Sunday, March 21, 2010

Sebut betul-betul....

Nama cap insurans kompeni aku Health Connect. Itu saje.

Beberapa hari lepas aku bawa anak yang demam ke klinik dekat ngan rumah. Saja nak menerai klinik ni, sementalah pula klinik kepunyaan jiran blok belakang umah, apa salahnya nak memakmurkan jiran tetangga. Wah, klinik dia ni siap ada lemari ais beso boh mcm2 jus tak berlabel, tak pasti arrr jus formula doctor ni ke dia amik kt kilang minuman kt Kepong. Siap dapat minuman percuma lagik kt restoran baru dia yg selang 2 buah premis ngan klinik dia bila tunjukkan no. giliran. Waaaa, strategik betul bisnes plan doc ni.

Sampai di kaunter pendaftaran aku tanya kt kerani ni, " dik, ada Health Connect?", dgn slanga very de American. Minah tu blur. Jam tu juga dak Ammar sibuk menelek jus dlm lemari ais. "Ha, jus ada kt situ, RM1.50". Laaaa kekdahnya...amatlah jauh bunyi Health Connect ngan Jus tu. So aku tanya le sekali lagi, still blur lagi minah tu. Setelah 2 kali ulang, dia pun cuit member sebelah. Bila aku ckp kt member dia, budak tu pun agak blur. Agak kecewa makcik di situ. Lalu aku tunjukkan kad dan tuding jari kt word Health Connect yg dipampang beso2 kt luo klinik. "Ohhhh...", kata budak tu sambil repeat perkataan tu.

Lega makcik, lainkali makcik kena sebut betul2 dgn telo Melayu asli, " dik, kt sini ada Hef Koneck tak????", baru adik tu paham. Agak besar beza bunyi "Kennek" dan "Koneck" tu rupanya. Kekdahnyaaaaa.....

3 comments:

Eine Frau aus Botnang said...

Salam Yong!! LOL sungguh ganas bunyik konneckk tu haaa!! Tapi janji diorang suma pahammm Hahhaha!!!

Amri Mat Saaid said...

kah kah

org malaya dah biase sebut konek aje bukan ke'nek mcm slanga Amerika hu hu sadis n3 kak yong kali ni

Yong Kamariah said...

heh, saya pun tahan je nak gelak kt kaunter tu, lawak jugalah bila amat jelas pronunciation Konek itu disebut oleh budak tu...

Sign Off

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Timeofmylife