Pulut tanak and etc.

Masa nak masak ketupat sotong last week, ada byk lagi beras pulut berbaki, terus teringat kt pulut tanak dan begitu keteringinan adrenalin yg membuak2 nak makan ianya. Wah, ayat over gila. Nampaknya aku belum boleh bagi lagi dapur tu fully MC selagi mat2 Indon tu belum robohkan ianya. Maka, hari ni dgn penuh berkobar2 bangun pagi soh pak encik beli kelapa parut ngan air kelapa, teruslah tanak pulut. Amatlah mengsatisfiedkan keteringinan ini. Bukan, bukan sbb I mengandung, jgn terover excited terjump to conclusion, perut aku ni mmg 'pregnant' sepanjang tahun dgn lemak2 semulajadi ye utk makluman.


Pulut ini ditanak dengan air kelapa. Tak pernah dengar? Hehe, tu kena tanya ngan org native Teganu (lagi). Serius, cuba sekali tanak ia dengan air kelapa (tak kesah la air kelapa tua/muda), akan terasalah kelainannya dan lebih aromatik dari segi bau dan rasanya. Dulu, masa kecil-kecil dan anak dara sunti (kes berkepit ngan mak lagi, tapi aku berkepit sekejap je sbb dr Form 1 sampailah kolej dok makan nasi kawah kt hostel) ; eh, apa ayat tadi, interprem betul. Dulu, masa belum tua, (senang citer), mak selalu tanak pulut ngan kelapa parut ni utk breakfast. Tapi makan bukan dgn ikan kering, tapi mak selalu panggang ikan tawar (bukan ikan air tawar tau tapi ikan laut fresh panggang tanpa garam kunyit) makan ngan pulut tanak tu. Nak2 ikan lolong a.k.a uji rashid (honor betul kt penyanyi tu) yg fresh2 tu. Fuih, sedap betul sehingga menjilat siku. Pagi2 tu mmg berasap satu umah sbb mak guna dapur arang buat panggang ikan. Herm, klu citer dan resepi base on ikan ni bagilah kt mak aku tu. Dari buat kepok lekor sendiri, buat satar dan otak2 petang2 utk jualan sampailah inti kuih bom n samosa, sume mak khatam. Anak mak ni pulak susah betul nak menurunnya. I guess having and raising 8 children buat mak tak buleh tinggalkan dapur sbb kena selalu feed mulut2 yg selalu kelaparan macam aku nih. Hai emak, rindulah kt mak.

Pulut tanak ngan kelapa parut + sambal tempe bilis (org kenduri bagi) + ikan kering + kopi kawww = can you spell HEAVEN?

Meanwhile....
Buat diri sendiri tertanya-tanya manakah gambar yg nak boh kt space plastik kt dlm purse tu (chey chey bajet beli purse baru la tu) : dari kiri ; gambar desprado dan macam baru bangun pagi mandi P.Ramlee terus pakai lip gloss pegi Jabatan Imigresin yg dah nampak macam nak terkeluo frame, gambo Sumarni kt JPN masa hari buat IC lepas umah kena rompak, atau, gambar senyum semanis gula sbb mengharapkan lesen memandu keluo cepat kt JPJ? Yeah, I akan pilih mana yang nampak muda saje.

Oh, ini dia peminat no. 1 live band kenduri kawin. Sedang enjoy the Search wannabe band geng. Lepas Amy wannabe menyanyi lagu Selamat Pengantin Baru versi rock teruslah budak ni grab the mike buat mak ayah dia kelam kabut kepanikan takut ada orang yg akan spoilkan majlis kawin orang. Nak-nak terus nyanyi lagi 'aku rindu...sayang kamu... by Black mentor. Huhuhuah.

Di En.

Comments

BEtul pilih yang mana nampak muda belia! HUiskkk pi lah berguru dengan mak tu, sayang semua masakan dia yang dasyat tu tak belajar YOng!! Lepas tu kongsi ngan kita kat sini ok. Take care babe!
Yong Kamariah said…
heheheh... harusssss...must perasan young alwayskan fasha... anyway, insyaAllah, once rajin nti akanku coba masak resepi masakan emak (masalah M tu lah selalu menghantu)

Popular Posts