Random Notes

Aku mmg tak berkesempatan lagi nak compile gambar2. Manadan aku jumpa dlm kamera ni aku boh la dulu kt sini.

 
 Benarlah kata banyak orang, once dah ke sini jadi rindu-rinduan dlm kenang-kenangan selalu. Nak2 baru2 balik ni. Huii aiii tengok gambo ni terus terkenang2 suasana kt dalam dan sekitarnya, penuh dgn ummat Muhammad. Masa aku pegi ni, masyaAllah ramainya org, bak kata petugas kt Travel Agency (TA) tu macam dah musim haji. Kata akak aku si cikgu tu, la ni satu dunia dah selaraskan cuti semester baik sekolah mahupun universiti. Mungkinlah. Bagi aku tiada binaan secantik Masjid Al-Haram. Adik ipo aku yg pernah pi Vatican City pun ckp gitu, nothing compares rumah Allah nan satu ini.

Satu benda yang aku sangat2 teringat kt sini adalah bermakmumkan Imam Masjid Al Haram, esp. solat Maghrib dan Isyak. Allahuakbar. Imam selalu baca surah dlm solat dengan suara yang tersekat2 menahan sebak. Ada satu ketika terhenti bacaan Imam kala membacakan satu surah. Sebak menahan tangis agaknya. Terus rasa meresap dalam hati. Kita tak faham Arabiah. Ada makmum turut menangis dalam sembahyang. bertuahnya mereka memahami apa yg di baca. Pada pandangan aku Imam Masjid Haram ini lembut orangnya. Berbanding Imam di Masjid Nabawi, bacaan dia adalah sangat jelas, terang dan nyata. Cam sebijik2 gitu dan boley bayangkan orangnya mcm agak tegas. Ada beza cara bacaan dua Imam ini, tapi dua2 sangatlah best. It's been an honor dpt bermakmumkan insan2 bertuah ini. Ya Allah, masukkanlah mereka ke Jannahmu tanpa hisab. Besar sungguh pahala dan kebaikan yang mereka dapat mengimamkan jutaan ummat Muhammad.

Ada satu hari, lepas solat Tok Imam di alharam bagi cam pengumuman. Ah sudahhh aku macam saspen je, sebab kt sini after solat memey arr tak dengo lagi suara pak imam, apatah lagi kt sini takde bacaan doa lepas semayang pun. Sekali my bro balik ke hotel afterwards ckp, tok imam pesan semua jemaah/ummat yg ada dlm alharam tu supaya jaga akhlak dan adab. Macam bebudak muda bersuka ria menangkap2 gambo sampai lari niat nak beribadat, kurang lebey cenggitu ler. Opkoz le adik aku manatau sepatah Arab pun, dia tanya ustaz kt sebelah haha. Bila dengo tu terus rasa dusyummm penumbuk berdebik kt muka sbb suka bertangkap gambo haha. Tapi kita harus ingat juga, apa niat kita. Kata ustaz mutawiff bila dtg sini rakamlah sebanyak mana keindahan Allah ini buat memori kenang-kenangan seumur hidup. Agak2 aku yg ditegur ni yg bergambo muka duck face ke, melompat2 terkinja pahtu upload ke laman sosial kot suka-suki dia je. Eh, idok le kata sesapa, alien agaknya yg buat tu.

Hari Isnin sesampai di rumah, aku terlelap kejap. Dan-dan tu aku terdengar2 bacaan Quran dari MasjidilHaram. Allahuakbar. Bingkas aku bangun. Terus 'nyanyian' syahdu itu berakhir. Hati aku masih di sana rupanya. Haiii.. tak tahulah sampai bila hati nak 'pegang' rasa ini, takut di telan masa. Takut di telan alpa duniawi pula selepas ini. Terserahlah.
 
 Rindu pula dengan suasana ini, 'lepak' sementara masuk waktu. Kalau nak dapat spot baik, atleast 1 hour sblm masuk waktu dtglah ke masjid. Ini dari aras 1 Masjid Al Haram, betul2 depan anjung, kami selalu aim tempat ni. Kalau lambat sikit alamat luar masjid le dpt solat.
 
