Perjalanan jemput Pak Hitam

Jadi setahu aku sejak lahir Ammar belum pernah naik train lagi. Sabtu lepas nak pegi amik Pak Hitam di Pandah Indah/Mewah. Encik aku nampaknya kena naik train le nak pegi sana. Aku pikir why not aku ikut sekali sambil bawa Ammar kenal2 dgn train ni. Mesti dia seronok ni. Aku pun klu naik pengangkutan awam ni dlm setahun adalah dlm 2 kali kot, tu pun sbb terpaksa pi KL sbb keje. Setelah naik 2 buah teksi dan 2 buah train sampai le ke Pandan. Ish lagu tu agaknya org yg keje jauh2 ngan umah ni ek, naik turun train, klu aku kena gitu hari2 jawapnya sampai umah terus terbongkang keletihan.Eksen je budak debab ni, terpaksa membeli jajan sbb takut dia buat hal dlm train sbb kelaparan. Naik train dari Asia Jaya. Dr umah plak naik teksi, betul2 mencekik darah pakcik tu, urut2 dada je aku tgk meter teksi dia laju semacam.
Tak heran pun..... mmg kau tak de perasaan ke Ammar? Emak dan ayah yg teruja tunjuk2 scenery kt luar tu tapi kau buat dek 'ek jerr sambil mengunyah biskut.

Ni apa kes? Perlukah kau buat muka begitu? Dah habih biskut Ammar buat le ciri2 perangai autistiknya cam tepuk2 tangan dan buat bising. Ayah dah jeling maut, klu dekat tu mmg kena jentik dgn ayah. Pastu Ammar mesti melawan balik, pastu diorang akan create the scene in the public, lepas tu emak macam malu nak mengaku tu anak ngan suami dia...lepas tu...

Sampai masjid Jamek tukar train lagik...
Dalam train RapidKL ni masuk je orang Cina Ammar dgn kuatnya kata "ha, ni orang Cina" , bila org India masuk, "ha ni orang India..". Alahai, emak dah dup dap dup dap dah jantungnya takut ada bangsa lain masuk kang ntah apa2 le keluo dari mulut dia. Ayah dah berdehem bagi warning. Emak dan ayah takut kang org ckp apa barang budak ni? Kecik2 dah racist. Dia tgh explore topic bangsa2 di Malaysia gaknya sekrang ni.
Dah sampai bengkelnya...
Taraaaaa... sudah pulih seperti sediakala..rindu sungguh kt pakweku ini

From Pandan to Sg Buloh singgah Rahman Putra pekena nasi kandaq Line Clear. Kekdahnya... ingatkan resto, rupa2nya bawah pokok. Kena try test jugak lah sbb femes nau sekrang nih kt sana. Lepas kami amik nasi lauk semua makin ramai org beratuq nak pekena nasik kandaq Line Clear ni.

Memang betul2 ho liao! Memang Clear sungguh aih sepinggan...

Malamnya pulak singgah di resto Upin Ipin kt belakang Tesco Extra. Pekena tomyam segala. Rating? Biasa-biasa je, buleh le layan...

Esoknya pegi cari baju sekolah agama dak Ammar. Singgah di Manhattan Fish merket makan bendalah ni. Amboi chek, joli nampak...

Dah habih.

Comments

Popular Posts