Friday, March 26, 2010

KL bookfair dan minggu yang hangin

Warning : Entry agak panjang, kada' seminggu nyer citer...

Memula berita ringkas.

Kelana Jaya, 26 Mac - Seorang perempuan yang buleh tahan jelita dan hot (silakan muntah) tlh hangin satu badan kerana 2 perkara, sumber memetik beliau sebagai berkata :
1. Kelmarin anak beliau telah dengan kejamnya di buli di sekolah sehingga di sepak di peha dan 2 hari terpaksa tidak menghadiri sekolah
2. Suami beliau telah dipanggil bertugas pada hari off sehingga terpaksa membatalkan niat untuk balik kampung

eh dah, dah, merepek. Ini nak ckp fasal perkara no.1. Mmg makcik hangin satu badan ngan budak nama H ni. Dah 2 kali juga lah dak Ammar kena buli ngan budak kecik umur baru 7 tahun ni. Hari kedua sekolah agama baju Ammar habih dicontengnya dibelakang sehingga cecair pencuci Banish pun sukar hendak menghilangkan kekotoran tersebut. kelmarin dia main sorok2 stokin dan ambil songkok anak itu dan agaknya bila dah terprovoke cam tu budak Ammar agaknya mengamuk la sampai si H kasik penyepak kt peha Ammar. Adusss, yg ni tak boleh sabo ye. Keesokan harinya Ammar dah terjengket2 sakit nak jalan. Setelah berhempas pulas koner sana-sini nak gerudi citer, baru le Ammar ckp ada sorang budak ni sepak dia. Kemarin suruh pak encik pegi sekolah dan jumpa budak tu. Kata pak encik kecik je budak tu, hanya sengih2 bila pak encik bagi warning. Ustazah pun hampir nak rotan budak tu tapi... kang ada kena masuk court plak kang. Pastu baru le dak Ammar slipped his tongue ckp budak H ni ckp dia sakit mental! Grrrr... nah tu le dia nya jenis budak yg pandai sgt bercakap, sampai yg bukan2 pun kuar dr mulut umur baru 7 tahun. Aku personally sedih giler bila budak umur tu pandai sgt ejek org sampai camtu, mana le dia belajo - sbb kira otak dia 'up' skit la, instead of guna perkataan gila dia guna mental! Sedih beb hati seorang ibu ini. Kengkadang aku pikir bio le anak aku tak normal sgt dan tak pandai ckp dr normal sangat dan pandai sgt ckp sampai kuar yg bukan2. Annoying giler! Tapi bila lepas semayang dan hati dah cool sket baru le aku buleh pikir dgn clear. Aku pun tokleh salah budak tu 100% sbb being a kid, he just said whatever he thought was right, nak2 jumpa budak yg agak 'pelik' sket perangai dr org lain, so naluri nak mengejek tu agaknya menebal le sbb nak tahu respon si budak yg pelik ni. Or maybe perangai Ammar yg mungkin provoke dia bertindak demikian. Maybe it's a win-win situation. Tapi ini tidaklah mematahkan semangat kami utk hantar dia ke sekolah ini sbb selain kelas pendidikan khas we thought he needs to be mingled around normal kids and learn how to socialize. Enough said, as a parent, let us 2 just swallow this pain alone... deep down it really hurts but this is life and I guess this is one of the many more incidences that we shall endure in the future. Hati, jgnlah sedih sangat ok?.

No. 2 citer kt umah je ler, klu periuk belanga nak terbang melayang pun bak kata Anita Sawak, biarlah mereka berdua yang menyelesaikannya. Amboiiii... it is not that bad lah, buat2 citer tau!.

Let's move on to the next story mori.

Hermmm... kerjaya aku ni sangat ler lebih kurang sama ia dgn kerjaya sebagai suri rumahtangga. Shopping-mopping. Haih dek non, klu akak tak habihkan budget allocated utk department akak alamat tak capai lah KPI akak tu. Ratus ribu riban juga le nak kena habihkan sampai hujung tahun (cheyyy.. macam gempak je dia ni..). So sepanjang tahun kena pikirkan camanalah nak ngabihkan uwang kompeni ni, which is one of it KL Bookfair. Hampir setiap tahun makcik kena gi situ, boring tahap mamai beb. . Paling jauh makcik pegi pun Singapore, which is dah tahap boring gek ler, 2 tahun sekali kot statistik dia. Sebenonya agak mengigau nak ke the biggest Fair yakni kt Frankfurt, tapi dapatkah kuli cabuk cam akak ni pegi de? Tahun ni ekceli dpt pegi jauh sket yakni kt New Delhi India. Ikut plannya makcik kena pegi (oh bukan ke kau yg angkat tangan dlm meeting? chey chey). eh, makcik mmg le kena gi sbb dah keje makcik, tapi last minute bos ckp dia nak pegi plak (mmg bos ni suka bagi harapan palsu kt I tau..). Tapi setiap yg berlaku ada hikmahnya. Tuhan maha baik. Pada minggu akak supposed pegi (klu bos tak jadi pegi), akak tlh jatuh sakit hampir 2 minggu (ingat tak previous entry?). Haaa.. sib baik ler, klu tak akak dah membayangkan diri ini terlantar kt wad di Jaipur sambil peluk henbeg dlm baju, huaaa!!!! baru le dikatakan menangis sambil berlagu lagu Kuch2 Hota Hai.

Enough said about my pathetic job. So kiranya dis taim akak bawa le fakulti members shopping. One of it seorang Dr. yang amat interesting orangnya. Kekdahnya Dr. S ni ada Phd bidang engineering tapi manalah tahu rupanya food writer kt sebuah kolum di local newspaper, siap ada home bisnis baking pastry gitu....aku ckp wey la wey doc, kenapa jauh sgt bidang part time you ni? doc yg masih bujang ni ckp, aku mmg suka makan sampai nak mati... amboiii, sampai camtu sekali ye Doc... sempoi habih dia ni, so masa lunch dia le sebuk suggest tempat2 makan kt Lembah Kelang ni.

So inilah keadaannya dlm PWTC tu, shop till you drop! Aku bawa faculty members sume lelaki, so org lelaki ni bila shop cari apa yg diorang nak dlm kepala jek, agak kekurangan adventurenya di situ.

So Dr. S suggest makan kt sini, Kota Damansara...

From my plate... wahhhh, mmg thumbs up la kt western food dia ni, harganya pun tak le ke langit biru, highly recommended, cuma aku punya steak ni daging dia agak liat sket (kenapa ianya berlaku kepada aku har?), gravy mantops.

Oklah, tu je folks, doakan pak encik aku dpt balik off dia weekend ni, sbb kepala otak aku dah setting dah pokok nyior, pisang, ciku belakang umah mak dah melambai2 dan kambing2 adik aku dah mengembeeeeekkk panggil aku dr reban. Sekian, jumpa lagi!

1 comment:

Teluk Bakong said...

kuat meno berletiornye pun

Sign Off

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Timeofmylife