Say no to violence against babies!
I watched this on FB yesterday and the same night it was aired on Berita2 Utama TV. Rasa tak sanggup nak tengok, baby 10 bulan tuuu.. apa bendalah yang dia tahu nak dibelasah sebegitu rupa. First time aku tengok aku dah tahu tu ibu dia sendiri. Menyirap darah betull....Bangang punya pompuan. Kau sesungguhnya tak layak jadi seorang ibu!!!! Yang lagik bangang tukang amik video tu, langsung tak menghalang keganasan ke atas bayi! Fikiran aku terganggu betul semalam, nak tido pun susah bila terbayang2 lagik video tu. Aku rasa nak amik je anak tu buat anak angkat, pahtu jerit kuat2 kt pompuan tu...'woiiiiiiiii...org nak beranak ko nak beranak....dah dapat tak pandai jaga hoiiiii..." pahtu bagi smackdown K.O. Aku rasa aku separa relief je bila tau kena penjara 18 bulan je. Elok campur je hukuman diperlakukan benda yg sama dia buat kt baby dia, bio dia tau cemana baby yg tak berdosa lagik helpless tu rasa. Pompuan ni silap2 mmg lembik arrrrr klu kluar rumah esok2, pagi tadi aku dengo over Hot FM sorang caller ni kata dia nak smackdown pompuan ni bio tereperosok kepala bawah katil, bila Fara tanya akak tak pernah pukul ke anak akak? Dia kata kt anak dia lagik keras... terus terputus call...hok alohhhh cenggitu pun ada ker...
Saya mengakui saya tidak terlepas dari babab anak saya over kepenatan atau stress bila dia buat hal. Setakat ni kt baby tak de lah lagik. Saya dianugerahi seorang anak istimewa yg memerlukan kesabaran di tahap yg tinggi. Masa toddler, Ammar sangat hyper, mmg cepat je rasa nak marah kt dia. Saya penat, saya frust sebab keadaan anak saya. Marah memang cepat datang merasuk. Pernah sekali saya babab sampai dia menangis kebiruan. Perbuatan tu saya tak akan maafkan diri ini sendiri sampai bila2 pun. Tapi tidaklah over sampai macam dalam video tu siap tendang terajang, tak pernah lah begitu. Dan tak pernah lah berbekas apa2 pun kt badan dia. I went crazy for few seconds. Haishhhh... I learned to curb my madness, frustration in time, learned to accept my son seadanya. Bayangkan dia tak dapat cakap apa dia rasa atau mahu masa tu, dan bila dia frustrated dia akan terkencing, threw a tantrum, dan semua benda yang akan menguji tahap kesabaran. Saya faham kalau perempuan dalam video itu mengalami stress mungkin sebab marahkan suami atau apa sahaja, tapi janganlah lepaskannya kepada anak sekecil itu. Mengadulah pada tuhan, you'll feel relief. Terimalah segala ketentuan seadanya, Dia takkan menguji hambanya dengan dugaan yang tak mampu ditanggung. Contohnya bukan salah kita jika kita ada anak istimewa, jauh sekali kerana hukum karma, inilah urusan Dia semata-mata, sekurang2nya kita ada 'anak syurga', yang terlepas segala hukuman dosa bila sudah ke 'sana' nanti....
Bagaimana hati tergamak melakukan penderaan ke atas baby yg sangat comel ini????
Somebody post this on FB saying that akibat penderaan dr pengasuh...ya Allah selamatkanlah baby ini...some people are insane! This is too much!!!!! SAY NO TO VIOLENCE AGAINST BABIES!!!! They are innocent!
Sempena Hari Ibu, ingin saya kongsikan kisah yang mungkin telah anda baca sebelum ini...sesungguhnya andalah the 'Guardian Angel' buat anak-anak anda...peganglah amanah ini dengan sebaik mungkin...
PERBUALAN SEORANG BAYI SEBELUM KELAHIRANNYA
Adalah dikisahkan….pada ketika seorang bayi akan dilahirkan ke dunia nyata.
* Bayi itu bertanya kepada Tuhan : “Para malaikat di sini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya ke dunia, tetapi bagaimana cara saya hidup di sana? Saya begitu kecil dan lemah.”
