Bercuti (kah?)

Exhausted.

Monday, Day 1.

Jadi juga ke utara. Nyata benarnya kuantiti hujan yg sedikit. Perak, Kedah n Penang terik menyala. Route day 1 : Parit--Kuala Kangsar--Gerik--Gerik--Gerik--Kulim--Butterworth--Penang--Jitra. Reason tulih Gerik byk2 sbb tempat sepanjang laluan itu sgt alien sampai tak ingat nama. Welcome to nowhere, welcome to new dimension like never ending stop. Ku kira suamiku sgt memikirkan dirinya seorang yg adventurous. Aku capek, malas nak argue. Sampai di Penang apalagi pekena nasik kandaq sampai tersandaq. Round2 di Island macam tak de arah nak tuju sampai di Feringghi pekena laksa (tak kaw, sedey) dan rojak buah. Malam terus ke Jitra singgah rumah anak buah Azhar dan bermalam di sana.

Tuesday, Day2.

Welcome again to Langkawi, satu2nya tempat aku tak jemu nak pergi. Sampai kul 12, terus dpt check in hotel, tak habih rehat terus round2 di Island lagi. Makan di Beras Terbakar dan round2 lagi until my dear dropkan aku di Pekan Kuah utk pre-shopping sambil mereka berehat di hotel. Oh, shopping sgt mujarab sbb aku tak rasa penat langsung. Hem, tapi tak pula rasa harga barang2 murah. We'll be staying here for another 1 n a half day. Kali ini bawa MIL n SIL with her 2 small girls, bagus utk mereka dari terperuk dok kt kampung. Tapi tak bagus untuk aku sbb tak boleh gaduh dgn my dear dlm kete, oh, aku rindukan saat itu tiap kali pegi jalan2. Sbb aku seorang yg tak patience. Macam encik aku suka habihkan minyak dgn le tour pusing2 tak menyinggah tapi aku pula bising klu tak menyinggah, dan macam2 benda utk aku arguelah. Seperti biasa, klu kita pi holidaying dgn tetamu jemputan sebenarnya aktiviti kita terbatas dgn capability-an org itu, sperti kita tak boleh buat aktiviti outdoor byk sgt sbb kita fikirkan faktor2 keselamatan dan kesihatan org itu spt sakit kaki, sendi, etc., tapi tak pe janji org itu happy- eh, apa kau merepek ni mak yong oi dah stoplah.

Esok nak pi merayau2 lagi tapi kujangkakan byk dok dlm kete sewa ini tapi takpe janji hotel kt Pekan Kuah so petang sampai malam esok buleh meronggeng bershoping2an. Kau tahu saat ini sume org dah tido keletihan tapi aku ni je mata tak nak lena jadi memaksa aku berblogging kejap. Nasib baik deme keletihan klu tak berkuntaw berebut laptop pula dgn penagih game tegar. Ku cuba send gambar via bluetooth from henpon to laptop tapi hanya sekeping dua je yg dpt bolos. Oh, aku pun tak dek patience dlm bab2 macam ni. Ketika inilah aku teringat keterujaan utk tidak beretika sambil upload gambar di PC opis, sungguh cepat dan pantas.

Oklah people, naw aku nak tgk Edward Cullen sekejap, sambil berharap dia singgah dlm mimpiku malam ini. Adios! See you soon!One of the pix yg sempat diambil masa berendam kaki di Air Hangat petang tadi.

Comments

Popular posts from this blog

Sekalung Budi Segunung Intan....Happy Mother's Day!

I'm not a Super woman...

Kasut dari Auntie Jeet