Ketupat Sotong
Mempunyai emak yg merupakan anak jati Terengganu tidak dapat tidak saya membesar dengan masakan2 tradisional Terengganu. One of my Favorite is Ketupat Sotong. Masa zaman dok kepit celah ketiak mak, kalau musim sotong berlambak2 kt pasaran tu, mesti expect mak masak sambal sotong ataupun ketupat sotong. Kalau mak tak masak tu boleh moncong sedepalah jawapnya tu. Kalau kt Terengganu/Kuantan tu, bulan Mac-June tu, esp. April camni, mmg musim candat sotong la tu. Kata mak, masa dia kecik2 membesar kt pantai Terengganu tu, musim2 cenggini meriah le kt pinggiran pantai tu dgn bot2 terang-benderang mencandat sotong.
Seingat aku pula, dah dekat sebulan ada dalam 4-5 ekor sotong duduk menyorok dlm freezer kt dlm lemari ais kt dapur tu. Tu stok sotong sekilo yg beli kt Beserah masa balik kampung bulan lepas. Wahhhh, sgt menunjukkan tuan rumah ini punyalah rajin memasaknya. Tetiba teringat kt ketupat sotong... lama beno tak pekenanya. Dengan sedikit ego malas nak call mak kt kampung tanya camna nak masak, aku agak2 je lah resepinya tu. Bukan susah pun cam buat nasi dagang tu. Jadi, mari kita semak resepinya tuu..
The yummy ketupat sotong... (amboi sememeh je kt tepi pinggan tu)
Angle bila di potong....biar pulut tu duduk mampat2 barulah nampak menggoda.
Resepi Ketupat Sotong :
- 1/2 kg sotong sederhana besar
-1 pot beras pulut
- santan
- dalam 3 ulas bawang merah dimayang
-seinci halia, dimayang
-secubit halba
Cara-caranya ;
1. Rendam sedikit santan yg dicampur dgn sedikit garam ke dalam beras pulut. Kira2nya cam nak buat lemang la tu
2. Sumbatkan adunan beras pulut itu ke dalam sotong. Kira2 dlm setengah perut sotong tu, bajet pulut tu kang kembang klu masak
3. Now masukkan kepala sotong dan sematkan dgn lidi/tooth pick. Kalau bajet nak buat sikit je, sila dgn selambanya masa makan kt gerai/resto amikla barang 4-5 btg pencungkil gigi tu. Cheh, ajar ilmu sesat poyolah kau.
4. Didihkan sotong tersebut dgn santan cair sehingga kita dpt agak beras pulut dlm sotong itu dah masak
5. Tambahkan santan pekat dan masukkan hirisan bawang, halia dan halba.
6.Perasakan garam dan gula
7. Masukkan secubit asam keping utk balancekan rasa
Kacau perlahan-lahan tanpa pecah minyah. Dah pun siap.
Ekceli aku ada nak membebel lagi kisah aku dan sotong ni tapi ya ampun serabut perut dgn si Ammar dok berebut lappy nih, tgh meratap merintih tu bajet nak download game ngan youtube lagu si Tomok. Nah, nah, amik ni, ko kalau rosak lagi lappy ni tahulah kau omak nak buat apo kat ekau. Adehhh... sayonara, see ya.

Comments
Yup, masakan Teganu byk guna halba incl. karipap samosa punya inti, ada tak suka but I loikeee....