Catatan Umrah 2013 : Part 1

Dengan nama Allah yg Maha Pengasih Lagi Maha Pemurah.
Ya Allah, jauhkanlah sifat2 riak dan takbur dlm penulisan hambaMu ini. Amin.

 So, are you ready to tour Madinah Al Munawarrah??? Jommm...(cam poyooo)

Boarding TGG-MADINAH
20th March 2013 maka berlepaslah kami 10 anak-beranak + 2 sedaras menuju Madinah Al Munawarrah.
Flight was scheduled at 5.15 a.m. but due to the unforeseen circumstances, we departed at 7.30 a.m. wahhhh tetiba oh my. They said katebang nak isi minyak. Amboih beso beno tangki minyaknya sampai 2 jam delay. Bayangkan kami tak tido semalaman. Tunggu kt area boarding gate tu. Kul 12.30 dah tercanguk kt airport Teganu. Tp disbbkan masa tu dah masuk Subuh, maka dia panggil kami masuk berperingkat2, dia soh kami semayang dulu, or kalau tak sempat buatlah semayang hormat waktu dlm katebang. Aku rasa beratus2 jemaah cam lebih ar dr 200 org penumpang2 flight time tu. Mcm2 travel agency (TA) yg bawak time tu. Manatah peginya org TA kami, kata ada taklimat dulu tp nan ado.


Our small troop bersedia nak check-in.




With momma. Sian mak aku, klu ikut hati dia takmo pegi sbb uzur tp anak2 paksa huhu.. kami bawak siap2 wheelcha. Sib baik dah buat Haji klu tak kesian lagi kt dia.

 Finally, that's our airbus. Huih berkobar2 rasa hati ini. Tak tahu pulak ada international flight kt Airport Teganu ni. Tp katanya chartered khas utk jemaah umrah pantai timur.

Alangkah rasa secure di hati tgk simbol kt katebang tu, baru le tak takut nak naik katebang tgk simbol shahadah tu deh, selamat rasanya. Aku kan tak suka naik katebang, kot ada tongkang nak naik tongkang je boohoo. Okay jakun kejap sbb katebang 2 tingkat haha. Sbbkan dah lewat dan ramai penumpang so kami duduk tak ikut seat no dah, dia soh 'rapatkan saf' je isikan tempat kosong. mak aiiii ramai dah merungut sbb dah terpisah ahlil keluarga kan. Tp takper, everybody dpt bertolak ansur dan kejap je pun terkial2nya. I guess sbb kita dah dlm mode berlembut hati maka everything went smooth je.

 
 Pastu dok kukkikkukkik ngan Kak Zah tgk peramugari dia. Giler sempat agi tu. Cam tangkap muat je. Hok ni sorang je cun lagi muda aku rasa. Astagfirullahalazim. ishhhh. Ye betul sbb yg lain2 tu cam dah boley keje bhgn ticketing klu ikut umurnya hihihi. Kau ni pun takkan le nak bg yg cun2 kt mak aji ngan pak aji, kang lari niat mihmih. Sebenonya dok gelakkan songkok dia tu. Ngan Kak Zah mmg tak boley blah, nak gelak semedang sbb dia ckp loghat Teganu pekat yg amat. Bak kata dia kita pun boley pakai gining, pakai selendang Tok Tie pahtu tambah songkok mahaha, sgt evil kami. Pahtu dia risau songkok tu dah cam nak jatuh ke depan je hahaha.



  We took off @7.30 a.m. kurang lebey, tak lama kengdian di serve makanan, ni our first meal, nasi apa tah balun aje ler. Tp roti sebuku tu sgt sedap. Padahal kt darat pandang pun takmo.

sempat lagik teww..amik gambo steward plak, steward boley tahan ensem ngehngehngeh. Kapten tak nampak tp admire giler dgn cara dia berckp Arab yg sepatah pun tak paham. Bila dia start mentioned "Madinah Al Munawarrah" tak semena2 airmata ini bertakung. Mak jemah cam tak caya uols. Pastu kapten hero baca doa memulakan perjalanan dan diaminkan oleh ratusan penumpang. Bless betul. Tp dlm katebang tak boley nak tido mana pun. Time ni le mula nak study pasal umrah pun, dr kt tanahair semedang bz, kira pegi ni nak menyerah diri je ni dgn ilmu cetek yg amat di dada huhu... bak kata pak ustaz kita pegi ni mmg nak surrender ourselves kt tuhan...