 Damai betul kt sini. Tu depan sekali anjung, ramai org duduk bersidai kt rail tu. Memang feel, sambil ko baca quran atau berzikir. Nampak tak tumbler air aku tu. Aku sarankan bawakle tumble ayo bertangkai bila kt Madinah/Makkah. Boley refill air zamzam banyak mana ko nak kt dlm sejid ni. Serak2 suara mengaji boley minum air zamzam, air yang mengenyangkan lagi penuh berkhasiat ini. Aku dah nyaris tertinggal tumbler ni masa kt airport Jeddah, after scan kt imegresion tu kan. Sekali nak boarding baru teringat. Cepat2 pegi balik alhamdulillah ada je dia tercegat kt tempat scan tu. Banyak berjasa tu, rasanya bergelen2 air zamzam aku refill, sebelum balik bilik mesti isi penuh2 tu (opkozlah bukan aku sorang yg minum hehee)

  Sebab (sambung)....inilah view yang kau dapat dr anjung tu. Tenung2 Baitullah ini pun dah cukup rasanya mendatangkan damai, apatah pula kalau berzikir dan baca Quran. Aku tau org macam aku ni susah sikit klu nak dpt khatam Quran, jadi aku selalu baca zikir Maksurat je, jadilah. Dpt surah AlBaqarah je pun rasanya sepanjang kt sana huhu...yang lain aku buat solat2 sunat je. Baru le reti nak buat solat sunat Dhuha/Taubat/Tahajud/Hajat/Tahiyatul masjid, solat sunat mengiringi waktu dsb, klu kt tempat sendiri dpt buat yang wajib je dah syukur..punya ler pemalas. Pulak tu tiap kali nak buat solat bukak kitab buku panduan dulu, study dulu baru buat, astagfirullah, jahil betul. Bukan tak tahu tapi jarang sgt buat itulah kekdahnya. Baik di Masjid Nabawi mahupun Masjidil Haram, tiap kali lepas solat waktu mesti ada Solat jenazah. Without fail. Bertuahlah jenazah yg dijemput Allah itu. Mana aku pernah buat solat jenazah kt Mesia. So dtg sini, taktahu, belajo. Dan buat. Alhamdulillah byk juga dpt buat solat jenazah 4 takbir tu. Jangan kedekut. Esok2 mana tau time kita ramai le yg sudi menyembahyangkan jenazah kita, wallahualam.






 I think I could just stare at those tiang mesjid sampai ke pagi. Indahnya. Mak2 Arab pun baik2 belaka. Kt sini dari sekecik2 benda yang kau hajatkan, atas keizinanNya kau boley dapat. Contohnya perut tetiba lapar, kau pun ckp dapat kurma sebiji pun best ni. Satgi ada le hamba Allah yg dtg hulurkan kau kurma atau roti, buat share dlm mesejid. Macam2 roti/kurma/gula2 dpt ko rasa dlm tu. Ramai org rajin dtg bawak bekal dlm ni. Ada siap bawak flusk air teh. Pahtu rajin share ngan org sekeliling. Ko jangan nak berlagak pulak kt sini, amik je lah walau sebiji pistachio yg org hulur, atau kaum2 cam dari Sudan/Somalia tu kan, takyah arrr nak belagak uewwww roti apa niii noks?? satgi terus tuhan rentap selera ko. Sume yg dtg ke rumah Allah ini Insha Allah baik2 hati semuanya, jgn la di hina roti itu walau tak sedap, rasalah walau sedikit rezeki Allah itu. Haku je tak rajin bawak makanan dlm mesjid akakaka...dah bende tak de, bawah hotel penginapan pun ada resto ayam golek idoooookle aku nak bawak sekor ayam golek bawak ke sejid hahaha.
Lagi satu, rajin2 le tuko banyak2 duit 1 riyal. Buat sedekah. Selalu dlm mesejid tu, the in between saf, sat gi ada cleaner lalu-lalang kutip sampah ataupun mop lantai celah2 karpet. Bagilah kt mereka. Sebab mereka inilah penjaga rumah Allah. What a noble job. Bagilah pada mereka, mmg suka hati depa walau 1 riyal.


