Selamat Menyambut Eidul Adha 2011

~Auto Publish tak jadik~

"Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah. Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t." Sekadar petikan diSINI

Esok insyaAllah kita semua akan menyambut hari raya korban. Penuh makna pengorbanan dan luas pengertiannya dalam kehidupan setiap kita semua. Kecil atau besar setiap kita pasti akan atau telah melakukan pengorbanan yang adakalanya tanpa kita sedari. Pengorbanan seorang ayah membanting tulang 4 kerat untuk menyara dan menyekolahkan anak-anaknya, pengorbanan seorang ibu mengandungkan anak selama 9 bulan, kemudian menyusu, memelihara dan bersengkang mata di malam hari ketika anaknya sakit, dan mungkin seorang Kak Long yg terpaksa berhenti sekolah demi memberi laluan kepada adik2nya untuk bersekolah sambil dia mungkin mengambil alih peranan ibu di rumah ketika ibu membantu ayah di sawah mungkin. Dan di kala kita rasa kita susah, ingatlah ada insan lain yang lebih derita nasibnya dari kita.

Esok juga genap setahun Apak eh pergi Cambodia/Kemboja utk misi ala2 kemanusian pada Hari Raya Korban 2010. Tengah godek2 laptop ni jumpalah byk gambar2 yang dia amik kt perkampungan Islam Kemboja tahun lepas. Kata Apak Eh kehidupan mereka tu sangatlah daif, cam pemandangan pendalaman kt Mesia tahun2 50an - 60an dulu. Isk, tulah, kita rasa kita susah, rupanya ada beribu2 lagik insan yang tak bernasib baik, jadik bersyukurlah ngan apa yang ada. Aku ni curik2 gambo Apak eh nak share kt sini, kalu dia tau ni... pitammm, terpaksalah boh watermark yg tak ala2 water ni, coz it is something interesting and too good to share here, mungkinlah kita dpt pengajaran mana tau, sharing is caring kan ke uols.


Org Malaysia banyak buat ibadah korban kt Kemboja, tiap2 tahun, sampai ada pasang cawangan kt Kemboja ni, le maklum le awek Kemboja ni kan buleh tahan cun juga ehhh ke situ pulak. Maklumlah, mereka susah, nak merasa makan daging tu memang jarang2 lah kan.


Muda-muda dah kelek anak. Omak kau umur2 cam ni tgh gelabah wat reference kt library, wat assignment, telek2 buku waaahhhhh description macam calon menantu terhebak dipasaran.


Mereka-mereka ini masak potluck style dari umah nak bawak ke kenduri majlis korban yg orang Malaysia anjurkan ni. Berjalan berbondong2 kt celah2 sawah padi nak ke balai raya kaedahnya. Ehem, Apak ko nampak pompuan ala2 hidung mancung sket terus zoom kamera kekdahnya...


okay, okay tak jadi nak sentap, this pix do the justice.


Nak makan best2 secara besar-besaran cenggini baper kali setahun lah gamaknya. Ko Ammar hari2 nak ajak pegi JJCM, nak MekD lah, pizza lah, Kay-epsilah...nak makan kt resto lah...bawak2lah insap kenang nasib orang ni nak.


Macam sedak je udang ni.


Hai lahhh.. bebudak ni sekolah berlantai cam tanah jerk. Ko Ammar sekolah sampai 4 tingkat pun kengkadang liat nak pi sekolah...


Rumahnya macam dangau kt tepi sawah kaedahnya. Kesiankan. Daif je diaorang ni tapi tak pernah komplen pun, no electricity, air paip and all. Kau Ammar kalu dok kt sini meraung bergolek gelantanglahhhh...klu kt umah tu 24jam asek2 nak pasang aircond jek, klu omak attachkan ko dok kt sini baru tau 24 jam dapat aircond semulajadi dow!