 Dah terpejam celik terpejam celik sambil mata tak henti pandang skrin yg ada visual location kita sekarang kt maner ngan altitude bendalah sume etc tu, sambung kukkikukik gelak ngan kak Zah, Kak Zah ckp, ada org nok bui kita makang dok ni? Bau sedak doh ni. Sabo, bawak bertenang kak Zah, sat gi dia serve, pucuk dicita ulam mendatang padahal aku rasa kenyang gek lagik. Ni kira dah tak lama nak mendarat dah ni. So dia serve cam nasi lemak tp tak rasa nasi lemak. Alhamdulillah, sumer lalu je kt tekak. So dia kata good morning! enjoy your food. Bagus. Masa took off pun good morning, masa nak landing pun good mornin'.

 So we safely landed at Madinah Al Munawarrah at 11.30 a.m. kurang lebih 8 jam perjalanan, turun katebang tu angin dingin sepoi2 bahasa menyapa. kemain suka time ni sbb cam wehuuuu tak panas mana uols. Ha, tunggulah 2-3 ari lagi rasalah hahaha...

 yeaahhhh we've made it. Ckp dlm ati sampai di bumi Madinah cam nak sujud syukur sembah bumi Madinah bagai tp malu uols. So buat di hotel je huhuhu. Kasut aku tu jd bahan gelak je cissss. Masa kt umah, taktau nak bawak kasut cemana. Dlm kepala pikir nak panjat bukit Uhud, Rahmah etc so kena bawak kasut ala2 lasak sket. Dah pikir nak pi shopping ke Empire ke Subang Parade ke. Sekali masa siap2 tu mmg lupa nak beli kasut sampailah mlm nak pegi tu baru teringat.  Pi berlari jap kt kedai Karnival seberang jln umah grab je lah kasuttt ala2 crocs tp jenis cam cotton.... HELLO KITTY made in China hahahha.... berguna juga kedai Karnival tu mihmihmih...kaler merah lagi uols.


Dah turun tu kan, pak2 Arab yg kt bawah tu kata, 'chepat! chepat! hajjiah, hajji!". Peligan naik tram. Amboiii memasing seronok le naik tram nak ke airport yg tak jauh mana dr situ. Aku pegi ni tumpang mahram adik aku kt sebelah tu. La ni klu you umur 45 thn ke bawah wajib le pegi ngan mahram. Siap Apak eh (suami kita) kena gi suruhanjaya sumpah wat surat mengakui melepaskan diri ini dgn keizinan rela ke tak bang? dgn bermahramkan adik si polan bin si polan ic no. sekian-sekian lillahitaala semua akuan adalah yang benerrrr belaka.

huiiii muka2 tak cukup tido sensorang. Sib baik le tak perasan cam Che Ta. No make up, no camera! So muka terpisat bangun tido kekdahnya.

 Maka sampai la di airport Madinah yang tak beso mana, penuh penumpang2 flight kami je. Pak ustaz dah pesan, kt sini ada le yg tukang nak tolak brg2 kitew. Pak ustaz kata never mind, amik troli tolak le sendiri. Mmg tak jauh mana pun dah tempat keluo tu. Takut dia overcharge. Kebanyakan yg nak tolak barang ni aku tgk org cam Pakistan/Bangla je.

  4 sisters n momma. 2 other sisters dah pegi tahun lepas tak tunggu kami, so kami 'follow up' the next year heee...
 
