Salam maulidur rasul

Hari minggu lepas aku berpeluang tgk Halaqah tv9. Yang buat aku termenung sekejap. Topik dia "Solat dari Hati". Makna solat yang ikhlas. Ayyoh...aku terpikir jugak solat aku selama ni... solat ikhlas ker atau sekadar solat utk menunaikan kewajipan? Aku mengandaikan kes ni cam kita berus gigi tiap2 pagi bila bangun. Benda ni dipanggil benda di bawah kesedaran, kita buat hari2 sampai kita tak sedar pun kita dah buat itu. (kecuali bagi yg jenis tak gosok gigi kot). So bila dah masuk waktu kita solat sbb tahu kita kena solat. Harus aku akui hal duaniawi ni seringkali mengganggu solat aku, kengkadang barang yg hilang atau lupa letak pun buleh 'jumpa' masa solat. Ish ish ish, teruk betul khilafnya solat aku tu.

Kata ustaz tu, "sedara, sedara boleh jamin ke selepas solat Isyak malam ni sedara akan ketemu solat Subuh keesokan harinya? Siapa boleh jamin? Tak de sapekan... Maka kita kena sembahyang bagai itulah solat terakhir kita.... Kita ambil contoh pesalah yg nak kena gantung selepas Subuh. Yang itu saya boleh jamin solatnya adalah solat paling sempurna dia pernah buat pada Subuh itu." Moral of the story kata panel2 tu lakukan setiap solat bagaikan ianya solat terakhir kita. Cuma masalahnya hal duniawi terlalu byk mempengaruhi sempurna atau tak solat kita. Contoh kalau terlalu lapar makanlah dulu sebelum solat, takut ianya menggangu solat kita. (Aku rasa taim buka posa sgt mencabar nih). Amalan-amalan lain tak berarti sekiranya solat tak buat. Berpuasalah, berzakatlah, tapi 'potong' amalan2 itu bila lalai dgn solat. Selalu aku kalau tinggal solat tu terpikir tuhan mesti balas aku dgn apa2 lepas ni, cam jatuh tangga ke, anak demam ke, kantoi dgn bos ker, apa2 lah. Ada ke patut....

Ok, ok, aku bukanlah orgnya nak ckp pasal agama sbb byk sgt kekhilafan dlm amalan harian aku. Jom kita tengok Halaqah hari Ahad, jam 9 mlm minggu ni dengan topik junjungan mulia kita, Muhammad ya Rasullullah. Katanya bakal menitiskan airmata penonton. Aku akui aku jarang tengok siaran2 agama sekrang ni. TV pun asek mabuk dgn citer horror jek, berlumba2 plak tu. Dulu aku suka juga tgk Forum Perdana Ehwal Islam ni, tapi sejak ramai penceramah yg inspiring kena gam aku dah makin tak berminat. Sebab yg gantinya adalah academician2 yg membincangkan topik tersangatlah ikut bukunya. Yg ni cepat buat aku bosan. Aku suka stail penyampaian cam ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man. Dulu masa kt sekolah aku pernah sertai kiyamullai di mana dia lah jadik penceramahnya, sampai menitik-nitik airmata aku mendengarnya. Dah tak baper tahun nak masuk 4 series ni I guess kena jugak le aku setat berjinak2 dgn program camni. Haiii bukan senang nak jinakkan hati di zaman yg sangat mencabar ini....

Salam Maulidur Rasul untuk semua, selamat beramal!...

Comments

Amri Mat Saaid said…
salam kak yong

Ustaz sape tu Abu Anas ke
Yong Kamariah said…
alah lupa le nama ustaz tu, tapi tgh syok membincangkan topik asek kena potong ngan iklan jekkk
Yong Kamariah said…
alah lupa le nama ustaz tu, tapi tgh syok membincangkan topik asek kena potong ngan iklan jekkk

Popular posts from this blog

Sekalung Budi Segunung Intan....Happy Mother's Day!

Catatan Umrah 2013 : Kisah Di Raudah

STANBUL... HERE I COME!!! : PART 9 : SPICE BAZAAR & HAGIA SOPHIA