Berpuasa di kampung
17 Ramadhan - Hari ini dalam sejarah. Ammar dapat puasa penuh. Macam tak caya je. Makna kata boleh la tu puasa penuh, tp tak tau la masa mandi togok air paip bergelen2! Setiap kali pose setiap kali tulah protes! Tak paham2 kenapa kena pose. Tp disebabkan separuh hari dalam perjalanan nak balik umah Tok dek kerana excited boleh la plak lupakan kelaparan tu. Hari kedua and ketiga kt kampung umah Tok ada 2 org sepupu kenit yg tak pose, keimanan mulalah goyah, taim bebudak tu makan nasi dlm pukul 10 meraung2 mintak nasi juga. Maka hari kedua boleh tahan sampai kul 2 jek. Hari ketiga haraaaammmm, terus baik makan pagi2...susah betullah budak nih! Meanwhile.... Pak inchik bila dah balik umah emak dia mulalah....request kt emak nak makan tu ini...adoiyaaiii, anak emak le katakan. Emaknya pulak tu sukalah melayan hajat anak bongsunya itu, yelah, sape tak sayang anak. Pak inchik request emaknya masak kuih2 nostalgia zaman kecik2 sampailah dah bapak budak ni, tu le kuih tradisional orang kampung...