Our small troop. Dlm geng bas sekolah kami ni ada satu lagi family. Selesai urusan passport etc keluo sikit je dah ada bas yg menunggu, diiringi org TA. Kami dah diberi no bas siap2 kt kami punya name tag tu. No kami adalah 1. Mana2 nak pegi nti naik bas no 1 jelah, kecuali masa nak bermiqat. Alhamdulillah, selesa seadanya.
 
 Kemain jakun tengok Madinah, tak byk tumbuh-tumbuhan hijau yekkk, kataku dlm hati dgn cam eksyennya.


 nah amik ko, ada je greeneries nya ngehngeh. Tapi tak le selebat kt kita ni, bukit2nya pun takdek tumbuh-tumbuhan langsung.

 Sepanjang jalan keluo airport.
 
 Wahhhh.. dah masuk kota Madinah. Suka le tengok kete2nya tew sbb driver2nya cool dgn apa ko panggil selendang Arab lilit benda bulat tu? ha tulah. Pahtu ada AlQurah kecik atas dashboard. Cool man.

 Bangunan dia petak2 je.
 
 Tak lama sampaillah kami di hotel Dallah Taibah. Alhamdulillah.
 
Turun2 bas tengok2 ehhh... Masjid AnNabawi uols! Berdepan je ngan hotel ni. Wahhh hati sudah berbunga2 girangnya. Syukur ya Allah, indahnya rumahmu nan satu ini. Klu masa dlm katebang tadi mmg suspen sbb rasa cam nak period, 2 -3 kali aku masuk kamar kecil dlm katebang tu check ada ke takdek. Alhamdulillah masih suci. Tak sabar nak solat kt dalam tu.
 
 So after weols dah amik kunci bilik memasing, sementara nak tunggu bag2 kami dihantar depan bilik, pak ustaz/mutawwif soh lunch dulu. Tingkat makan adalah M. M is for MAKAN. Bagus. Tafaddall.
 
 menu mmg menu Melayu semedang. Citarasa Melayu tp Arab/Pakistan/Indo yg masak huhuhu. Makan je jgn banyak komplen. Laju ngan tak laju je. Eh aku kan, 2-3 ari sampai Madinah ko gilerr asik laparrrrrr semedang. Laju giler makan noks. Boring makan kt hotel kami beli kt kedai2 mkn depan hotel ni. Giler sedap nasi Arab dia, kt sini ape benda yg takdek? Sup rawon pun ada kt kedai tu. Kt sini jgn ckp pasal selesa/sedap tak sedap. semua rezeki Allah taala. Dah byk aku dengo citer byk no komplen pastu cash je tuhan bayo terus takde selera. Aku ada experience kt Makkah, nti citer.

 After that, bag pun dah sampai kami pun masuk bilik. Ni bilik kami berempat. The 4 makciks-makciks buncits hahaha... aku dok sebilik ngan makcik2, aku le makcik plg muda, plg tua 60, yakni akak abang ipo aku. Kira bilik ibu2 single merangkap ibu tinggal. 2 ibu tinggal anak laki lagi 2 mmg ibu tunggal. Selesa apa adanya, alhamdulillah, aku no complaint, bukan sbb takut nak komplen tp takdek benda nak dikomplenkan, as long as bilik ayo ok aku pun ok je. Ko giler dok sebilik ngan jagohan2 mokcik2 ni. Asal kul 1.00 pagi dah terjaga. Henpon plak memasing henpon zmn Ahmad Jais, memasing tak sudi nak tuko waktu tempatan. Dlm terpisat2 1 pagi tu aku pun sebuk tolak le 5 jam ke belakang. Bila dah counting aku pun pekik, woiiiii, baru pukul 1 pagi, tidooooo!!!!! hahahha... yg selalu terjaga kul 1 tu taklain tak bukan akak aku Kak Tie. Macam nak berjaga bangun sahur plak aku rasa. Satu jam kemudian dia bangun lagi, "lewat doohhhh kita ni gok gi sejid!" oihhhh tensi mak jemah uols, aku ni ala2 plg muda ni bukan forte aku le nak bangun kul 2-3 pagi ni, masuk ngan set2 makciks ni mmg takdek makna ko nak tido aman memalam hahahha.... sat gi dah dia bangun kul 2.30 pagi jgn harap le depa nak tido balik, siap boley cuci baju bajan pahtu 3.00 dah kami pegi mesjid. Tp yg bagusnya, sampai sejid boleylah kami wat solat sunat tahajud/taubat/hajat ect. Bagus bebeno geng dgn makciks-makciks nih. Pahtu lepas zikir sesikit aku tgk mokcik2 tu dah terlelap tersengguk2 kt karpet sementara tunggu Subuh. BERTUAHHHHH.... haaaa tulahhhh kejut lagi org pepagi sblm subuh sepa'ei!!!!!

