Friday, August 7, 2009

Main masak-masak dan H1N1

Tetiba angin monsun rajin masak datang balik. Teringin lah pulok rasanya nak makan lasgna, amboi tekak ni mmg mengada2. Aku ni pun bukan pernah masak lasgna2 ni, kt pizza hut tu le pun tempat nak lepaskan gian sekali sekala, so cam biasa hop in sana sini blog resepi kt tenet, lain org lain resepinya, so aku pun cam biasa amik le mana yg rasa patut, yg lain aku wat alter sana sini ikut selera dan instinct aku. Encik aku off 2 ari so tersadai je kt umah tu. Ingat buleh le harap jadik cam bibik ke, sbgmana yg aku imagine balik umah tgk sume clear, lantai bermop, bilik air bersental, baju berbasuh berlipat, namun angan2 je lah mak ni, balik umah mak jugak lah yg adooo mengadap sume tu. Angin aku lak selalu je angin malas nak mengemas umah bagai ni. Malas dah rasa nak membebel ni, wat penat mulut jek. Tulah yg letih sket dpt laki ngan anak bongsu ni, 100% anak omak, yg tak biasa pegang penyapu, makan pun tinggal je pinggan dlm sinki, makan mak yg mengidang, air omak yg bancuh, dapat kawin lak ngan bini yg sama2 culas n byk vitamin M cam aku ni, maka umah tangga tu yg adoooo lah kan....

Aku ni slalu kalu bebel tu ckp kt dia ni bukan zmn anak manja mak lagi tau, awak kena wat kerja umah jugak, bla bla bla, sampai naik rimas le encik aku tu. Dia plak selalu kata kt aku klu buat keje umah je mesti nak membebel potpet2, aku kata harus la kan, sbb klu aku tak bebel keje dia tak jln, aku klu dah naik hangin tu boleh mencetuskan perang dunia gek le... kengkadang aku cam nak kritik je cara upringing mak dia tu, MIL aku ni ada 2 anak lelaki out of 6 anak, aku tgk cara deme ni klu anak lelaki ni tersangatlah di rajakan, sian lak aku tgk MIL yg mesti bersusah-susah klu ngan anak lelaki dia, yg pompuan ditrain jadik iron lady, serba serbi buat, bagi aku eh, ni takcilah, yg lelaki dok bersantai2 yg pompuan le keje lebih. Ada sekali masa tgh makan ramai2 abang ipo ku nak sambal belacan, dan2 tu jugak mak dia tinggal nasik dia basuh tangan pas tu tumbuk sambal belacan... mak aihhhh... berbulu betul aku tgk, ni dah terbalik, sapa yg tuan ni tatau ler, on d way balik aku nasihat encik aku spy jgn le jadik cam abang dia tu, tak kesian ke mak yg dah tua tu, bla bla... tapi bila aku ingat balik maybe tu dah cara deme turun temurun, so apalah daya aku org luo ni nak tuko the way of life deme ni... akan Tetapi... kt umah aku...mintak mahap le aku nak wat benda lagu tu, kene train gek laki ni wat keje umah, zmn ni sesama keje, sesama penat so pepandai la yek... panjanglah pulak aku mengumpat laki ni aih....

So layankan le gambo lasagna aku ni, first attempt not bad at all (sape lagik le yg nak naik lif pas tu tekan sendirik yek). encik aku tanya masak apa ari ni? dgn penuh eksyen n accent mat saleh aku kata 'lasagne my dear', encik aku ketawa terkekeh2 cam tak caya...




lasagna dari sisi sememet..oh encik aku gelakkan aku yek tapi menambah2 jek, kira2 separuh gek le portion dia sorang tu. 1st taim ni sos bechamel dia tu likat sangat, tu lah ikut kepala sendirik lagik, tapi lenkali tau le camne method betul dia...


Ni lagik satu issue selsema babi ni. Makin parah kt Mesia sekrang ni, nak gi tempat2 awam pun dah fobia ni. The death tol number is counting ni, nak hantar anak kt sekolah pun dgn ati separuh redho. mengikut extract email yg aku baca tadi lebih kurang camni (katanya based on true stoty) :

High risk infection to person yg smoking, has asthma & otherspenyakit, children,pregnant woman

*Beginner stage*Batuk, selsema, demam, sakit tekak, bila terbesin bunyi tak kuat...

*Second Stage*Susah bernafas, simtom macam asthma but not asthma, at this stage if you touch the person, or breath in the same room 80% boleh kena...masa ni kenakuarantin...at hospital. Masalahnya sekarang dah ramai yg kena. hospital takcukup katil & bilik kuarantin...Bila u pengsan macam nak mati baru dia orgadmitted.macam kes adik I.

*Critical *Lung infection. Bila X ray we can see the virus covered the lung. Like mybrother case. Very scary bila tengok x ray tu. At this stage u need oksigenwith highest level, Strongest antivral..very high drug. At least 7 daysoksigen kena bagi. % to recover depend to age, imune badan u. That's whykalau baby atau budak2 susah nak kata...normally die. My brother hari nigenap 8 hari..still need oksigen.Kesian dia. Masa tahap critical tu tercungap2 dia bernafas, sampaimenangis..Sampai satu tahap dia berguling atas simen sbb dah taktahan...sampai dia give up ..sampai dia blh cakap lebih baik Allah ambiknyawa dia...Itu lelaki tu..imagine kalau pompuan atau budak2. We all cumablh tengok dia dari cermin...tak blh masuk dlm bilik kuarantin...Dr & nurseaje boleh masuh...siap pakai baju plastik. To support him, what we did bagisms, bagi dia alquran biar dia baca so that dia tenang, bagi tasbih biar diazikir ingat Allah & bagi Air Yasin...Alhamdulillah pastu dia ok sikit.

Ada hikmahnya...All the family member uniteto support my brother fighting the virus.Masalahnya hospital swasta tak terima H1N1 case, sekarang ni semua dependhospital kerajaan yg most of the doctors still young . The oldest dr in mybrother ward was 28 years. All the Otai dah pergi private. Lepas tu plakthis is the first time to treat H1N1 patient. At the same time dr bz withother case as well...1 doktor 5 patient...kat gov hospital...kesian dr2tu...berhempas pulas nak selamatkan patient. I appreciate them, mmg veryappreciate dia org jaga adik i dgn baik sekali..So far hospital Ampang isthe best goverment hospital yg i jumpa..very efficient.Very quick action..Even senior dia org dah pergi private & they don't have much experience ,dia org tetap work hard give the best treatment to the patients..sampai takbalik rumah...tidor kat hospital.Rasa nak peluk & cium dia org sebab selamatkan adik I...Thanks to Allah

*From:* Lina Rahmat

Maka, sama2 kita berdoa supaya Allah melindungi kita dr virus yg membunuh ini, inikah bala Allah taala dr kemungkaran yg sedang berlaku dimuka bumi ini? Tok sah pandang secara global lah, secara kt M'sia ni pun kemarin baru baca news org buang baby sampai kene makan ngan biawak, beb ari sebelum tu buang baby kt tandas pompuan sekolah asrama, hai, lindungilah ya Allah kami semua dr azabmu, amin.


No comments:

Sign Off

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Timeofmylife