Diari Ramadhan

1 Ramadhan 1430H.

Alhamdulillah, tuhan bagi aku peluang lagi untuk menyambut Ramadhan kali ke 35 dlm hidupku. Terimakasih tuhan, Allah yang Maha Baik.

Day 1
---------
Wehuuuu...dapat aku menyambut pose ngn mak dis taim around. Mlm Ramadhan tu bertolak dr KL kol 11.30p.m. gitu dr opis encik aku sbb dia keje mlm, sampai kul 2.30 a.m. gitu kt umah mak. Kiranya dpt le menyahur kt umah mak ngan K. Long n famili sekali. Bestnya sahur kt kg sbb mak ngan K.Long akan jadik tukang masak, dr takdek selera terus dtg selera tgk lauk panas2 dah menunggu. Klu kt umah sendirik jgn harap le aku nak bgn masak bagai kul 3-4 pagi tu. Pagi tu K.Long ajak pi Teganu sbb nak hantar cadar n comforter kt umah K.Yah. Aku mmg dah cadang nak pi KT sbb nak carik serunding n usha2 le kain2 batik ke sutera ke kt Pasar Payang. Konvoi ngan MPV baru abang iporku (hadiah diri sendirik kata dia), singgah Pasar Payang mata pun dah kelabu mabuk payang ngan batik2 sutera chiffon, crepe, digital, sume ada. Niat utk usha2 aje terus berkubur dgn tangan tak bedung aku ni zas rentap selai dua, sbb ada jual diskaun baik punya sbb dah bulan pose kan jadik harga dah turun.

Ini yang nak dicarik, wat stok bulan pose ni, sahur buleh mkn ngan nasik, dak pun mkn ngan Quaker oat pun beh cam kami makan sahur tadi, dak pun kisar halus2, wat inti popia kecik.

Tapi yg ni kena rentap jugak, babap sekali tangan tak berbedung ni, biasa ni... ekceli, batik chiffon + satin ni aku jual kt opismate sbb masa 1st round aku beli kt diri sendirik pas tu aku pikir2 bila lagik nak dapat harga camtu so aku borong le 4 psg utk juai , aku check kt tenet RM230 org juai, tak le tergamak aku nak juai rega tu nak2 ngan org kita kenal kan....chewah, kira aku tolong jugak le tu (hihi), oleh kerana poket dah kempis sbb blm dpt gaji lagik, aku pinjam le dulu ngan KLK wat modal, huahuahua...


Buka pose kt anjung umah Kak Yah.

Habih shopping bertolak ke umah Kak Yah. Balik bshopping aku dah terlepek, sikit lagik nak termuntah, ngalahkan budak lak aku pose 1st day ni, so aku tido je lah, sedo2 dah bukak pose.
Oh yea, Ammar dapat pose setengah ari 1st day ni. Sbb dia buleh tahan makan tu sbb dok dlm kete, aku dah siap tapau makanan, aku kata selagi dak pukul 12 aku tak bagi makan, tu kalau kt umah tu haruslah sedo2 tgh menguyah biskut je tu, nampaknya dak tu tak paham lagik arti pose sebenonya ni, sedih gek aku, aku ingat nanti weekend aku kena siapkan rotan lah, kena rejim sket ni nak enforce pose ni...

Malam tu gotong royong pasang cadar kt resthouse K.Yah, dah bukak resthouse la pulak akak aku sorang ni....meniaga kt pekan koboi ni tak byk saingan, so buleh le survive sesikit kata dia...tapi RM180 semalam utk 'suite' (chey, suite ke) yg ada dapur bagai tu ngan 3 queen bed aku kata murah giler, dia kata slow2 ler, promote sket ni...

3 org ni baik dlm gambo je ni...kt luo bergaduh bagai nak rak...sekrang ni je kurang sket..

Day 2
-----------
Sebelum bertolak ke Kemaman umah K.Tie singgah kt kedai ala2 salon n spa K.Yah dulu bagi menyokong bisnes adik-beradik (aku rasa rugi giler akak aku tu sbb juai brg asek bagi diskaun je kt kitaorang)

Promote sket, singgah le kt De Raudhah Salon kt Bandar Permaisuri, Setiu klu terpergi kt sana..


Gaya toke yg sdg melayan pelanggan (fenin la nak bagi diskaun ke nak bagi free). Dan seperti biasa tgn tak berbedung ini tlh merentap apa ke nama tu Dr Jusmate ke hape, cadang nak kurus kan... lepas tu bertolak ke KT sbb aku nak menyinggah lagi kt Pasar Payang, sbb KLK dah tertawan ngan batik chiffon yg aku beli tu, dan aku pun teringat kt budak2 opis ni mana le tau nak serunding, so soh org yg juai tu bungkus RM5 sepeket2. Dah singgah sini le aku ngan KLK ingat nak juai batik chiffon tu sbb harga tgh murah.


Lepas hai2 bai2 dan singgah kt Pasar Payang round 2, bertolak ke umah K.Tie, ha kau habih sume umah adik beradik singgah utk iftar ni. Saje le lalu round2 kt Dungun. Ini gambo dr atas jambatan Seberang Pintasan Dungun, cantik giler scenery kt pantai Dungun ni.

Singgah plak kt Kijal, beli lemang kt deretan gerai lemang yg femes kt Kijal ni. Mak aku le yg teringin beno nak makan lemang Kijal ni. Aku sekali lagi terbeli jeruk2 yg dgn seksinya sdg mempamerkan diri kt situ..

Tu dia... 'appetiser' nak buka pose, huhuhu... Dah sampai kt Kemaman baru le teringat, hari ni besday Ammar la! Loh... bebudak ni kata ada Secret Recipe kt sini buleh le aku menerai kek baru apa kenama tu, reropanya yg adoo... ah, gasak le, belasah le mana yg ada...


23rd August.... Potong kek dlm keterpaksaan... Ammar dah jumpa game baru kt komputer sepupunya jadik nak ajak tiup lilin pun kena paksa ni...buleh menangis lagik tu, parah sungguh budak ni...

That day Ammar was officially 8 yrs old. Happy besday sweetie!

Day 3
------
Lepas sahur kt umah mak, bertolak ke KL. Aku amik cuti semalam. Sebelum balik singgah pasar beso Kuantan beli le ikan, udang, sotong bagai wat stok minggu ni. Sampai umah dah settle down apa yg patut terus le masuk dapur, Ajie n K.Long n famili nak buka kt umah plak. Menu ari ketiga ni sup ayam, sambal petai udang, ikan bakar, ikan goreng, sayur n lemak cili api siput sedut. Nasib baik ada KLK tak le letih sgt aku.

Alhamdulillah, rezeki tuhan...

Close up sket...

Sebenonya aku ni masih terkilan jugak sbbnya walaupun namanya balik kampung tapi tak dpt berbuka kt umah mak jugak, nasib aku le dis taim around... nti cuti Nuzul Quran encik aku ajak balik kt Bota lak... dah la raya kt sana tahun ni....huhuhu

Comments

Popular Posts