 Ni ler pemandangan sepanjang jln nak ke sejid. woihhhhh sabo mok yong! sabo! takkan lari gunung dikejar. penuh ngan penjaja uols. sentap mak jemah kau.

 Makin lewat tengahari makin meriah uols. Sat gi dah masuk waktu depa pun tutup le bebarang depa ni.

 humang aiiiiiii berlonggok-longgok depan pago mesejid je ni. Nanti ko, lepas semayang siaaaapppp!!!!

 Muka kompius lagi belum mandi uols, tak sempat nak mandi dah masuk waktu, so terkocoh2 kami ke sejid. Tapi kt sini cuaca kan panas lagi kering, so kau tak berpeluh mana pun, cam kt tempat kita panas dan lembap lagi humid, mmg ar akan berpeluh2. So kt sana baju pakai 2-3 hari pun tak berbau see... no peluh! no peluh! Haku kan permalasan, mokciks2 tu siap basuh baju berselang dobi, aku semedang je dobi hahaha, tak baper rajin nak menyental pahtu nak cari spot gantung baju kuikui.

 saboooo..

Di Masjid Nabawi 

Peristiwa sejarah terpenting dalam Islam adalah hijrah Rasulullah ke Madinah kerana menyelamatkan agama dan akidah dari gangguan kafir Quraisy. Madinah Al-Munawwarah bermaksud Bandaraya yang bercahaya, bumi yg terpancarnya cahaya iman dan Islam ke seluruh dunia. Sesungguhnya Rasulullah menjadikan Madinah sebagai tanah haram dan berdoa untuk keberkatan ahlinya sbgmana sabdanya :
"Sesungguhnya Ibrahim AS telah mengharamkan Makkah dan berdoa untuknya, dan aku mengharamkan Madinah seperti Ibrahim mengharamkan Makkah, dan aku berdoa utk (keberkatan) cupak dan gantangnya seperti Ibrahim berdoa untuk Makkah" - Riwayat Bukhari dan Muslim.
...Huiii manakan tak seronoknya rasa sampai di sini!

Di dalam dan sekitar Masjid Nabawi inilah terletaknya Maqam rasulullah saw, maqam ahli bait dan para sahabat ansar dan muhajirin.
Bersolat sunat Tahiyyatul masjidlah di sini, sambil memberi salam kepada rasulullah s.a.w dan kedua2 sahabatnya Umar dan Abu Bakar dan tak lupa di masjid2 yg terdapat di Madinah Al-Munawwarah kerana itu sebahagian tuntutan ziarah.
Tu gambo anak2 mak arab yg pakai fancy2 clothes. Agak2 klu depa tau aku amik gambo ni silap2 kena penampo Arab mahahaha...Tapi kennot tahan tangan tgh reading the Quran. Cemanalah susah beno aku rasa nak merumahkan masjid di tempat sendiri (atleast bagi aku), depa anak tgh bb lagik bawak ke mesejid. Pastu kan, nak bersolat je bebudak bb n anak2 kecil menangis humang aiiiii serentak je bila dah rapatkan saf. Memula aku rasa cam aihhhh a bit annoying, sbb tak sampai hati dengo young children menangis terkua2 tu kan. Tp depa hati kering, cemtulah nak educate anak2 ngan mesejid dan solat ya tak? Lama-lama aku ok. Sbb bukankah tangisan anak kecil itu satu zikir juga kpd yang maha Esa? cemanalah aku boley terlupa, yg ajaibnya plak serentak satu mesjid tiap kali nak setat solat. Usai solat sume dah diam. Ada yg pasang tali khas kt bb/toddlers. Depa klu anak tu wandering around jauh sikit dr depa pi amik pahtu masuk balik dlm saf semayang ahaha... ada yg ikat anak ngan stoking panjang pun ada. Aku klu bawak Aleesya tatau lerrr  main kejo2 ntah2 dlm tu heheh..

