Men'sivik'kan anak..

Aku ni kalau bab mentarbiah/men'sivik'kan anak cam Ammar ni selalu fail. Niat aku yang suci murni tu selalu turn-out to be disaster. Susahnya nak meng instill nilai2 murni dlm jiwa anak aku ni. Senang citer aku terangkan dlm bentuk senario laa..


Senario 1 :

Ammar punyalah kuat makan dalam setahun dua ni. Badan dia dah montok dan perut dia dah tepu ngan lemak yang berketak2 klu dipicit. Sebelum dia join d club ngan kitaorang ni, baik la aku cuba stopkan tabiat makan dia. Setelah nasihat dan pendekatan psikologi tak menjadi (aku pun lupa apalah 'pendekatan psikologi' aku tu..), aku give up kejap. Bila aku sorok makanan/tak bagi makan mulalah budak tu nak mengamuk. Then aku rasa better to try something yg conservative sket, cara org dedulu iaitu bohong sunat. Masa dak tu tgh makan, aku mula cucuk jarum :


Maknya : Ammar, tengok perut Ammar tu...dah buncit! iiii, dah merening dah ni...
Ammar : Berenti makan dan menyelak bajunya. "Buncit apa?"
Maknya : Buncit perut Ammar laaa... tengok tu...gemuknya perut Ammar..
Ammar : " Gemuk apa?" Belum aku sempat jawap, dia kata : "Gemuk macam Ayah?.."
Maknya : [Dlm hati : Hem, okaylah tu, dekat2 dah tu.. ]. Ammar jangan makan banyak sangat, tak baik, tuhan marah orang tamak ni....nanti makan banyak perut buncit, pas tu nti kang pecah!
Ammar : Kelihatan insaf seketika, tiba-tiba dia selak baju aku dan tekap perut aku, dengan muka tak de makna dia kata "Ummi apa? Ummi pun buncit, tak baik makan bangak2, nti kang pecahhh!!!"
Maknya : "ewah, ewah, kureng asemm!" [susah betul aku nak bagi mesej bila yang bagi mesej ni pun cakap tak serupa bikin : not a good example!]

Tapi gimik perut pecah ni berjaya juga menginsafkan dia. Asal makan je, dia rasa perut dia dah buncit dia akan stop sambil selak baju merenung perutnya. Tapi lepas tu kesan impak maksima tu terkena kt kitaorang. Mula2 pegi makan kt luar, masa tgh makan, dia siap berdiri atas kerusi di tgh2 tempat makan yg ramai org tu dan selak baju dia dan menekap2 perut dia, aiseyman! Wat malu de company betul masa tu! Salah sapa tu? Lu pikir la sendiri.....

Kejadian kedua pula bila Kak Long kecik bawak member dia yang badannya punyalaaaaah tembamnya. Tgh syok makan2 sambil bbq, cam biasa dak Ammar rasa perut dia, takut pecah, bila camtu dia akan cari 'member' yg buleh menyedapkan hati dia, dgn rasa tidak bersalahnya tetiba dia pegi pegang perut anak dara tu sambil kata, " ni buncit apa ni? Nanti kang pecahhhh..." Anak dara tu tergamam tak terkata2 bila di'cabul' begitu. Nasib baik le budak tu sporting, aku nak marah ada, nak ketawa pun ada... tok leh jadi ni, ni dah tahap membahayakan penumpang dan bot2 kecil...



Senario 2 :

Aku tgh tertonton Bersamamu Tv3. Satu bab (cam biasa) pompuan tu menangis.

Ammar : Kenapa tu?
Maknya : Dia menangis laaa..
Ammar : Menangis apa?
Maknya : Sbb dia org susah, kesian dia... org susah kita kena tolong...
Kat tv babak berikutnya anak2 dia belajo dlm malap api pelita
Maknya : Tgk tu... kesian dia, baca buku dlm gelap je, Ammar kena syukur, rumah kita ada lampu, ammar boleh pakai baju ben10... (dlm otak pikir apa lagi la example nak amik, oh ye! Dak ni suka komputer).... Ammar boleh main komputer, tapi kesian dia, tak de komputer pun...kena jaga adik dia...
Ammar : Sebab apa tak de komputer?
Maknya : Sbb dia miskin la... org susah...Ammar kena timakasih kt Allah..
Ammar : OOOO.. sbb dia miskin.... sbb tak de komputer....kesian dia...mak dia, adik dia....
Maknya : dlm hati : syukurlah, dia dapat mesej ni...


Selang tak baper lama, pi jalan umah sedara En. Azhar. Ammar punya tabiat, suka nak cari komputer umah orang sbb komputer bagi dia dah jadik best pren dia, tak nampak ropa komputer kejap dia jadi sasau.

Ammar : Orang ni apa? Sambil dengan tak bersalah tunjuk kt tuan rumah tu..
Maknya : Ha? Ni pakcik ngan makcik laaa..
Ammar : Sian orang ni.... dia tak de komputer......sbb dia miskinnnnn....orang ni apa? orang ni miskinnnn... sian dia.....
Kwang kwang kwang......[sumpah! org tu tak miskin pun!]

En. A bengang giler sambil memarahi anaknya. Lepas mintak mahap kami pun cepat2 minta excuse sbb tgk muka tuan rumah dah sweet n sour. Aku lak sampai sudah tak cerita pun kt En. A kaitan antara Bersamamu ngan insiden ni.

Moral of the story : Kalau pendekatan psikologi tak jadik, bohong sunat pun tak jadik, babap je lerrr....













Comments

Popular posts from this blog

Sekalung Budi Segunung Intan....Happy Mother's Day!

I'm not a Super woman...

Kasut dari Auntie Jeet