Warehouse sale
Ni kira entri dah basi dah ni, nak citer pasai Padini warehouse sale itu hari. Hari Jemaat lepas, bertindak di atas maklumat KLK, aku mengheret encik aku menghantar aku ke Glenmarie SA. Being a buta hurup as ever in bab carik jalan, maka dlm keterpaksaan encik aku menghantar aku ke sana tengahari tu. Setelah mencampakkan aku di tepi jalan encik pun pi la semayang Jumaat. Wah, org ramai dah berbondong2 nak masuk warehouse. Yg jantan pun tak kiralah ramainya, org berbondong2 pi mesjid depa pi join d sale la pulak...anyway, tu sendirik mau ingat laaa.
pilih jgn tak pilih kak oi..precaution action...
budak ni plak soh amik gambar saya kak, amik kak, ha kau, akak dah tempek gambo ko sekali ni ha...
Masuk dlm warehouse tu aku dah nak gelap mata, nak pitam, sume ada. Humang aiii, ramainya umat 1Malaysia, sampai aku jadik tatau nak pilih apa. Dlm ati aku kata sekapallah kita golongan marhain yg selalu carik barang murah ni... kuikuikui...Mana ke yg kata takut virus H1N1 ni (termasuk la aku). Ada yg heret anak kecik, yg baby dah terkuakua dah, yg preggie lah, ish agak kejam le yg heret anak kecik tu ngan suasana kelemasan camtu. Setelah terkesima beberapa lama barulah enjin aku nak setat, sempat le aku grab beberapa helai baju bajan anak aku. Bila tgk baju Padini, Seed yg rega RM9 selai baru le aku naik semangat. Selalu aku beli kt sale SOGO pun haram le nak dpt rega camtu. KLK kata warehouse camni kena pandai pilih. Masalahnya kepala aku cepat pusing ngan keadaan havoc camtu. Tapi aku teruskan jugek le perjuangan tu. Balik umah encik aku plak teruja tgk hasil tuaian aku dan juga hasil tuaian KLK yg tuang keje pagi tu (dasat budak ni, berani mati giler).
Encik aku pun ajak pi the next morning, aku, on aje la, soh KLK nannykan Ammar kejap, off we go dlm kul 9 lebih tu. Sesampainya di sana, tu diaaa... kete dah setat bersesak nak parking. Masuk dlm tu mmg boleh lupa anak laki n bini. Makin tinggi ari makin ramai umat manusia. This taim around aku ngan encik pakai mask, aku nengok ada le jugak beberapa kerat manusia pakai mask ni. Aku suka betul tgk Chinese shopping bila taim camni, cam gi perang, depa lah yg kaut2 baju dr bawah ke atas, aku tunggu je pas tu tumpang sekaki hihihi. Aku sempat le grab lagi baju, henbeg, purse dan encik aku pun mak oi, boleh tahan gek le bab ambik itu ini, aku le tukang buang balik benda2 yg dia amik dlm beg tu sbb takdek taste le beb.....
tu diaaa... ramainya umat, ni encik aku soh Amoi yg berdiri kt atas kotak2 kt warehouse tu amik gambo..amoi tu dgn suspiciousnya kata, aiyak, apsal mau amik gambar? encik aku kata nak tayang kt famili nti soh diorang dtg, amoi tu kata, ok, ok, bagut, bagut, nti soh mereka dtg ramai2 hoh... encik aku plak kata nti dia nak bagi kt editor contoh umat Mesia yg tidak mematuhi arahan supaya menjauihi tempat2 awam dan org ramai.. (hihihi, ckp tak serupa bikin)antara baju bajan yg aku sempat grab, sume pun harga RM9.00, balik nak kena rendam dettol ni..
Keluar warehouse tu ada plak org jual juice ni, 3 for RM10, org yg jual tu pun melambai2 kt luar tu so den pun lomah la terus menyerah diri...
ari Ahad pi kenduri kawin jiran Kak Long kt Saujana, first taim aku gi kenduri kawin anak mami cam ada kt Bollywood lak, on d way balik pi singgah kt umah kami yg terbengkalai kt area puncak alam sana, wah, nampaknya dah ada progress, bayangkan le projek ni dah terbengkalai since 2002...
on d way balik terserempak plak ngan larian paralimpik ke apa namanya ni, snap aje le
Comments