Tuhan menjawab: “Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Dia akan menjaga dan mengasihimu dengan sepenuh hatinya.”
* Bayi bertanya lagi: “Tetapi disini, didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa…Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia.”
Tuhan menjawab: “Malaikat mu nanti akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia di sana”
* Bayi bertanya lagi: “Bagaimana mungkin saya dapat memahami orang-orang bercakap dengan saya sedangkan saya tidak memahami bahasa mereka?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar. Dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara untuk berkata-kata.”
* Bayi bertanya lagi: “Apakah yang boleh saya lakukan ketika saya ingin berbicara kepadaMu?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa dan bermunajat kepadaKu.”
* Bayi bertanya lagi:”Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya nanti?”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu lah yang akan melindungimu, walaupun mungkin jiwa dan raga terpaksa dikorbankannya.’
* Bayi bertanya lagi: “Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak lagi dapat melihatMu lagi.”
Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku dan akan mengajarkan bagaimana kamu nanti akan kembali juga kepadaKu, walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu.”
Pada saat itu, Syurga begitu tenang dan hening sehingga suara dari Bumi dapat jelas kedengaran.
* Dan sang bayi bertanya perlahan : “Tuhan, jika saya terpaksa pergi sekarang ini, bolehkah Kamu khabarkan kepadaku nama malaikat yang Kamu maksudkan itu?”
Tuhan menjawab: “Kamu akan memanggil malaikatmu itu sebagai “IBU”. Maka ingatlah, sentiasa kamu berkasih sayang dengannya dan menghargai setiap pengorbanan ibu mu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa. Dialah satu-satunya harta mu yang tiada galang gantinya, dunia mahupun akhirat.”
Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak mu yang sedang membesar. Sesungguh nya Syurga itu dibawah telapak kakimu.
Tataplah wajah anak2 yang tersenyum riang... masihkah ada amarah dihati yang mahu diluahkan dengan kesakitan??? Tataplah wajah anak2 ketika sudah terlena tidurnya, tidakkah terasa belas dihati?
Selamat Hari Ibu...
Comments
Very moving post... Love reading it.
Totally agreed... anak-anak adalah anugerah bukan hak milik kita. Memang sedih tengok video tu.
Keep up the great work, Yong... you're a fantastic mom!
xoxo
Pekabau, harap sihat ek. kak x buka pong video tu, tgok gmabau yg tak gerak tu pong kak dah ngeri yong oi,. pe tah g nak watching secara live,. nanti ada yg bengkak mater.
Selamat hari omak kat u,. Allah anugerah kita anak kan,...bersyukur.
take care ><
touching la plk bc entry y ini...
tq Kak...
mmg rasanya tak sanggup nak tengok vid tu, sedey arrr...
yes, disbbkan anak2 bukan milik kita maka haruslah dijaga sebaik mungkin amanat itu kan..
btw, you are also a fabulous mom! Happy mother's day!
elok sangatlah idok dibuka video tu, menyakitkan ati jekkk, dan terganggu perasaangggg....
iyalah, tgk video tu yg pasti membuatkan saya lebih menghargai anak2, balik umah sekoq2 kupeluk kucium, insap sesangat, I wanna them to feel lucky that they have a loving mom (walau garang boley tahan gek kakaka...)
Selamat hari omak to you too kak!
huhuhu.. jiwa mak jemah sekrang ni cepat nau sentapnya...
Happy mother's day Da...jagalah Kimi sebaik mungkin yek, you are one tabah mom!
Rasa nak tumbuk2 tv bila tengok pempuan meroyan kat baby dia tapi tak jadi tumbuk tv sbb tv kita jenis tv zaman purba. Kalau pecah dah takleh tengok ust.Don, hehe..
But seriously, mmg geram. 18bulan dipenjarakan rasa mcm sekejap sangat. Patutnya 18 thn, at least.
klu le kata kita tau mana umah dia kita pakat gi ramai2 bagi penampo dan penumbuk Arab sebijik ngehngehngeh...hover!!! byk versi pulak dengonya, kata dia mangsa perkosa and anak tu hasil perbuatan tak bertamadun itulah, tatau lah, apa2 pun bukan alasan nak treat baby tu mcm binatang, kesal sungguh lah saya cik Som!