 Suasana dalam masjid al haram dari tangga kt salah satu gate. Gini le lepas solat, bersesak2 ngan orang. Beza Masjid Al Haram ngan Nabawi ni, kt alharam ni pompuan/lelaki boley masuk mana2 gate sekali pun. Sebelum masuk waktu boley lepak satu family regardless sex dlm ni, dah masuk waktu baru le asingkan tempat solat. Lagi satu, kt dlm ni takdek toilet ye, punyalah jauh kt luo ada le sebijik tempat toilet satu lelaki n satu pompuan, tu pun bawah tanah kot, ntah, aku tak pernah pegi. Tempat wuduk khas pun takdek, punyalah dia jaga rumah Allah yg satu ni. So kalau terkent, pepandailah ko pegi tempat air zamzam yg berdiri tu, amik le cemana pun sbb ia tempat terbuka kan. Tapi amazingly si pengkent tegar cam aku ni lepas amik semayang (hoihhh aku klu lepas amik air semayang mmg le asyik rasa nak terkent jekkk, cuba masa biasa2 tak rasa pulak dia hoih). Tu le amazingly idokkkk rasa apa pun, alhamdulillah, tuhan maha kaya.(weyyyy sorilah aku lepas je cakap ni)

Di masjid Nabawi pulak, mmg strict. Tempat masuk lelaki and perempuan is asing, definitely strict. Ko bawak anak kecik pun ada seksyen2nya tersendiri. Kamera... ha ni lagi satu, masuk Masjid Nabawi huihhh pepandai le ko sorok kamera atau henpon ada kamera, henpon zaman Ahmad Jais boleylah lepas. Dia mmg check kt pintu masuk. Klu berasak2 org ramai dia check gitu2 je, selalu aku bukak siap2 beg tunjuk kt dia lepas. Lepas sangatkannn .. henpon sorok dlm bra haha.. ada sekali aku lupa sorok, aku boh dlm plastik ubat, dia check ko, selalu aku kan lepas, "What's this? Camera? Out!" , kata sister pengawas berpurdah itu. Baiklah cik. Aku pun masuk kt pintu sebelah. Lepas. haha. Kt alharam pulak, pengawas dia cam choc fudge je, kejap check kejap tak check. maybe manusia terlalu ramai, so dia longgar sikit.

 


 Antara suasana lepas balik solat, berdedai2 org balik ke tempat penginapan masing2. Alhamdulillah, mercu tanda kami Le Meridien, dkt tulah, dekat je, bukan kt dlm kuikui. Adalah dlm 100m from masjid, sgt dekat, klu sakit perut boley lagi berlari balik hotel.

Ni gambo cik Aly bapak bebudak ni kim masa kt sana. Jadilah pengubat rindu.

Kita sepanjang dok kt sana idokle teringat2 sangat kt anak, maklum le aktiviti kita agak padat juga, Tak baper hari lagi nak balik aku cam dah lupa cemana rupa si Aleesya ni hahaha, tak bohong pun. Mulalah godak2 henpon cari gambo anak. Rupanya budak ni takde satu pun gambo dia pandang kamera, so aku bukak video, akak aku pulak yg syahdu tengok gambo anak aku. Dia pulak kata sedih. iskkkk.... Alhamdulillah anak2 pun nampaknya idokler ingat sangat kt kita, depa okay2 je ngan apak depa. Siang anto nursery, petang/mlm apak dia amik. Aku memula sampai tu tumpang henpon org bila nak call. Malas nak roaming bagai ni, sekali akak aku kata soh azhar top up dari Mesia kt henpon dia. So aku pun soh le apak bebudak ni buat. Mak oiiii aku rasa ckp 4-6 minit tu habih top up RM100 tu. Sekali dah baper hari nak balik aku beli sim dari sana. Service provider dia adalah Zain. Jimat sikit walau laju gek credit, so main whatsapp je ngan bapak bebudak ni. Bapak dia anto gambo2 bebudak ni kot bendalah ni je. Anak2 aku ni asal aku call je tak pandai ckp. Yang sikecik tu dengo suara aku terus diam termenung. Pahtu sambung main. Ammar pulak habis2 dia tanya aku, "Ummi, Ummi pergi Mekah? Okbai." Huh...sungguh tak memberansangkan. Tergamaknya mereka tak merindui diri ini huhu.



