Selamat Bertunang...

Saturday
-Redha jelah jadik weekend fulltime housewife.

 Ari tu masak ketam lemak cili api. Tapi ketamnya adalah kurang segar, me don't likey, tapi Apak ko apa ada hal habih je satu poyok.

And ikan kembong masak sambal. Elok2 sekor sorang je. Tak koserr nak masak sayur asing, campak jelah long beans kt dlm tu, elok makan ulam mentah je pun. Nowadays kenot dok kt dapur lama-lama, kang si Sophia tu terkedek-kedek masuk dapur terus peluk kaki mokcik mcm mak mertua Kassim Selamat tu. Diiringi jeritan dari batinnya. Bengang je Mak Jemah.














Petang tu ada org datang pasang khemah. Anak orang sebelah nak bertunang. 5 bijik khemah sekali naik dah cam nak kawin dah.

 owhhhhh ok..... port serve makanan betul2 depan pago umah Kak Yong. Ini sudah bagus.

Sunday


Oleh kerana kenduri majlis pertunangan org sebelah pukul 3 maka today buat brunch terus. Masak nasi lomak ngan sambal udang petai, the petai still intact ngan kulitnya, baru ada special effect. Aku klu masak nasi lemak ngan sambal special org kt umah no 443A ni boley ulang sampai malam. Nasi lemak mokcik tak pernah basi sampai malam, petuanya boh 3-5 ulas cengkih, insyaAllah. eh, ke sebab the beras punya type, idok le teman tahu. Tapi klu ulang makan sampai ke malam cam hoverrr je yek ... tp adalah kenyataan umah no 443A sbb kapten dapur adalah pemalas masak klu jadik ropa itu.

Say bye-bye to apple juice, kompem anak mokcik takmotakmotakmo minum, dah rasa se-sip lari sebatu bila disua dgn the second sip. Say Hi Hi Hi club tekak melayu semalaya.

saja tempek gambo bukti ke hoveran Apak ko. Tu nak pasang sampai anak umur 17 tahun kot.


Sunday, after 3.00 p.m.
The bertunang time.



Sweet jek pelaminnya.

Selamat bertunang jiran retisku Akma. Tinggi bebeno budaknya. alamak.. anak aku terseksi la pulok...


owhhh ke sbb kau memang katik kekdahnya.


 hangin beno mak jemah, time nak amik gambo bateri kamera plak kong, compact cam apalagik terus BATERY EMPTY katanya, mak jemah stok2 pemalas betul nak charge2 batery ni....sudahnya AhCai, oh Ah Cai Ammar, bak pinjam ipad kejap mamik nak begambo ngan retis. Ginilah gambo teknologi VGA sudohnya.


walau tak seglam Scha Al-Yahya tapi tetap meriah noks.

Semoga kuat jodohnya, insyaAllah bulan 6 esok kita pi makan kenduri kt Dewan kt Cheras.

Elok je org Astro Awani ni belah, apak ko kata ha masuklah, kata nak bergambo. Budak ni ok, mesra alam kekdahnya.

Ayeh ni anak somebody jugaklah katanya, kata bapak Akma tu lah saya niii, segan pulak nak bagitau. Tak pe lah pakcik, janji sumenya dah selamat. kata Apak ko nampak gaya pilihanraya cam lambat sikit nih...


antara hantarannya...



 
 Org sume beransur barulah dpt bermesraan ngan maknya. Aku pun kompius apa nak panggil mak kema ni, akak ke makcik...muka muda, sudahnya aku panggil akak jelah. Sebab dia ni boleh masuk huha pesen aku, klu skima aku segan lah pulops.
  
Camhorror ngan jiran tetangga pulak.

tetiba hidung aku cam dah bertindik pulok hoihhhh pasai apa?

Jumpa jiran tetangga setahun sekali gitu kekdahnya, klu tak dek majlis kenduri idok lerrrr, time aku keluo jemur kain kau pulak kt dapur masak, time kau sapu lantai kt luo umah, aku pulak terbongkang depan tv. Cam kata akak sebelah kiri aku tu (jiran belakang umah), last jumpa masa kenduri kekah si Aleesya, now dah setahun budak ni, mmg kompemlah jumpa setahun sekali ni.

hamboihhhh mak jemah, klu posing hover je bagi kat kau. Dah pass baton-anak kt apak ko baru le fefeeling nak bercamhorror. Baru le boley sembang2 ngan pengantin katakan.

Babai.

Comments

aida said…
wohooo...kelas kak yong dpt bergambor dgn retis...tinggi bebenor rupanya budak akma tu ye...bakal suami anak Dato tu...pandai akma pilih...

nasi lemak ulang sampai mlm?...woooo...beh..beh...x yah ulang masak2 sepanjang hari...
somuffins said…
Yong
Masa memula nengok gambar retis tu, dlm ati kata ehh..cam familiar. Rupa2nya mmglah familiar (dulu you ada tulis pasal retis jadi your jiran, kan?).
Nowadays orang lelaki boleh sama2 datang masa bertunang, ek?

Satu lauk campur sayurnya sekali? haha.. I like *calet sket*.
Aslmkm Yong..
Sedap tengok lauk pauk yong..
Jgn mengeluh walaupun weekend Mum..pahalo yo..
Oh kalau tak cakap itu Akma..I tak kenal you..
Yong Kamariah said…
Aida dearie,
Alohloh artis biasa2 jek pun, mmg le budak ni tinggi pahtu dia punya koleksi kasut kt rak kasut umah dia tu humang aiiiii ntah baper inci lagik tingginya,
tang nasi lemak tu you are right, sgt sesuai bg stok tak rajin ke dapur, tp selalunya akak klu masak nasik lemak time late lunch/dinner makan kt luo je lerrr....

salam Cik Som vogedevas,
ye lerr itu le jiran saya...mak apak dia sgt friendly dan baik ati, mak dia tu kira teman gosip sekali sekala kuakuakuak....
p/s : mmg trend org la ni bakalnya dtg sekali eh, dulu2 zmn akak2 saya bakalnya tunggu dlm kete atau dok kt umah je
p/s lagik : itu sayur hanya stok2 tak baper rajin cam saya je suka buat kuikui..
Yong Kamariah said…
Dear Kak Iha,
adoiiii mengeluh semedang jek saya ni ek, sbb tu respect giler ngan homemaker ni...dok kt umah sebenonya lagik byk keje nak buat, lelebih lagik klu tak dek maid, tabah betul!
itu artis kalu fan AF hardcore kenallah, tu pun masa kegemilangan AF dedulu, sekrang byk sgt artis program realiti sampai tak cam dahh...lagik pun Akma ni kan dah bertudung orgnya.
PatinPasta said…
Yong,
Calit! Saya pon suka petai dengan kulitnya. Lagik sedap kan?

Campur lauk dengan sayur tu, saya memang sokmo buat. Calit lagik! Haha!

Yong tak de sumbangkan satu dua lagu ke, time majlis tunang retis tu? Mana tau, kot2 buleh masuk program apa2 ke nanti :D
Yong Kamariah said…
Yuhuuu senorita....
Calit 2 kali lah....petai ngan kulitnya apa lagik nak dikata, terus keluo special effectnya harhar
Hamboihhhh nak suruh den menyanyi takut habih khemah kt luo tu ditimpa hujan!

Popular Posts