Tacoma, Tacoma..Taico-ma & Salam Ramadhan al Mubarak!

Salam Ramadhan Al-Mubarak kepada semua muslimin-muslimat di mana jua anda berada! Wah-wah-wah.. dah masuk 3 hari baru nak wish. Ini adalah entry terperuk lupa nak publish, terpaksa edit sesikit huhu...jadi ada yg dah tak releven lagi cam musim Tacoma yg hampir berakhir...

Tacoma....


 
Our very own Sakura aka Tacoma blooms are everywhere to be seen kan? What a nice view cantik je kt tepi jalan...sekarang ni musim hujan-panas berserakanlah ianya di atas bumi. I see them on the way to office...

 
 Setakat ni ada 2 warna je yg terjumpa.. putih dan pink, cantik...rasa cam kt Korea plak dah...

 
I see them on the way to fetch the kids...

 
 Rumah orang ni kemarin aku tengok kt dlm porch dia penuhhh... with a bed of tacoma flowers...

ehhh apsal tulisan aku skema beno ek... tuko channel. Nak cepat post je entry ni sebenonya sebelum naik kulat.

Well.. meet my Taico-Ma pulak...
 
 Macam kepuraan kosentrate, selak 3 pages je dah setat melalak balik, hoihh mana adanya nak baik perangai tak nak dok dlm car seat ni....sungguh tak menyantun. Tapi semalam masa aku melalui jalan yg penuh dgn dereta pohon Tacoma, tetibalah kan... lagu Sonata Musim Salju ke udara di radio, berhantu gek rupanya lagu ni... terus aku rasa kt Korea winter sonata dgn hujan renyai2nya, pahtu mokna ni tgh terkuaaa nak kuar seat tetiba dgn tak semena2nya terdiam dengo lagu tuu... terus muka cam tgh berangan kawin dengan anak raja haaaa'ahhh!


My Taico-ma masa kt klinik...kebetulan ari tu sume boys yg tunggu turn. Hoihh anak aku berlagak taiko sampaikan bebudak lelaki tu pun tak berani nak usik kekuda tu. Manakan taknya terus selamba je dia panjat kuda tu masa org tgh naik. Agak gentle jugaklah bebudak lelaki ni bg chan hahaha... ni baru lepas baik demam sebulan, demam on-off, kiranya tiap minggu dlm 2-3 hari dia demam, lepas bg makan ubat kebah, 6 jam lepas tu picking up balik, bagi ubat lagi ok semula, kira cam mild fever lah, sapelah yg tak riso yek? so last week gi check darah, sib baik tak dek apa2, tgk2 geraham sebelah satu lagi nak tumbuh, jadi sekarang tangan aku selalu jadik mangsa kena tokak, ada hari dia meroyan ngan pipi2 aku sekali dia nak gigit isk



Inilah xtvt beliau masa lapang.. selagi mata tak nak terkatup tido manjat sana-manjat sini...letihhh den. Tak padan ngan kecik, walau kemetot tak sampai pun akan dia usahakan jugak bagi dapat. Dah dapat panjat wat stunt la pulak manjat kt arm chair tu. Eh, akak kau dah install PhotoScape lahhh *wink to PatinPasta*
Aku tengok gambo ni pun dah letih...*pitammakko*... Aku ni spesis let my child explore, jarang aku larang selagi tak membahayakan penumpang dan bot-bot kecil...tp klu aksi ni tatau lahhh...imaginasi tinggi benonya, kerusi tu jadik motokar ke apa taktaulah. jangan kecepak-kecepurrr pak mat tempe eksiden motokar udoh la dik...*makkaukedekutnakbelibajuanaksampaisentengdahbajuseluo*

My preparation menjelang pose...

Sangat excited menantikan bulan yg mulia ini...dah rindu time gopoh-gapah balik opis nak prepare masak utk buka pose.


Haaaa..ah! sangat kan.. errr ni dah siap nak prepare utk raya..ni lah baju order online ke Sophia...dah bertuko tangan kt sepupu yg beso sket dr dia.

dpt lah free gift.. nak sangatlah anak dara aku tu pakai haiii...spek tu dah dikopaknya first time melihatnya.

Stok petai jeruk ni dah buat minggu lepas... belasah je lahh tak jumpa jar gunalah bekas sos spageti ni.. ari tu buat rasanya petai tu sama level ngan air, masa aku amik gambo ni dah tinggal suku.. Ini saya tidak kefahaman...

Ini dari durian elok, beli tak habis makan why not buat stok tempoyak? sungguh tekak melayu sejati kampung i like...kak yong bila bulan pose je terus tekak on selera kampung melayu sejati.

Yang ni kim staff kt opis yg berulang dr Soromban ke tempat keje, kampung dia kt Kolo Pilah, jadik mokcik kirim stok daging salai Kolo Pilah, sekali ngan belimbing buluhnya hermmmmm dah terbayang keenakan gulai daging salai hadooooii!

erkkk..... dan disertakan sekali instruction dari emak dia.. baik makcik.

 
you don't wanna know what I store inside those cheap cabinets, main campak2 je dow... klu ada mak mentua stok2 Bree Van De Kamp dtg wat spot check kompem aku menyorok bawah sinki. sbb tu aku selalu tak jumpa cookware/tupperware. Masih tak dpt dok dapur lama2, cik Aly ko tak bagi, sekejap je aku ilang kt dapur maka terjerit2 lah ia soh keluo ke hall. Jgn le nak soh dia main kt dapur dia tak sio...nak haku ngadap dia kt depan. Dia tido lak lewat adoii... dah dia tido aku plak dah melesu nak masuk dapur... Dpt bayangkan dah kekalutan bulan pose ni....

