The making of karipap pusing
Pada petang hari Sabtu yang lepas, ketika pulang dari kerja, sebaik2 memasuki LDP, hujan telah turun dgn selebat-lebatnya diikuti ribut petir dan hujan yang turun dengan menggilanya. Sangat suspen je masa tu, sib baik le umah dekat je, dari kejauhan highway Persekutuan, perayaan lampu break kelihatan sepanjang2 jalan. Sampai kt area umah, pokok2 dan ranting kayu bersepai menyembah jalan. Terpaksa lah cilok sana sini masuk kawasan rumah orang. Okaylah, sekian karangan pendek dari saya.
Makanya bila hujan dan sejuk2 camni marilah kita buat karipap panas, itulah sebenarnya moral of the story. Dengan ilmu tak habih download ni mari kita buat karipap pusing/lapis, apa ke namanya tu....
Inti karipap.
Bahan2 A:
-3 biji garlic
-1 biji bawang besar
-segenggam udang gagau kering (udang gagau je yg best buat inti karipap nih)
= blend semua bahan ini sekali
Bahan B :
-beb biji kentang dipotong dadu
-dlm 3 sudu makan kari ikan babas (mak campur 1 sudu serbuk kari daging, kata akak yg buat katering kt belakang flat kt umah tu serbuk kari ikan plg ngam buat inti)
-1 sudu pes cili (optional)
-isi ayam
-daun ketumbar di racik (optional)
Caranya :
1. Panaskan minyak dan tumis bahan A. Masukkan beb helai daun kari jika mahu.
2. Bila sudah keperangan dan naik bau, masukkan serbuk kari (no need to bancuh air first). Gaul dan masukkan isi ayam, gaul lagi.
3. Masukkan kentang yg dipotong dadu (takyah rebus first). Gaul dan akhirnya masukkan air secukupnya dan tutup kuali/periuk sehingga kentang empuk.
4. Perasakan garam dan gula
5. Masak sehingga kering
Taraaaa.. dah siap intinya. Todappp bak kata cik Patin (wink).
Untuk doh (oh, tidakkk...), untuk buat kulitnya, kita buat 2 bahagian doh ye.
Bahagian yg pertama, gaul tepung dengan air yg di larutkan dgn sedikit garam dan gula. Uli sampai jadi dohlah katakan.
Untuk bahagian kedua, gaul tepung dgn majerin semata-mata...Sampai dia jadi lebih kurang peruiii camni
Kemudian, kepal bahagian kedua dan masukkan ke dalam bahagian yang pertama cenggini. BTW, kalau tak kepal pun tak per, masukkan je dalam bahagian pertama tu.
Sampai dia jadi bulat camni. Now, gelekkan dia sampai leper laaa, and start gulung (wah siap alas plastik you tak nak lekat punya pasal... nasiblah, sendiri buat sendiri amik gambo, pak encik keje, nak harap Ammar jauh panggang dari oven je)
Sampai dia jadi macam gulungan ini. Now, gelekkan lagi dia secara membujur begini.
Kemudian, gulung lagi,
Sehingga dia jadi gemuk cenggini.Dan kita potong2kan ia ...haaaa kan dah nampak lapis2nya tu...
Macam ini untuk setat buat kulit karipapnya
Gelekkan ia dari atas dan apalagi masukkan inti dan claim, klim, whatever lah wordnya tu.
Cengginilah sebelum digoreng
Taraaa.. karipap panas minum dgn teh panas pada suatu senja...layannn...

Comments
hokey ! boleh bajar niy..
saya besa buat guna minyak panas jer..yg ni kena study dulu..hehe..