Tag lagi

Bagi menjawap tag dari Cik Patin n Pasta ni, ini jawapanya ye Cik Salmah ye...

These are the rules:

1. Go to your photo files…Select the 8th photo folder.
2. Select the 8th photo in that folder.
3. Post that photo along with the story behind it.
4. Then challenge 8 blogging friends to do the same! "...
Keknya gambo inilah yg muncul. Melihatkan pada tarikhnya itu ini gambo pegi Kemen Helan tahun lepas. Saya ini kalau balik lama sket kt kampung halaman suami saya di Perak kt sinilah selalu gi jenjalan. Klu dr Simpang Pulai agak dekatlah ngan umah Mentua, jalannya juga cantik. Masa ni singgah di Cameron Bhat punya tea plantation. Mmg selalu lepak sini sambil minum teh dan menikmati pemandangan, cam dak Ammar ni buat. Tu jelah citernya. (Macam tak de citer je). Bagi soklan keempat tu sesapa nak tag ni dipersilakan amik yek.

Meanwhile....


Seberpergian pak encik ke Teganu beliau tlh memborong kepok lekor, makanya lagi-lagi kepok lekor. Hok ni pulok hok femes kt Marang katanya, que juga panjang.


Dok leh tahang..... kepok ni banyok perasa ikangnya. Tok serupo mulo, eh, tok serupe kepok hok beli kt paso malang kt Tamang Medang hok rasa macang liak-liak tu. Guane rase? Ghau ghau rasanya. Ekceli nok citer jugok kt budok belakang tu, le ning lepas komputer dia rosok, maka terpaksalah berebut lappy dengang dia, kacau sungguh jiwa raga dan perasaangggg...

Tidak beretika.... ye, bila saya sensorang di rumah saya sgt tidak beretika dgn gajetnya. Macam inilah, saya buat teh dlm jug aka penyukat air, guna cawan yg dah hilang adik-beradiknya akibat dah pecah berderai dikerjakan Ammar masa kecik dulu, dan yg mahainya sudip yg dah patah tangkainya mungkin sbb kepanasan dek api dapur. Tapi tulah sudip fabret saya, klu org dtg mestilah saya cover line kan. Dan dulang ni cukup le ekslusipnya, payah dah nak jumpa zmn la ni kt KL nih.

Comments

Popular Posts