Thursday, February 2, 2012

Siaran tertunda


1. ADILA
Aku-Dia-Dan-Lagu. Kt Klasik Nasional time balik keje.
Betul2 old school akak ko ni yerk. eh sabo dulu. Aku kan jiwa remaja purba lagik, manalah nak melayan radio klasik2 ke hapa time redah jem tew ahaks. Tapi klu apak eh amik aku dr opis...hermmmm tak bley wat haperlahhh, dia kan suka radio rtm, buleh dengo berita setiap jam gitewww. Aku selalu kata wehhhh tukolah siaran tu bangggg oiiii ai ni tak sampai umur kembali muda tu lagik pungggg. Tapi kan lelama aku rasa seronok plak dengo segmen ADILA tu. memula aku gelak beso, ala-ala masa akak2 aku memuda dulu, depa suka dengo yg kt radio kisah2 cebisan kenangan dan lagu, dgn bait2 puitis menyampai kisah dan minta lagu menujukan kpd kekasih hati, pahtu DJ yg baca tu plakkkk bapoklah (eh, bukan pondan, tp org pahang kata bapaklahh menandakan hover) - bapokkklahhh leweh nya. aku gelak beso bukan haper, aku ingat kenangan lama akak2 aku tu, lebih kurang samalah rancangan ADILA ni. Tp makin lama aku dengo makin interesting, sbb ianya bukan kisah jiwang semata2 tp kisah manusia di celah2 kehidupan gitu. Ari tu aku dengo kisah bekas Mat Despatch ditinggalkan isteri yg bawak lari sekali anak2 dia masa dia lumpuh akibat kemalangan. Bagaikan masa senang bersama tp bila susah semua lari. Ada satu kisah old timer bercerita masa dia muda2 tahun 60-an gitew bercintun ngan cikgu sekolah ke haper tp tak jadi kawin, ntah baperlah umur pakcik tu sekrang yerk, yg tu aku gelak lah pasai citer dia cam lawak jerk, tp lagu2 dia menanah lah sikit telinga bila kena ngan lagu2 ntah jaman bilo lahhh...and ia juga membawa aku mengenali super mom yg mempunyai anak autisme _ Tajul Iman. Meruntun jiwa jugalah DJ tu baca, struggle betul her mom couping with life, sampai satu tahap mengidap sakit kronik bcoz dealing with an autism kid that time was too much for her. i guess Iman punya autism is a bit severe, pity kt parents dia who lack of sleep because pukul 3 pagi baru tido sbb Iman hyper, dan he used to urinated dlm kete sbg tanda dia sdg beremosi or maybe rebel. Sejak aku dengar kisah Iman tulah aku baru tau ada segmen ADILA ni. Sometimes kisah2 masyarakat ni buat kita muhasabah diri sendiri betapa ramai insan lain di luar sana yg tidak bernasib baik, sedangkan kita merungut sana-sini dgn kekurangan yang ada.Tapi kalu citer ala2 lawak tak boley blah aku ngan apak eh pakat gelak berjemaah pahtu buat ulasan sampai ke tangga umah haha.


Siaran tertunda CNY.
Dah maleh dah nak citer tp sayang plak gambo2 kt folder itew. Baiklah, marilah kita maleh nak citer tp tepek gambo jelah kt sini. Tataulah kenapa eks, lately rasa masa cepat sesangat berlalu, tgh wat keje itu ini kt opis dah nak pukul 5 ptg, balik umah tu sibuk2 ngan house chores ngan layan anak2 tetiba dah nak pukul 10 p.m. Ate bila le aku nak fefeeling layan blog itew? kengkadang byk benda nak tulih tp bila time sign in dah hilang terbang apa bendalah nak menulihnya...

Baiklah, selamat pengantin baru encik Alang dan pasangannya Ned. Ni anak buah Apak eh yg kawin time CNY tew. Mak Su ucapkan selamat berbahagia hingga hujung nyawa. Dulu sorang, sekrang berdua, byk tanggungjawapnya tu dehhh. Oh Maksu ko standard arr kepoh lebih, habih bekas air tepung tawar tu tunggang-langgang dibuatnya, hover. Baju raya standard arrr recycle pakai kt kenduri harhar.

 Eh dah lama tak makan kt kenduri kawin ni. Sedak lah pulops nasi kenduri ni, melimpah ruah lauk-pauknya, rasa cam kenduri in the 70's la pulops. Cuma anak ada 2 jerk, klu bawak 8 org kita mintak 8 biji bunga telur jugak, ala2 citer lama tu aku dah lupa lah tajuk dia tp dlm citer tu ada satu scene arwah Yusni Jaapar ngan Hamid Gurkha gi kenduri kawin dpt telur pahtu siap mintak lagik kt anak2 kt umah kelaka giler.

 Gambo ateh tu kecik sgt yerk.. ha tataplah muka akak ko ni versi beso sket. wahh Ammar beria2 nak pakai baju Mat Bangla ni nak gi kenduri kawin, dia klu tgk sosej koktel ni mmg le meroyan, nak balun hok tu jerk....

gi kenduri kawin kt kampung mesti pakai cam diva sket, pengapit baby naik buai lah katakan. Muat lagik baju made in Indon yg dia pakai masa kenduri kekah dia dulu tu tehee.

Mokna Kajian Tempatan ni tak boley buat apa lah, sampai kaki org pun ko korek nak buat bahan kajian dik...Ni baby Dhia, kira anak sepupu dak Aly. Mak dia ngan Ammar sepupu cenggitew. org fefeeling naik pelamin ko sibuk kelebek bunga tew yek dik.

Pasni dia tergolek jatuh kerusi sbb nak amik benda apatah kt bawah tew, cik Aly ni kan berani tak bertempat, dia tak kira dah keselamatan diri sendiri, kengkadang terpikir cam takut jek jadik cam abang dia, aku bertawakal alallah je lah....

 Pahtu sempat pi Tesco Manjung cari hadiah pengantin. Sungguh minat dia ini dgn besi.

Dan seterusnya menggigit besi itew.

Dia lebih prefer dok dlm trolley ni dr dlm stroller, kemain genjoice ko yerk dik.

Sekian dulu, babai. nti kita sambung gebang lagik.

No comments:

Sign Off

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Timeofmylife