D : 5 juga
Haruslah di tghari rembang ni mata pun dah kuyu kan, nak makan pun tak leh, nak merewang ke Giant dpn ni pun rasa tak larat pulak sbb aku ni kalu kata nak carik 3 item mahu 10 item jugak boh dalam bakul tu. Bagi memberi inspirasi kepada Pn Z (cheyyy cam bagus jek bunyinye harharhar) dan menjolokkan biji mata kak Wawa, ok jugak le aku tempekkan menu aku semalam. Ekceli aku klu masuk dapur dlm kul 5.20 gitu dlm kul 7 dah buleh selesai (sket punya lama nak memproses bahan2 mentah tu). Disbbkan ahli jemaah umah aku (termasuk aku) tu nak nasik jugak taim buka mmg tokleh lari le dari masak yg heavy duty ni. Taim bulan pose ni mmg selalu aku wat stok cili mesin siap ngan bawangnya dlm fridge utk wat masakan sambal so buleh short cut masa. Makhluk2 laut cam ikan n sotong tu klu aku beli banyak2 wat stok aku bahagi2kan dlm plastik mengikut portion nak masak, so taim nak defrost tu tak le seksa sgt. Dpt 2 main lauk kira oklah. So main lauknya :
Gulai tempoyak ala Perak yg aku alter sket. Oleh kerana aku tak makan ikan darat, ikan laut le jadik mangsanya. The best ikan laut nak wat gulai tempoyak ni aku rasalah ikan kerisi merah. Yg betul2 merah tu, bukan yg ada strip kuning tu. Tapi aku heran plak kt sini susah nak dpt ikan kerisi merah, yg ada stripe kuning tu banyak le. Ikan2 bersisik ni memang le sesuai masak2 asam gitu. Makan tak hengat. Bhn2nya cili kering, cili api, tempoyak (klu tempoyak baru tak yah letak bawang), kunyit, ketuk serai dan aku boh selai 2 daun limau purut for flavor/bau.
Gulai tempoyak ala Perak yg aku alter sket. Oleh kerana aku tak makan ikan darat, ikan laut le jadik mangsanya. The best ikan laut nak wat gulai tempoyak ni aku rasalah ikan kerisi merah. Yg betul2 merah tu, bukan yg ada strip kuning tu. Tapi aku heran plak kt sini susah nak dpt ikan kerisi merah, yg ada stripe kuning tu banyak le. Ikan2 bersisik ni memang le sesuai masak2 asam gitu. Makan tak hengat. Bhn2nya cili kering, cili api, tempoyak (klu tempoyak baru tak yah letak bawang), kunyit, ketuk serai dan aku boh selai 2 daun limau purut for flavor/bau.
Sambal bilis petai, all taim febret aku n encik aku
Jumpa gek aku...semalam menggagahkan diri ke Secret Recepi sbb nak menerai kek barunya 'Pecan Butterscotch' (betul ke pun eja ni). Hmm ntah kenapa aku tak le rasa heaven mana tapi buleh la layan, KLK kata heaven gilerr...
Eksesori lain ikan goreng sumbat, sayur goreng dan sedikit kuih2an.
Makan lauk ni je wat ketiga2 makhluk tuhan kt umah aku semalam menambah2. Mmg best makan secara berjemaah ni, nak2 tahun ni menambah sorang lagik jemaah yakni KLK. Klu tak macam taim encik aku keje malam sorang2 le aku buka, jam tu mmg malas tahap cipan nak masak. Semalam sbb makan tak ingat dunia aku mengalami kesendatan perut yg amat. Aku ni bukan buleh sumbat bebanyak taim buka tu, angin je yg lebih. Lepas Isyak aku terus rebah menyembah tilam dan mulalah perut rasa tak selesa, sampai sahur aku rasa perut aku full. Sahur ngan quaker oat jek kami.
Oh ye sebelum lupa, semalam encik aku baru sedo dia tlh tercicir wallet dia masa beli kurma kt Pasar Ramadhan belakang umah aku ni sehari sebelum tu. Lebih 24 jam baru sedo tu. Beliau dgn penuh tulus hati mengharapkan sinaran ada org baik ati nak pulangkan wallet dia tu. Aku kata jangan harap ler... nasib baik hari ni ngan esok beliau off, masaklah beliau nak pegi sana-sini wat report. Dgn kehilangan itu maka dgn rasminya kad nikah kami dua2 pun hilang, satu kad masa aku kena rampok dulu, satu dlm dompet dia tu le (aku harap tak le kena ambush ngan jabatan agama klu aku terbedua ngan dia lepas ni, org tu pun agak2 le nak tangkap pasangan warga perak cam kami ni kannn...). Buat encik aku yg tgh skodeng blog aku ni (ye, aku tau dia dah tau kewujudan blog ni pasal aku dah tinggalkan jejak bertapak kt laptop tu, haii dah toklah nak ngumpat dia lagik la lepas ni...) : Lenkali wat cam saya ni yg sentiasa mengecheck purse 24 jam mesti ada di sisi yek.....
Comments
ape hei nye Encik "A" tu boleh cicior dompetnye