Seorang wanita yg sedang termenung mengenangkan nasib gamaknya, nasik tu dah tak tertelan dah gamaknya pun. Kau Ammar kalau makan nasik ngan lauk ulam2 cenggini 3 hari konpem kurus, masuk seminggu terusss tinggal rangka jek. Pasal anak omak ni anti sayur2an, lidah dia ada sayur-sensor kekdahnya, kalau makan kuetiaw goreng tu gamak ada sayur kucai dengan penuh tabah put aside satu-persatu, kalau dah termasuk dalam mulut alamat haakkkktuiii jek.... urut dada omak kau ni nak, bukan sbb apa, sbb BP dah naik sbb sengsara nak pikir apakah kaedah2 sesuai nak buat kau makan sayur, hailahhh anak omak....lantai dia sungguhpun buluh kemas je dia ikat tu, kau Ammar takleh dok umah org ni lama2 sbb kalau dtg angin excited hyper autistic dia tu suka lompat2 sambil tepuk2 tangan kompem roboh umah Acik ni.


Bebudak ni nak merasa pakai baju lawa2 sket time ada orang nak amik gambo nilah. Kalau ko Ammar, 24 jam asyik merintihhhhh nak baju Angry Bird, seluo Angry Bird, itu ini sume Angry Bird, tensi mak kau ni tau! bak mai sekor burung tu bio mak lastik cukup2 grrrr.... tapi mak tabik spring betullah kt fashion sense cik adik ni...siap ada sling beg lagi tu, I loikeeee, kalu sudi nak buat anak angkat pung mak okay jerk ngeh ngeh...


Tempat main budak2 ni pun kt tebing2 sungai jew. Ko Ammar lagik tak meletup laptop tu mana tau nak berhenti, asek2 online games, pahtu agak boring sket gi tgk Astro Ceria, Apak ko plak tgh cita2 nak belikan ko ipad ke android apa ke bagai sbb kata dia anak dia ketinggalan ketapi ish ishhh, anak2 org kt Kelompo ni cenggitulah... mana le reti nak redah paya, tangkap rama2, panjat2 pokok, Ammar klu balik kampung klu gi belakang umah nenek dia sekejap jek dpt bertahan, asek mengadu kena gigit nyamuk jek, apa baranggggg tak lasak cam omak ko ni dulu2 tau...


Diorang ni gamak rasa panas sket jew terus pi belakang umah terjun sungai, rasa nak mandi jek bukak pintu dapur terjun sungai. Ko Ammar lagik omak ni tak keluokan sound cam speaker kt kedai eksesori Brothers tu lagi tu le liat nak mandinya.


Omak kau menangis 4 hari 4 malam kalau tak dek mesin basuh, akak ni rilek jek sental baju atas batu, bagus betul dia, sungguh pun kena sental baju atas batu tapi tak sampai kurus keding badan tu. Syabas bete.


Tetiba teringat Pasar Siti Khadijah eh pulak....

Baiklah, sekian sahaja, dalam kita gurau2 kata tu, harap kita dpt hayati makna kesusahan orang lain. Raya ni mak balik Perak masa malam raya tu. Ampun maaf diminta sekiranya bahasa saya amatlah kasar atau mungkin menyakiti, sesungguhnya yang baik itu dari Allah, yang khilaf itu dari saya sendiri. Selamat Menyambut Aidil Adha, semarakkan erti pengorbanan, hati2 di jalanraya bg mereka yang nak balik kampung tu ye. Wassalam.

Comments

somuffins said…
Yong
Selamat hari raya qurban ..

Terhibur bila baca your 'leteran' kat Amar, hehe.

Thanks for sharing the info. Kita pun sker kat sling bag oren tu. Sure puas keliling kampong.
Maya Marisa said…
Sayu nengok gambarX2 tu yong. Insaf kejap but at the sametime syok jugak layan leteran u kor kat si ammar nie.
Salam Aidil Adha...

Insaf seketika bila baca tentang Negara tu..
Rasa nak makan yang besa2 je. Tapi kan.. dlm fridge ada daging, ayam, cheese, macammana Yong?
Walauapun, kita kena bersyukur yang kita dpt hidup senang lenang..
Yg penting, jangan lupa bersedekah pada yang daif.
Yong Kamariah said…
Cik Som dear,
Oh selamat raya kurban to you too, beg sling oren tu hok mahal tu, buleh bawak kutip duit raya satu kampung kan teheee....

Madam Maya hon,
Tu lerr, ada jek org susah sampai umah cam tu yek, kita ni dah senang tak susah makan kengkadang tak bersyukur lagik tu iskkkk..

Kak Iha dearie,
You are right, kengkadang dlm fridge tu dah tak ingat dah simpan leftover food bertupperware sampai makan bulan haw! bersyukur sesangat dok kt Mesia ni kan...

Popular Posts