Wednesday, July 21, 2010

Terluka

Huarghhhh!!! Jeritan itu datang betul2 dari hati aku yang terluka. Amat dalam. "Puan Seri, sabar." Aku pandang encik Jacob yg tidak memakai baju dan menampakkan torso2 nya yang persis roti bun buy 1 free 2 kedai Ah Seng Bakery. Macamana dia tahu aku menjerit sedangkan aku hanya menjerit dalam hati. Kuasa psikik agaknya. Jacob adalah tekong kepada golongan2 marhain mamat Ambon yg sedang merenovate banglow 5 tingkat aku, siap ada lif lagi siot. "Jacob, I tak kira, I beri masa lagi seminggu utk u siapkan bangalow I!", kata aku sambil sibuk bersms kepada toke butik LV utk tempahan beg tangan terbaru musim luruh. Oh syit, kata toke butik itu Fasha Sendot dah tempah awal2 beg yg sama masa Jejai hantar dia naik helikopter ke Pavillion. Aku terus kansel order. "Ingat Jacob, seminggu!". Aku terus masuk dlm limo yg menunggu depan rumah. "Ke mana Puan Seri?". Aik, sejak bila Asyraf Muslim jadik drebar aku ni? Ok takpe. Atleast ada calon jadi stok anak mami Puan Sri Rosmi, presiden persatuan wanita vogue semalaya. "Ke spa, mana lagi, oh ye, Tan Sri ke mana tadi?". "Ke mesyuarat kelab photography ikon semelaya puan seri!". Bagus, kata aku.

Seminggu 1 hari pun tiba. Detektif Lim menunggu aku di bangalow. "Apa yang terjadi ni?" kata aku pura2 terperanjat. "Puan Seri, 3 org punyer Ambon kena bunuh pun ditapak renovation bangalow puan seri punyer. tak dapat cam meh. Haiyeee..Hancus, putus punya. Kami saspek itu punyer konflik dalaman punyer itu org Ambon arrr... yang sudah jadik Along pun dekat sini punyer." Aku hanya mengangguk setelah pusing kepala punyer nak tangkap ckp detektif Lim Aik Chong. "Tan Sri dah tahu?". "Sudah pun tau punyer puan Seri, baru balik tadi pun". Aku kenakan semula spek mata hitam Posh dimataku yg bijik matanya dah berwarna biru pun. Sebentar kemudian aku naik limo dan singgah di kelab. Dlm private room, aku tepuk2 bahu Eddi Hutalungga, kapitalis Papua upahan. "Bagus, good job!" kata aku. "Next job Puan Seri?", tanya Eddi. Aku sengih sambil gosok2 kuku palsu kaler hitamku. Pelan2 aku tolak sampul surat berisi wang 200 juta...rupiah kepada Eddi sbg pendahuluan, oh yea, Eddie hanya mahu berurusan dalam nilai matawang Rupiah sahaja, "Next job is Puan Seri Rosmi. Dua tahun berturut2 I kalah utk jawatan presiden kelab. Maybe nose job n b**ps job dia buat dia menang, tahun ni...tak mungkin lagi! hahhahaha... aku ketawa besar. Selepas itu Puan Seri Rosmi pula ketawa besar kerana sbg presiden kelab dan dia telah pasang siap2 alat perakam suara dlm setiap bilik di kelab itu...(oh yea, Eddie Hutalungga tu sebenarnya ex stok anak mami Puan Seri Rosmi, siap ada kurungan tu....)
Mungkin bersambung...
Citer mimpi sket jer tapi tokok tambahnya...masyaAllah..

Mungkin juga aku sudah decide utk jadi pengebom berani mati walau dlm mimpi. Mungkin sbb tension giler babun ni buat aku dpt pangkat Puan Seri dalam mimpi ni! Eh, mungkin juga sbb terlalu byk tgk drama swasta Samarinda kot.... Arghhhhh!!! Bila nak siap nihhh??????? Adoiii, Sakit kepala!!!! Aduh! Sakit kepala ku... Aiyaa Sakit kepala...makanlah paracetamol, baca ikut macam iklan tu.


