I (have to) spy

You can't help but to worry if you wanted to send your special kid to normal school. Having said that, we were so reluctant to send Ammar to any form of normal school like primary or sekolah agama. Nak2 lagi if your child is having a behavior disorder like autism. Oh, ckp omputih la plak.

Tapi setelah melalui perbincangan dr hati ke hati ngan pak encik, kami sebulat suara nak hantar dia ke sekolah agama rakyat. Sbb dia macam tepu dah masuk kelas pendidikan khas ni. Tak de perkembangan yg drastik pun. Walaupun jiwaku ini kacau mengenangkan kepayahan dia nak adapt ngan budak2 normal tapi kena juga kuatkan hati, Atleast adalah sikit pendidikan kerohanian dlm diri dia, manalah tahu kot lembut sket hati budak tu. Walaupun agak lewat, starting this week, Ammar pun start attend kelas agama dia. Sayang juga sbb lewat. Dulu masa umur 5 tahun pegi juga hantar sekolah agama sampai macam2 dia dah boleh hafal, pas tu terus menjunam prestasi keagamaan sejak masuk kelas khas. Tak boleh jadi, dah culas nak semayang ngan mengaji ni. Yang bagusnya budak ni mmg senantiasa berkobar2 nak pegi sekolah agama ni. Sari dua ni ada lah unsur2 pembulian, le maklumle perangai lain macam ngan org, tapi kena jugalah ku tahan Jebat.

Maka berikut hasil jadi spy sehari :

Tengoklah tuuuu... ke mano kiblat ekau tu, org ngadap dopan ekau pusing kanan, camno tuu...yo, diaolah tu yg plg kanan sekali tu.

Masa nak balik ni... sampai tercabut kasut dah ni haaa

Meeting apa le agaknya mereka2 ini, emak menyorok balik pokok bunga kt pagar, kenkawan Ammar sedar mak Ammar ada sini, cheyy dan-dan tu jugaklah kerumun Ammar tu...
Aiseyman, pakcik jual eksrim dah datang, ko tengok budak Ammar ni, dia ada duit ke, tak de duit ke main mintak je eksrim... dah camno tu? Siap separa mengamuk lagi pakcik eskrim lambat datang, silap2 emak kena bukak buku 355 kt pakcik ni kang...

Dah dpt eksrim wafer kegemaran....masa ni dah nampak dah emak sbb emak kena pesan kt pakcik tu : "Pakcik, ngan budak ni bagi eksrim singgit je, klu mintak yg mahai marah je dia". (Yo lah tu, mcm le pakcik tu dengo, lagik untung bisnes dia klu bukak buku 355, nak2 dak Ammar amik eskrim mahai2)

Dah balik dah, siap lambai2 lagik...

Meanwhile, ni video Ammar baca AlFatihah, masih pelat2 lagik, tak tahannya tone waladdoooooooolinnnn, sket punyer panjang tu.

p/s : nak cuti seminggu minggu depan, saje le lepak kt mana2 sempena cuti sekolah ni, jumpa lagik folks!

video

Comments

Salam Yong, I am sorry to hear that Ammar has Autism. Tak tahu menahu pun. I suppose it makes you a stronger mom dan hanya nak beri yang terbaik untuk Ammar and I doakan satu hari nanti he will be able to lead & live his life more independently just like other normal kids. Tapi Yong memang gila cute dia baca Al-Fatihah tu especially hat Walladdoooolllinnn..si Danial tengok dok ketawa besarr!! Lepas tu cakap kat dia, hambooii ketawa kan orang, awak tu lagi pelattt tak hingat!! YOng buat kita kita try nak pilem kan Danial baca Al-Fatihah jugak. Hahahh Tapi seronok semangat tgk dia baca, kuat pulak tu, seronok mengajar cemtu!! Take care dear!
Yong Kamariah said…
amin...tq Fasha, it takes a biggest patience ada anak cam ni, umur nak masuk 9 thn tu ckp pelat lagik sbb dia ada speech delay, doc kata mild autism but i think it's more to ADHD, tak tau lah what to hope... tapi nti pilemkan D baca alfatihah tau, nak dengo juga anak mat saleh ni baca, mesti kiut giler hihi...

Popular Posts