yeay.. dah berbuah

Ntah bila tak perasan pun pokok beri hutan yg aku cucuk je kat depan jalan umah tu tetiba berbuah lebat. Pokoknya renek aje, tapi aku rasa sifat pokok ini sangatlah pemalu sbb dia sembunyi kt celah2 rimbun pokok serai dan tetiba berbuah. Teruja betul, tu belum lagik klu tanam pokok anggur tetiba berbuah, mahu pingsan pulak aku. Almaklumlah, org kata ada org ni tangan dia 'panas' dlm bab menanam nih, aku le yg masuk kategori tu. Tu yg teruja over d limit, padahal pokok tu mmg le senang tumbuh one. Ni masuk kategori pokok liar, versi amik dahan dia kt umah Mak Yam kt kampung pastu main cucuk je.

Rasa dia macam stoberi, klu yg merah tu sweet and sour rasanya, tapi dah ranum kaler ungu kehitaman manis je rasanya, buat aku terpikir nak buat filling... ihhh, klu org buat filling bluebery ke, aku buat filling buah tak bernama dan org tak perasan pun wujud ianya. Ye, sila ketawa dgn manis.

Sambut besday lagi.. kemarin disambut besdaynya kt umah Kak Long, timakasih lah sume sbb bersusah payah utk ini ye. Lihatlah kegirangan sume org menyanyi lagu tema citer Haji Bakhil. Eh, ada ayam kentaki.

Amboi Kak Long siap hadiahkan kain pasang, timakasih lah dear sister utk ini dan kuetiaw goreng yg sodap.Oh, juga pak encik utk kek yg delicious.

Meanwhile....

Ha... siaplah kau Ammar, tgk rotan tu...

Ayahnya klu dtg angin meroyan nak melatih tubi anak dia tu siaplah ngan rotan kt tangan. Ya ampun... siannya budak ni klu toreh muka tu dah tak berdarah dahhhh. Dari duduk atas lantai buleh tukar posisi atas kerusi, nak kosentret punya pasai.


Progressing....

Comments

Yong,
mana nak dapat benih eh ?

nak merasa gak buah omputeh ni..
Yong Kamariah said…
hahaha.. lawaklah Rina, mana ada buah org puteh, (tapi cam buah beri omputeh eh?), tak tau lah mana buleh dpt benihnya, tapi klu pokoknya tu dah besar nti, meh umah dtg amik dahan dia, dia cambah kot dahan je, tak pakai benih
Yong, ini pokok blackberry ni. Wah tak sangka dia hidup gak kat Malaysia tu. Memang kat sini blackberry memang merata rata dia hidup & berbuah kat hutan dekat rumah sini. Fasha tak pernah lah buat, tapi kawan jerman Fasha pi petik tiap tiap summer, berbaldi dia dapat. Terus dibuat jam. Masam ke manis ?
Yong Kamariah said…
wahhh... serius ke Fasha? gulp... tu lah, bila check2 kt internet buah ni ala2 species bery, tapi kot takkan lah blackberry tumbuh kt Mesia dak??? Tapikan, sekrang ni selalu hujan dan dia pun nampak subur sbb terlindung dr panas sbb dok kt celah pokok serai, klu panas mmg dia kureng berbuah macam pokok sister dia yg dah mati dulu. Rasa dia manis yg nyaman, Hermmm, must try, must try wat filling/jem nih
Yong, rupa dia seakan sama. Mmg blackberry tu. Betullah sebab pokok berry kat sini kan dia hidup kat dalam hutan, dilindungi dengan pokok2 tinggi kat hutan kan, so tak delah kena panah dek sinar mentari yang terik tu masa summer, sebab tu dia sedap hidup bawah pokok serai tu kot sebab sejuk sikit tak kena panas. Wahh excited pulak dah ni!!
Yong Kamariah said…
gue lagi 2 kali excited fasha kalu lah betui info tu, bery, bery excited buah bery tumbuh kt depan umahku! hihi

Popular posts from this blog

Sekalung Budi Segunung Intan....Happy Mother's Day!

I'm not a Super woman...

Kasut dari Auntie Jeet