Kau cakap kt aku bagaimanakah aku tak kena migrain kronik klu cenggini? Ni baru kt satu sudut nih...


alahai, dapur bajet low cenggini pun amik masa 2 bulan lebih ke pun tokeh ianyer?

13 comments:

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Ni yang buat ko takde mud tu. Memang kena tembak berdas-das dorang tu.

Fening bertambah fening lah ko nengok rumah cenggitu.


Yong, ko tinggal katne ek? Macam jauh nau jer ko bayangkan tu..

Yong Kamariah said...

bukan lagik tak dek mood, habih separuh nyawaku...rasa hampehhhh... aku hari2 rasa nak bom terus diaorang tu Rina!
aku ni tinggal kt tengah2 antara Taman Medan dan Sri Manja, klu ckp taman perumahan ni takdek org tau sbb perumahan baru, last2 ckp kt TM or SM jek... tak per lah, nak keluo duit beli MP5 pun rasa tak mampu sekrang nih...byk bajet keluo disbbkan renovation nih...adoiiii...

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

aku tau tempat tu... ada orang jual cendol kan? eh..yoyo owh jer..

rasanya kat kwsn rumah ko tu macam co. tmpt aku keje ni supply concrete.


masa bujang abg aku tinggal tmn medan.

k. nanti sambung. abg aku dah balik tu..

Aida Rezuan said...

Puan Seri,

Apa pandangan Puan Seri jikalau kurung sahaja mereka-mereka itu di dalam... hmm di mana-mana yang mereka-mereka itu tak buleh keluar, dengan ganjaran makanan dan minuman setelah selesai tugasan pembinaan bungalow 5 tingkat Puan Seri.

Tak pon, mintak Tuan Seri amuk sedas dua.

*saya sokong cadangan kedua!

Yong Kamariah said...

Aida - so kau nak jadik pembunuh upahan akak? oh, bagus, pembunuh upahan dari Spain - Aida Salt gitu! Takper, duit buleh citer kengdian hahahaha....Hasta luego!

Normi Ali said...

yong....projek juta2 x siap lg ke? harus kasi dusyummm itu mamat ambon.......hari tu saya pasang tiles dekat 2 minggu,padahal rumah sekangkang semut jer.......suke beno deme ni koje main2 yek yong....

Normi Ali said...
This comment has been removed by the author.
Yong Kamariah said...

alahai puan normi - tu baru projek juta2 rupiah, klu trillion tak taulah saya... dema ni memula koje nya ramai2, pastu tinggal bertiga, pastu berdua , pastu sorang, pastu nan adoooo teruih... celam celum, begitulah dema ni sbb amik projek sana sini, belum siap kt sini buat yg kt sana...tumporr...

Yong Kamariah said...

Rina- ramai yg juai cendol kt sana Rina hihi...klu mai Taman Medan makan char kuetiaw femes SMS, syiok, kt sini makan kira murah lagik lar...

Eine Frau aus Botnang said...

Hahha sampai begitu skali LOL, paham perasaan, dah nak posa & raya kan, mesti kita nak dia cepat siapkan.
Kalau nak assassin dari Jarman cakap aje, I postkan esok jugak kalau nak! Take it easy babe!!

Yong Kamariah said...

tu le dianya Fasha, klu ngam2 bulan posa siap haru lah jawapnya saya nih - lotih jang nak cuci ngan kemas umah sekali
- wow buleh juga assasin dr German, dah tak lama plak tu nak balik Mesia, mesti ala2 Nazi gitu!

ieda said...

salam perkenalan...
tgh renovate rumah??mm pening kalau lambat siap kan..tambah lg dah dekat nak posa ni..

Yong Kamariah said...

salam ieda, thanks 4 dropping by..
aje ngan ia , dah bengang tahap takleh handle dah ni umah tak siap2 nih, esok klu masuk bulan pos kita juga yg terkelepek nak mengemas!

Sign Off

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Timeofmylife