Seharian di Kuala Sepetang (versi sambung jalan2)

Alang2 dah balik kampung ni elok le kita mengkada' mana2 tempat yg kita tak sempat ronda2 masa cuti ari tu. Remember final destination kt Taiping hari tu, org kata kalau pegi area sana rugi le kalau tak ke Kuala Sepetang, pekena mee udang. Oh satu cadangan yg sgt menarik itu, maka kita semua tanpa berlengah di pagi Ahad pakat2 berjalan ke sana dgn misi unggul pekena mee udang.

Ini dkt area Haji Dorani dkt2 Tanjung Karang (?) on d way balik kg, saje singgah tgk, kaki mancing buleh le lepak sini.

Maka kita pun sampai le kt daerah Larut/Matang, singgah umah arwah Ngah Ibrahim yg mula2 jumpa bijih timah kt Larut. Oh saya dah lama lupa Ngah Ibrahim yg femes dlm sejarah tu, ingat pergaduhan kongsi gelap Gee Hin dan...apakah San belakangnya - Hai San ke tu dan kaitan Ngah Ibrahim dgn pembunuhan J.W.W. Birch? ha, yg tulah (oh habis semua org dpt meneka subjek sejarah saya dpt gred baper masa sekolah dulu ni)

Inilah replika gajah yg bernama Larut kepunyaan Ngah Ibrahim yg hilang beberapa hari dan setelah dijumpai didapati kakinya berlemuih ngan biji timah (oh cikgu, bijih timah ke bijih besi ni?), makanya membawa kepada penemuan bijih timah oleh Ngah Ibrahim. (what a smokin hot patung, saya suka lelaki yg rambut teknik rebonding macam ini, sgt seksi (ustaz Akhil Hayy dikecualikan dlm senarai, oh sgt terluka hati I bila dia kawin dgn sidia)..
Apa-apalah pasai Ngah Ibrahim tu, officer kenapa ketika melawat muzium je saya pakai baju ini, pakai baju ini je saya masuk muzium?

3 org props sedang beraksi...Kita singgah pula di sini, melihat2 panorama alamTu dia... dah nampak dahhh... Mak Jah, red karpet please...

Ini dia mee udangnya, sgt tempting bukan...patutlah ada mitos yg mengatakan kalau mkn mee udang kt sini kita kena selak udang baru jumpa mee.. ye lah, padan pun dgn harganya bukan....
Kome siaplah menggaru balik ni kang.... kata makcik yg sedang merenung mee udang itu dgn sgt skeptikalnya... Ni dari pinggan saya... saya rasa tak le kaw mana pun meee udang ni, puas makan udangnya je lahSempat melawat industri pembuatan arang, kau kalau berjalan dgn Azhar MG habih ceruk mana pun dia nak pegi

Lagi2 muzium... kt Muzium Perak Taiping plak
Terima kasih kerana menjadi props sepanjang penggambaran ini

Tiada kesamaan dan kaitan pun antara mereka ini, samada yg hidup atau dah mati

Agak sedikit ralat pada lawatan kali ini kerana kami tak dpt masuk zoo. Sesampainya di muka pintu Zoo Taiping hujan lebat turun dgn sgt menggilanya. Maka rancangan batal. Balik.

Di En.


Comments

Telok Bakong said…
aumak menyongket aje kome koje kan

Popular posts from this blog

Sekalung Budi Segunung Intan....Happy Mother's Day!

I'm not a Super woman...

Kasut dari Auntie Jeet