Speech theraphy

Bila aku wat entry ni aku teringat Mak Yana. Well, she has just began the 'journey', mine... dah bertahun. Tak de parents dlm dunia ni yang nak anak yang tak sempurna/tak normal, tapi pilihan tu tidak ditangan kita. Semua dah tertulis di azali. Siapalah kita to say 'no' to Dia. Hari2 bila aku hantar anak ke sekolah, kalau ada masa aku mesti berhenti kt notice board pendidikan khas. Kat situ ada puisi dari seorang mom yg ada special kid. Antara yg menarik (setelah ditranslate) : "terimalah anugerah tuhan yang istimewa ini...dia tidak mengurniakan anak istimewa ini kepada sebarang orang... hanya insan yang terpilih sahaja dikurniakan anak2 ini... maka, jagalah ia dengan sebaik mungkin.." Puisi ini sebenarnya kalau dibaca dlm bahasa Inggeris lebih meruntun jiwa. Mak Yana, aku dah lalui lebih dr ko, aku selalu menangis sengsorang out of frustration, aku pernah pukul anak jugak out of frustration... tapi apalah anak sekecil itu tahu? Melainkan jika kita sudi seketika untuk memahami dan 'masuk' ke dalam dunia mereka, for which, we always fail to do. Be strong n be proud okay? Yg ko kena tabahkan hati adalah pandangan/persepsi masyarakat sekeliling. Some people ni sometimes can be so cruel, depan kita dia simpati tapi belakang....masyaAllah, macam2, kata ni hukum karma la, tengok lah mak/bapak dia dulu, keturunan agaknya, atau.. haaa... tulah... rasakan...n things like that.... worry no more, sume org ada masalah, kalau yg kata kita camtu, belum tentu tak de masalah besar, cuma cover line je tu..

Hemm.. sebenarnya aku nak citer pasal anak istimewaku, dak Ammar nan sorang. Last week kami bawak dia pergi speech theraphy kt specialist. Hati aku berat sungguh. Berat mengenangkan RM yg akan keluo. Berat takut outcome dia tak sama dgn RM yg keluo. Tapi kasih seorang Ayah tu sanggup berkorban apa saje, beria sungguh ayahnya ni nak bagi anak tu elok. Ammar dah 8 tahun tapi level of speech macam budak baru belajar cakap. So we met Dr. Lydia yg peramah. Pendaftaran dan sesi assessment 1 jam tu memakan kos RM250. And then akan diikuti dgn 2 sessi sebulan dgn kos RM125 satu sessi (1 jam sahaja 1 sessi). Kos dia tu wat aku termenung... Nak pergi hospital kerajaan? Huh, it took 3-6 months from one appointment to another. Org berderet2 que nak tunggu appointment ngan specialist yg tak berapa kerat tu. Tak pelah, selain dr duit ayah dia, aku anggapkan tu ibarat duit susu ngan diapers kalau aku ada anak kecik (berkira gek aku ni ek..). Yg wat aku termenung jugak adalah bila memikirkan golongan yang tak mampu, macamanalah nasib bebudak tu? NGO wat apa? Menteri Wanita n Kanak2 ni wat apa? Gimik nak berkempen berdegau2, tapi lastnya parent cam ni jugak le tanggung kosnya.

Dari assessment tu Dr Lydia lebih meng'assume'kan Ammar ADHD rather than mild autisme (sama cam cikgu sekolah dia cakap). Kata dia, kes yg dia tangani utk mild autisme lebih teruk lagi dari Ammar. Macam nilah, sebenarnya Dr yg mendiagnos Ammar tidak membuat proper assessment pun kt Ammar sbb tu lambat dia nak bagi keputusan. Tapi masa tu anak aku ni dah nak sekolah tahun satu, kena jugak ada diagnos Dr supaya boleh daftar dia masuk kelas khas. So it was kind of keputusan yg tak sempurna. Mana taknya, dlm satu jam sessi tu, student medical je yg akan kerumun Ammar, pas tu specialist dtg dlm 10-15 min je. Tu lah yang wat kami tak berkenan hospital gomen ni, bebudak ni adalah subjek utk study je, theraphynya ciput je...lepas tu kena tunggu berbulan2 for the next appointment, so terpaksalah berkorban jiwa dan wang utk masa depan anak...jadi jalannya adalah ini...Last but not the least, Dr Lydia suruh refer kt one specialist kt HU utk re-confirm budak ni Autisme ke ADHD, maybe utk dua category ni ada method dia yg berlainan... hai ntahlah... kena panjat hospital lagi nampak gayanya...


Ammar termenung panjang depan speech centre... Centre ni rumah lot (banglo lama) yg dijadikan centre). Alahai...alangkah bagusnya kalau ada satu institut/centre yang betul2 menumpukan focus/research utk special education for special kids...

Dr Lydia sedang meng'assess' Ammar.

Sebut betul-betul macam Auntie...





Kadang2 Ammar 'membuli' Dr Lydia. He gave her a real hard time..

Dr Lydia : He got big potential, he's a smart kid but always find excuses to escape the session.. cannot focus..... mana taknya asyik nak ajak balik, kejap2 dia cakap game over.... boleh balik...



Welcome to speechHelp and we give RM a bigger welcome..... heheh.... yelah, faham, kalau takdek RM camne klinik ni nak operasi...




Comments

Popular posts from this blog

Sekalung Budi Segunung Intan....Happy Mother's Day!

I'm not a Super woman...

Kasut dari Auntie Jeet