komen2!


Salam Kak Iha dearie,
Memang seronok klu balik kampung ni kak.. saya klu bulan pose mmg selalu cari stok ikan fresh wat blk KL, mmg penuh kt freezer, bulan pose mmg kompem bukak 2 biji esbok, tak muat satu fridge hahaha!
mmg so proud of him tahun ni...tq yah!

Popular Posts