 Ini lerrr nasib anak yang di tinggalkan, menumpang kasih pada sepupu sepapat time weekend. apalah ko makan tu Aleesya, nampak lauk kuah kicap semata-mata iskkk kesian anak aku kihkihkih


Ini ler resto bawah hotel penginapan kami, hari2 dok lalu lalang sambil pandang ayam golek tu, berselang ari juga kami beli angry bird ni. 18 rial sekor. walau masin tapi sedap. klu boring beli roti dia ngan kuah kacang dal. Tp mana boley lawan mamak kannn klu bab roti canai...

 
Last but not the least....ni gambo kt Madinah. Aku rasa time aku berulang ke sejid, selalu jumpa aci ni mintak sedekah bawak baby. Dia kata dia dari Kashmir. Ibu, ibu, susu! susu! owhhh minta duit beli susu le tu. Aku selalu cuak ngan org mcm ni, terus ingat ke sindikit ke haper. Tapi hati kasihan sungguh kt baby, moga tuhan pelihara. Ye ler, takut sindikit sewa baby orang mintak sedekah, klu pagi, lewat petang tak pe lagi, ni klu tengahari rembang ko tak kesian ke kt baby tu? kang demam budak tu? sungguh tak berhati perut klu dia jaja gek tghari rembang. Mana le aku tak musykil, tengok ke muka mak budak cam nak menopause je...astaga, parah aku kalau buruk sangka ngan orang dow... Takperlah, aku bg sedekah jugak seikhlas hati, doa aku moga budak tu dipelihara Allah, Amin.

Sekian dulu, wallahu alam.

Comments

Unknown said…
Alhmdllh Yong, rezeki pergi ke Tanah suci.
3 tahun yg sudah Kak telah terima seruan ke sana untuk menunai Haji tetapi tak sempat untuk menjejakkan kaki, tiada rezeki, suami sakit tetapi perasaan *excitement* tu memang tak dpt nak digambarkan.
Insyallh mungkin di lain hari.
Unknown said…
Assalam Yong....
Dgn ur magic camera....puas jugak tgk persekitaran ditanah suci tu kan....tapi kalau tgk live....in person...masayallah lg la tak terkata ya....!

Ada je yg mencuitkan hati bila baca ur blog....baju senten yg apak ko pakai kan kat Aleesya.....hehehe!
CS said…
Yong
Mekasih beribu lemon sbb berkongsi pengalaman panas seakan2 baru keluar dari oven, hehe..

Banyak tips yang diberi dan banyak juga episod yang menyentuh perasaan.

Dlm pada syahdu tak lekang juga sengihan dibibir mongelku dgn cara you bercerita :-)
Mulan said…
style baru tu baju senteng...

dulu2 sindiket budak2 mintak duit, kasi roti tak mau.. ada kepala tunggu somewhere..

tqs for sharing.. meronta2 nak ke sana lagi..

Unknown said…
pasti ada lagi entry yg seterusnya... seronok baca... ada ole2 untuk sy tak??
Yong Kamariah said…
Kak iha dear
Allah...sikit lagi tu nak ke sana, takperlah kak, ada hikmahnya tu, your love ones lebey memerlukan akak, tak lama lagi la tu insya Allah, dia panggil jugak satu hari tu.

Kak Leeza dear
Magic kamera cap ayam hahaha, i'm glad anyway to share with you guys kind people, esok2 mana tau turn akak fuihhh lagik gambo yg meruntun jiwa kt sana, time tu saya pulak dah meronta2 nak gi lagik huhu

Cik Som yg budiman,
hehehe, okay le tew dpt share ngan org yg tak lama lagik nak gi sana tewww, i'm glad i could share sikit2 benda kt sana ngan you, mana tau boley sikit2 buat reference hehe..

Cik Puan Mulan yg jelitawan (wink)
yeah betul, stylo la ni baju/suar senteng cam ABPH bebaru ni akakaka...
tulah dianya tang sindiket ni, buat aku asyik nak perangsangka buruk je kt depa ni haishhhh
mehlah kita meronta sesama, mana tau bebila satu katebang kita hihi...

Aida Ariati darah manis,
insyaAllah coming soon, tak sompek je nak ngapdet ni, ole2 ada jeeee meh le umah yg selerak pepak tu!

Popular posts from this blog

Sekalung Budi Segunung Intan....Happy Mother's Day!

Catatan Umrah 2013 : Kisah Di Raudah

STANBUL... HERE I COME!!! : PART 9 : SPICE BAZAAR & HAGIA SOPHIA