Ni cth bukak drawer pastu boley jumpa benda2 yg diletak sesuka ati kenkonon tempat sementara... nan ado okay, beb bulan lepas pi lah baking2 store, jumpa ni aku nak, hok tu pun aku nak.. last2 satu haper pun tak buat.. haworrr..

ailah.. sejak dua menjak menjadi Super Junior sikit dari warga emas ni aku mendapati diri ini adalah rabun dekat. pitammm tersengguk2 nak baca instruction kt paket rasanya nak beli satu kanta pembesar lah cenggini.

sebenonya nak ckp ari tu masak cheesy baked pasta . wahhh tetiba tersedap lah pulak, eh, terpuji diri sendiri tak baik no, no, no...

okaylah, entah apa2 aku tulis aku pun tatau nak cepat habih je ni. okay babai... selamat berbuka puasa dan bertarawikh dan menyahur... dah pikir nak masak apa ari ni? kita ari ni nak masak gulai lemak cili api telur itik nyum nyum...kalau jadik aku post kt sini, klu tak jadik amik gambo nasi sesaja muahahaha.

Comments

LEEzasTOUch said…
Assalam Yong
Wah!pandai adik akak ni buat cheese pasta ya..sedap nampak! Geram tengok ur gal..klau dekat i cium2 pipinye...aktif sgt ya.Tak pe that means dia sehat n cerdik!
PatinPasta said…
Selamat menyambut Ramadhan untuk Yong sekeluarga!
Yong...
Amboi, resepi orng putih utk berbuka ya...
Nyway, walau apa pun di hidang utk keluarga pahala beso..tambah berganda lagi di bulan Puasa ini.
aida said…
nak jumpa Cik Ally la... geram nk tgk dia... nk pulak klu time raya sy tukang jg budak2 biar mak pak diorg makan kenyang... pas tu nyakat budak tu nk tgk tahap dia nangis mcmn...

kak yong... nk try la cheesy baked pasta tu... mcm sdp je... bg la resipi... x mau la mengGOOGLE... lain benor rs kalau google ni...
Yong Kamariah said…
Salam Kak Leeza,
hahahah... tetiba terjadi pasta tu plingggg....main campak2 je benda yg terjumpa dlm fridge kak..saya takde masa nak dok lama2 kt dapur tu jadik guna sajelah benda hok jumpa..
p/s : dak Aly tu perangai pung chomeyyyy, mak dia pun rasa geram, geram nak cubit2, piat2 sbb ganas sangat sekrang nihh.. hoihhh bersaboooo jelahhhh..


Yuhuuu my dear cik Aida PatinPasta,
Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak to you too Da! Tabahkan iman kuat semangat berpose diperantauan.. kalau nak masuk ruangan salam perantauan kt Metro/BH, kim gambo kt akak, nti akak pas kt Apak eh.
Yong Kamariah said…
Salam Kak Iha de artlover,
muahahha.. idok le... tu buat sebelum pose lagik, saya klu masak western time berbuka menangis dua2 hero kt umah tew!!! Sekarang ni balik keje double up kelamkabutnya.. nak masak lagik, nak beat the jam lagik... pingsannn!


Salam my dear Aida..
Moh le dtg bebila... boley ko jaga anak akak sambil akak masak akakakak...raya nti dtglah umah Cik Mah, katanya ada org nak bertunang raya ketiga tew!
alohhh cheesy baked pastu tu akak msk tgh kecoh2, Ammar lapar mlm tu..apak dia tak dek pulak nak soh tapau makanan (hakukan pemalas), so akak teringat ada frozenkan sos spegeti, jadik :
-rebus pasta (cam macaroni tiub basikal tp yg kecik)
-toskan
-beat 1-2 eggs dgn fresh/full cream milk
-gaul pasta ngan sos spegeti, susun dlm baking dish
-curah adunan telur n susu
-topping up kan dgn cheese
-masuk oven, kita bako! kita bako!
CS said…
Yong
Salam Ramadhan.. dah 'tuang' lum? hehe..

Dari mula membaca hinggalah kenoktah terakhir, you have me smile2 goat, hehe..

Nak komen tapi rasa cam nak komen semua maka teruslah tak terkomen specific komen (eh, apa I cakap nih?). Apa pun, lepas rindu kita kat awak anak beranak ..
Yong Kamariah said…
Halooo my dear CS,
aiyaaa.. ni tgh berdebo2 ni nak tunggu hari menuang, ikut jangkahayat BFF tu dlm minggu2 ni lerrr adoiiyaii naperlah aim tak kena ni...tahun lepas sempat menuang sehari jekkk, tahun ni rasa kita...maulah 8-9 hari kot sob sob...
p/s : ehhh kita nak komen kt umah dia - dia pulak disable comment.. lemaklum le ramai peminat dok? takper kita paham...

Popular Posts