Kisah Satu Weekend


Salam semuanya.

Sejak melahirkan Cik Aly melalui tingkap, I have aummm... chakk... back pain. Means kejap ada kejap takdek, main peek-a-boo plak back pain ni yah, but lately, sometimes I just can't endure the pain, selalu bila bangun tido, kenkadang time nak pakai spentot pun hazab sengsara nak bend down tu, keras kejong le kaki time nak menyarung tew. Sakit sia. Bila aku tanya kt member yg ada experience amik epidural time deliver, ada yg kata gitew, le maklum le masa prosedur tu kan ke sikit punyalah jarum tu dicucuk kt area tulang belakang tu. Nak2 aku yg dah sekian ada history back pain on off sebelum itew. Malas betul lah nak jumpa physician ni, kang ada macam2 prosedur lah plak lagik kang whatever lah. Sabo jelah mokcik. Pahtu aku rasa tak lain tak bukan haku yg dah gain weight secara besar-besaran lepas deliver, perghhh sume kancing kain baju dah sendat, canner? canner tew?? maka maybe badan kita dah tak mampu dah nak menanggung beban lemak itew... hermmmm whateverlah apa celup.  I have to be strong for my kids. Tak larat camana pun balik umah hidup cam biasa tetap diteruskan, cooking, feeding the kids, sapu lantai, kemas dapur, laundry and the list goes on and on sampai biji mata dah terlelap, bestnya jadik puang ni yerkkkk....hermmm, tengok tok laki kitew, balik lapo makan pahtu golek2 tgk berita pahtu terlelap hermmm senangnya hidup depa nihhh, klu kena berleber mulalah tensi, haku dah lotih jang... time ni mulalah rasa jakpa on sbg idola hawhakhak..... ya Allah rahmatilah isteri2 mithali, aku sesungguhnya tak mampu buat sume tanpa komplen sana-sini huhu....whatever apa celup lah.

Baiklah, baiklah, kembali bersiaran dlm episod apa kau buat di weekend itu, auw cam bajet tak dek story jek.
Weekend tengah2 bulan baik duduk diam kt umah je klu tak mo duit melayang dlm sekelip mata klu sengaja gatal jalan2 cari pasal. Duit sekarang giler dow, tak mau diam dlm purse langsung. Kira aku klu nak beli barang runcit2 sikit singgahlah Speedmart tu, alang niat nak beli susu anak setin keluonya siap ko...dari 50-60 terus jadik 100 hinggit, sib baik speedmart klu tescomart pitammm...haku pun tatau le apa duit tu buat, last week aku draw duit 500, cukup hujung minggu dah habih...yang nampaknya susu ngan diapers anak je, ajaib betullah duit dlm tangan seorang wanita ni...ke sbb ni namanya inflasi ni, sume benda naik harga last2 duit dah tak berharga duhhhh....


Jadi marilah kita memasak. Last weekend masa balik Kuantan, ada beli stok fresh seafood sbg bekalan ke KL. stok2 nak masak hujung minggu gitew ahaks. Well, the weather is klea...birds chirping around, clothes are spinning in the washing machine, the baby is shouting...errr always for no reasons, the son is giggling ecstatically over some online games, the father is still snoring... what a view, what a sound, what a life, wonderful life...grrrr..

But this one, cooking is such a therapy eh?...
Hari itu bonda memasak ikan tenggiri masak lemak cili api dengan mangga muda anak-anakku...mangga di depan rumah kita tahun ini galak berbuah, bolehlah kita merasa dan berbahagi kepada jiran dan sanak-saudara....(eh bila dah masak togel plak dah ikan ni..) Tiada yang lebih membahagiakan apabila melihat suamiku dan anak-anakku makan begitu berselera hingga bertambah-tambah tengahari itu...tetiba teringat iklan petronas burung apa?

Apatah lagi adanya sambal sotong ini, bondamu mmg suka buat sambal sotong dengan bendi ini, rasa bendi-t like Beckam pula tiba-tiba
Adikmu pula semakin ligat ke sana-ke mari, suaranya apatah lagiklah..begitu nyaring mengalahkan Adele the singer bila tarik suara, kenkadang bonda teriak balik kt dia, mau diam dia. Tapi sekejap je. Kalau bonda menghilangkan diri sahaja lagi lah parah jeritannya itu, nasib baik jiran2 kita tahap kepohcinya adalah minima, kalau tidak our door bell with be ringing non stop from morning to night. Hendak menyuruhmu tengok-tengokkan adik...hermmm sekian, wassalam. Sabo jelah bondamu ni tau.

Adikkmu, Cik Aly sedang menonton Baby TV, nasib baiklah encik Estro kata RM5 hinggit sebulan, klu tak... dok rok cetong dohhh bak kata orang Ganu. Well bonda is happy coz she loves it. Walau kejap2 je dia layan sbb adikmu nampaknya mempunyai agenda yg lebih penting seperti berlatih memanjat safety gate yg ayahandamu pasang ditangga. Tu pun nasib baiklah dah pasang safety gate klu takk... dah tentu dia tgh praktis memanjat tangga itu. Pastilah bonda jugak yang pitam.
Dan adikmu juga ada bunga2 nak feed sendiri dah. Dulu bonda kemain risau nak bagi biskut takut choking hazard cenggitu, tp sekarang adikmu ni kemain bedal semua benda kalau disuap, rusks2 sume dah tak main dah.. bonda bagi biskuat Tiger she can finish 2 pieces in no time fly...sungguh terel adikmu bab makan ni, bonda suap potato bread dip in a warm water pun dia nganga je mulut sampai habislah jugak sebuku, syabas mere bete. Dalam gambar ini kelihatannya mamee monster yang kamu makan bonda letak sedikit dlm pinggan lepas tu dia selamba bagi tengkerap and then bertaburan dan dia kutip dan kemain suka memakannya, parah ni kalau ayahandamu tahu ni....