Quran wakaf ada mana2 kt tiang sejid. Beli ler AlQuran ni dlm 20 rial sebijik, ada di jual kt luo sejid, and you niat wakafkan kt sini, pahala bertali2 arus selagi ada org yg membacanya. Wallahualam.

Kusyuk tu tgh beribadah dlm masjid penuh indah lagik barokah. Terpegun lagik jakun tgk ada a few roof yg boley gerak bukak tutup tu kan. Klu panas terik tu roof tu pun akan tutup, dah redup sikit roof to akan bukak. Malam2 zikir2 sambil pandang langit Madinah. Aku doa sepenuh hati supaya masih suci lagik di sini. Hari2 yg berlalu dok dlm saspension dow. Di setiap sujudku berdoa agar dapatlah dalam suci sehingga usai umrah wajib. Amin, alhamdulillah Allah makbulkan. 1st day sampai terus ambil ubat, kira dah terlambat no tu tapi selebihnya berserah sajer. Ada satu citer klasik aku dengar seorang jemaah haji, siap ambil suntikan tahan period di tanahair. Sampai sini tak baper hari terus bleeding dia, teruk plak tu. Siap demam panas. Luckily buat haji lama la duduk sana kan. Masuk hari ke 15 masih tak suci, sekali pak ustaz kata after 15 days it's ok buat ibadat sbb kira darah lain plak kan. Menangis jemaah tu, ingatkan kifarah dariNya. Wallahualam. Kita hanya mampu merancang, Dialah yang menentukan. Bagi aku tak salahnya kita berusaha sbb ambil ubat ni harus kan....

Usai solat waktu cengginilah berdedai2 umat pulang ke destinasi memasing.

Keluo je pago tu terus di sambut oleh pak Arab dan bukan pak Arab jual lelong! lelong! 5 dirham! 2 dirham! ehhh idok le cuma teringat je citer P. Ramlee ngehngeh. Ni semua dah fasih ckp Melayu (bab lelong je ler). Murah! Murah! ya hajjah! Lima rial! Seploh rial! Seronok betul teringatkan kemeriahan lepas semayang ni.

Oklah, udoh la dulu part 1 ini. Letih aku menaip, letih ekau membaconyo hehehe see you soon, tunggu....

Comments

Anonymous said…
Weh! deme naik katebang cam kurma? Jumpa dok budak MP tu? manalah tahu kut dia yang pakai songkok tu.hihih(gelak nakal)

Alhamdulillah! selesai dan selamat. InsyaAllah di jemput pulak tuk mengerjakan haji.

Ahkak
Yong Kamariah said…
Ahkakkkkkkk... apa habo kome???? lama tak mandang...
hahaha, kurma ya? kurma apa ya? budak MP tu bendenya Ahkak??? ai is blur.
Tp ape2 pun alhamdulillah, selamat semuanya, mudah2an begitulah nak aim ke Haji pulak ahkak ye.
Salam Tuan...Mohon Kebenaran Untuk Mengambil Manfaat Dari Cerita Di Atas Untuk Blog Umrahmurni Saya Agar Menjadi Panduan Kepada Sahabat Yang Akan Mengerjakan Umrah Dan Haji . Wasalam

Popular Posts