Raya korban 2009

Alhamdulillah, rasanya raya korban tahun ni penuh dengan penghayatan dan pengertian dan kemaknaan. Sebabnya aku pun ada sket buat korban 3 bhgn tahun ni, barulah rasa sungguh berarti. Nak2 lembu tu disembelih dan disaksikan sendiri kt belakang umah emak. Sungguh syahdu bila tengok lembu itu dikorbankan walau separuh jiwa rasa tak baper nak sanggup tengok. Tahukah anda aku tak pernah tengok binatang kena sembelih pun seumur hidup aku (kecuali ayam yg arwah bapak aku pernah sembelih dulu)? Dah umur perak camni baru le ada chan nak tgk sume tu. Tapi bila ingat2 citer nabi Ibrahim dan Ismail rasa sungguh pilu dan menginsafkan. Proses kenduri pun berlangsung dengan lancar dan makmurnya. Oh, remember aku kata aku takut sbb nak kena masak kenduri ari tu? Org kata bila ada teamwork-selain-apa-yang penting?-kerjasamaaa! : ianya menjadik sgt berkesan, jadi bila ada ramai org maka tak jadik burden dan ter escape lah aku dr masak benda yg aku rasa belum mampu aku nak buat.

Raya korban tahun ni pun best sgt sbb sume adik-beradik dpt berkumpul utk kenduri kesyukuran dan tahlil arwah ayah sekali. Jadiknya you all tgk le gambo2 yg I all tempekkan berjela2 ni, let the pix do the talking gitu. Tapinya sbb takdok pitih nok beli kamera baru maka kualiti gambo ini adalah berdasarkan kamera henpon jek. Itulah antara pengorbanan aku, cadang nak sambar kamera baru tapi baiklah aku wat perkara yg dituntut dulu.

Menjelang Idul Adha :
Pagi raya sambut kt umah Buana Perdana dulu sbb encik A yg keje malam. So malam raya dah siap masak ayam sambal bali dan daging prune masak hitam. Pagi2 raya tinggal masak nasi minyak je. Pack siap2, lepas semayang raya bertolak ke kampung. Oh yea, sempat juga kirim juadah ni kt jiran tetangga.

Ayam sambal bali yg penuh dgn sampah sarap.

Nasi minyak tak pakai minyak sapi, gue alergik kt minyak sapi

Daging prune masak hitam. Resepi kegemaran kami sekeluarga ini seperti berikut :

Daging - 1kg

Bhn A (kisar) :
-Bawang merah
-Bawang putih
-halia
-serai
-cili kering (kisar asing)

bhn B : perap seketika
-Daging
-Lada hitam (tumbuk)
-2 sudu besar rempah kerutup
-1 sudu besar rempah kari daging
-kicap manis
- 1-3 sudu bahan kisar A
Gaul semua bahan dan perap seketika (lagi lama lagik kaw)

Bahan C
- Pitted prune - kisar
- kicap pekat
- 1 tbs sos lada hitam (optional)
-1 tbs sos plum (optional)

bahan D - rempah menumis - bunga lawang, cengkih, buah pelaga, kulit kayu manis

Cara2nya :
1. Tumis bahan A dan D hingga naik bau dan pecah minyak
2. Tuang bahan perapan ke dalamnya. Gaul rata
3. Masukkan air utk mengempukkan daging
4. Bila daging sudah empuk dan kuah agak pekat, masukkan bahan C.
5. Suaikan garam dan gula. Boleh juga masukkan 1/2 keping asam gelugur utk balancekan rasa masam, tapi rasa sedikit masam buah prune sudah memadai
6. Angkat dan hidangkan, boleh juga letakkan cili merah/daun bawang utk hiasan.

Selamat mencuba!

Journey back to kampung :
Aiseyman, hari raya nilah dia nak baik jalan pun wtf punya highway! Kan ke dah jem. Sib baik gue balik pagi raya, katanya yg bertolak malam raya tu ada yg sampai kg kul 4 pagi pun!

Anak yg jiwang karat sambil dengar lagu berkarat kt radio

Bapa yg masih macho di pagi raya bersamping segala

Emak yg tak habih2 posing poyo

Seekor kambing yg turut menjadi korban tahun ini

Isk... inikah kenderaannya nanti?

Doktor gigi yg sakit gigi masa hari raya dan juga anak2 buah yg dah jadik anak bujang trang tang tang dah ni hah...

"Omak! mano nak cukup bungo tolur ni kalau omak asek melantak tolur ni jo..", kata gadis berbaju kuning itu kepada emaknya.

Dah dahlah bergosip tu emak....

Haa... gulai pisang ni mak yong yg masak, mak yong dah budget ada yg dah muak makan daging musim raya cenggini, makanya sesuai benar utk dimakan dgn ikan masin dan sambal belanchan

The chronicles of gulai kawah, api susah beno nak hinggapnya. Dgn izin tuhan hari itu matahari mahu bersinar sebelum hujan mencurah2 tak berenti sehari selepas itu. Oh yea, ada dang anum juga di sini.Akhirnya ke tungku dapur juga ia hinggap...

Tak sia2 bibik Sujinah menanam tebu sekeliling umah, makanya selain sirap limau, air special ari tu adalah air tebu yang ghau2 manisnya

Pohon beringin... ada yg mmg tak boleh masuk majlis maka membawa diri di bawah pohon ciku ini sambil menyanyikan lagu Akim "Bengang " kuat2 ketika Pak Haji sedang membacakan doa selamat. Ketika itu emak dan ayah dia menjadi sungguh bengang, sumpah hoh!

Ada juga yg pura2 cuba curi tulang di sini.

Para kaum bapa dan veteran sedang membacakan tahlil

Meet the Auntie Sujinah - orang kuat segala seksyen dlm kenduri ini

Kita makan buffet style je le abang haji yek - menu utama hari tu : gulai daging, singgang daging, gulai pisang, ikan masin, sambal belanchan, sayur dan ulam2an kampung

Kita juga boleh sembang pasal politik selain perihal ladang masing2, alahai inilah generasi pertama felda BG ini.

Belah petangnya kaum ibu pula membaca yasin dan selawat segala

Dan inilah proses yg sakit sungguh dlm setiap kenduri kendara. Oh ye, yg baju biru ini adalah sepupu bibik Sujinah - coming soon adalah dua pupu diorang to the family!



Dan inilah saat tak bestnya - sorang2 berangkat pulang dgn pesawat dan direction masing2

Tinggallah emak tua yg termenung tgk anak cucu balik sorang2...isk sedih plak ingatkan emak ni.

Meet the sifu : sebelum balikKL belajar buat cheese cake dgn cik puan Dayang Hajijah dulu

Haih... tulah serba sedikit sketsa raya korban ini tahun. Syukur Alhamdulillah kepada tuhan yang memberi nikmat...

Di En.

Comments

Amri Mat Saaid said…
sbb tu dipanggei kenduri kendare, kenduri nye best kendare nye yg capek buk

Popular posts from this blog

Sekalung Budi Segunung Intan....Happy Mother's Day!

I'm not a Super woman...

Kasut dari Auntie Jeet