Balik kampung lagi...

Beberapa hari sebelum balik kampung last weekend, Sarah talipon bagitau kaki mak bengkak dan bernanah. Sebab apa tak pasti tapi berita itu cukuplah membuatkan aku lugai perut dan susah ati. Maklumlah mak aku tu diabetes tegar, dlm 20 tahun jugek le mengidap diabetis ni, pulak tu jarang le hyponya, asyik hyper jek semedang sampai kengkadang tak terbaca dek meter reader tu. Makan toksah cakaplah, yg terlarang segala yg dia suka nak makannya. Pulak tu tahun ni buah2 kayu belakang umah mak sume menjadik, terutama durian belakang umah yg amatlah heaven rasanya. Mak lak selalu dok sorang, huh, bermaharajalelalah beliau mengadap durian tu sementara takdek org nak marah.

Maka sebalik dan sesampainya aku kt umah mak ari Jemaat tu, teruslah aku terkam dan terjah kaki mak dulu (ish ish ish kaki dulu?). Fuih, lega rasanya tgk kaki mak dah tak bengkak, luka dah kering dan kecut. Mak siap tengah wat kuih pau lagik. Kata mak ni mesti Sarah citer lebih2 ni, sian anak2 kena balik jenguk mak (alah, mak pun sukerrr...). Sarah bawak mak kt dua klinik punyalah riso dia sampai dah nak bawak hospital hari sblm tu klu kaki mak tak baik. Nasib baiklah ada mak su Sarah dok sama area ngan mak, selalulah dia balik jenguk mak selain balik jenguk kambing2 dia kt belakang umah mak. Kengkadang mak dok umah dia, tapi being typical org tua manalah mau nak dok umah anak. Jadik aku tak kesah langsung le klu nti mak nak wasiatkan umah or reta benda mak kt Adik. Banyak jasa dia kt mak yg aku tak mampu nak laksanakan. Adik aku ni kira proxy adik beradik le sbb nak tempah baju raya pun dia le gi hantar kt tukang jahit, nak stok ikan dialah pi amik kt Pok Ya, etc. etc.

Niat nak ke K.Teganu terpaksalah dibatalkan sbb Ammar pun masih tak baper sihat lagik menjelang Sabtu tu. Bukanlah tatau bandar KT tu agaklah panasnya maklum le ditepi laut, kang elok nak baik, balik demam plak budak tu. Jadik layan le request mak ajak pi Chini ngan Kuala Pahang nak lawat 2 org sepupu dia yg sama2 dibesarkan masa dia kecik dulu, kira cam adik-beradik la. Maklum le mak aku tu klu kira semak sebapa dia anak tunggal, bila arwah Tok ngan nenek aku dulu berpisah maka tinggallah mak aku terkontang kanting dijaga oleh mak sedara. Modal mak satu jek, entah esok lusa dapat dak lagik jumpa ngan dema2, yg heran dia tak ajak org lain, kata dia tunggu encik aku balik le baru buleh ajak gi sana sbb anak menantu yg lain amatlah culas nak gi belah2 sana tu. Encik aku tu memang le klu ajak gi jalan laju je dia, cuba soh bertukang dak pun menebas semak kt belakang umah, harrrrammmm maunya, jadiknya fair n square le ngan ipo2 aku yg lebih suka buat aktiviti bebas bila balik kg. Makanya meriahlah kejap umah mak bila hampir sume adik beradik balik jenguk mak. Durian mak pun sangatlah baik hati utk menggugurkan dirinya beberapa bijik masa aku balik ari tu. Jadik layankan le gambo sekitar balik kampung tu ari..

Aktiviti membaham durian live di pagi sepa'ie di bawah pokok durian oleh sekumpulan mokcik2 dan pokcik2 yg siap berkain batik bagai utk sesi photo shooting ini. Buat penonton jgn bimbang, itu bukanlah serombong jamban tapi kolong yg dah nak jadik tukun pun belakang umah mak ni.

Buah rambai ni seminggu 2 lagik masak ranum lah ia....

Apakah yang sedang dilihat oleh mereka2 ini???

Balik kampung tak sah tak makan ikan singgang aya ni, diperkayakan pula oleh sambal tempoyak dan budu itu, oh heavennya...
Cicah pulak ngan pucuk ubi celur ni...perghhh, cakap pun tak gunalah....
Sebelum balik KL, cari ikan segar kt jeti Balok ni, fresh from the fisherman's boat, lihat le kesegaran ikan2 itew...mak su Sarah pun dah ada 'boipren' kt sini, nak ikan talipon je Pok Ya, dia mesti simpan stok kt mokcik ni...

Pemandangan dari jeti..

Pas tu singgah jap kt jeti Beserah tgk le kot ada stok yg menarik lagik, berbanding kt Balok tadi, kt sini byk le sket gerainya, kt Balok tu cepat abis sbb stoknya baik punyer fresh. Kt sini sempatlah akak beli kepala ikan dan beberapa keping ikan tenggiri. Weekend ni buleh le masak kari kepala ikan....

Comments

Popular posts from this blog

Sekalung Budi Segunung Intan....Happy Mother's Day!

STANBUL... HERE I COME!!! : PART 9 : SPICE BAZAAR & HAGIA SOPHIA

Catatan Umrah 2013 : Kisah Di Raudah