Adikmu yang tertidor keletihan setelah sessi training bertatih. Hari itu sahaja dua kali adikmu tersembam lalu berdarah mulutnya. First sbb dia tgh praktis bertatih, second masa bonda letakkan dia dlm bath tub lepas tu tinggalkan dia sekejap sbb nak buka lampu bilik air, adikmu lantas bangun dan nak mencapai baby bath lalu dgn bath2 tub tu terbalik dan dia tersembam buat sekian kalinya....kurrr semangat bonda panik giler eh, apa word giler ni buat di sini ni... panik sbb her mouth was bleeding, sampai ke petang on off bleeded... kesian sangat kt adikmu, bonda menyesal sgt sbb tinggalkan dia sebentar (psttt jgn beritahu Ayahanda). Seriously, I was so sorry of what happened. Maafkan bonda dik.

----------------------------------------------------------
Letih juga guna ayat skima ni yerk. Boddo sokmo bak kata UAI.


By the by, owhhhh Ammar tetiba nak menggitar la plak...ummi, camana lagu tu, "aku duduk di situ..." camana? caner? sambil greng greng ukelele apaknda ko. wahhhhh Najwa Latif la pulops... Najwa Latif la sangat...haha...
alahhh tak jadik la... ate ko ingat omaknda pandai ke goreng gitar? ko suruh greng greng omak pun greng greng le versi takdek cord lasungg hihi.. akhirnya lagu popular yg keluo dr Ammar, "saya ayam kokokok...saya itik kuekuekuek..." sekian.

Talking about Ammar, dia makin rebellious sekarang ni, pantang apak dia tegur/marah dia akan melawan, at one point sampai ajak bergaduh cam dlm Kung Fu Hustle tu, yg pasang kekuda pahtu tangan kuit2 ajak mari-mari lawan aku gitu. Nak gelak pun ada. Tp nampak apak dia start cekak pinggang lari menikus ke atas. haishhh.. we can't treat him like a small boy lah dear, dia dah masuk teenager. Selalu lepas dia buat gitu, kitaorang buat2 ignore dia... bila dia tegur tu kita tak layan mulalah menangis2. And since dia tak boley masuk sekolah agama rakyat (tahun lepas dah cuba, he can't socialized ngan normal kids nampaknya, kalau org tak buli dia, dia cari pasal ngan org, sampai kaki dia terhencut2 kena side kick ngan some noti boy kt sekolah). So sekrang ni kita hantar dia tuisyen malam2 belajar iqra dulu. Pelan2 nti kalau ok bolehlah tambah subjek fardu ain ke apa. we'll see.

and the last petang itew...alohlohloh... setelah puah omakndah berleber.. akhirnya timbul keinsapan diri apaknda mu nak...petang itu dia memberus lantai depan umah.. way to go hon, you can do it...(pom pom girl sedang memberikan semangat yg sgt hebak nih...) owhhhh  sungguh kacak suamiku disitu.. engkau dudok disitu..diam tersimpul malu.. eh tetiba Najwa Latiff la pulops....

hermmm talking about where the money goes eh...
kita suka, kita sukew... dkt ngan umah kita, ada satu resto ni (resto jiran kitew), ada section duduk2 cenggini, sgt mesra alam, baby friendly cam ngan ada baby yg suka merewak2 cam mokna ni, jadik sementara nak tunggu order sampai bulehlah dia fefeeling cam kt umah...


sampai fefeeling ke bawah mejalah mokna ni, pahtu kutip benda2 sepah kt bawah meja pahtu puappp dlm mulut haippp biasa ni....suka ngutip sungguhlah mokna ni sorang, sengsara rasanya nak kontrol dia dari mengutip benda2 yg tak berfaedah lagik tak berkhasiat itew... ya Allah, kau bagilah perut yang kebal dr bakteria kepadanya amin.

the one that we had that night.

Sekian dulu, babai.

Comments

Yunne Osman said…
mmg la kalu amik epidural akan rasa sakit2 pinggang ni. masa saya gave birth to eshan, i didn't want the epidural. they gave me something else. tp sbb insertion tu kat spine jugak jd kdg2 tu rasa la lenguh2 pinggang.

cutenya ammar nak jd najwa latiff hahaha well at least he's being creative and artistic. kot2 nanti jd mcm umar naufal tu heheh
Yong Kamariah said…
yuhuuu cik puan Yunne,
gitu ek? ramai kata cenggitu, rupanya ada effect jugak ye, ada hari humang aiiii kennot take it sakitnya tew uhuh....

ammar dah masuk teenager tu so ada jiwang karat sudah masuk dlm itu kepala haha... umar naufal? tak pernah dengarlah, akak kan remaja purba so ketinggalan LRT teheee...
Yunne Osman said…
sorry lambat reply, busy sket lately. sorry, saya salah nama pulak. UMAR HASFIZAL sebenarnya heheh ntah camne boleh tulis umar naufal pulak kat kak yong. dia budak autistic yang ada album. yes, he sings. jap saya bg link so kak yong boleh tengok

http://www.umarhasfizal.webs.com/

eh, ke kak yong yg suggest web umar ni kat saya dulu?? tak ingat dah saper yg suggest saya baca blog dia heheh

Popular posts from this blog

Sekalung Budi Segunung Intan....Happy Mother's Day!

Catatan Umrah 2013 : Kisah Di Raudah

STANBUL... HERE I COME!!! : PART 9 : SPICE BAZAAR & HAGIA SOPHIA