Diary 4

Salam Ramadhan dan 1Malaysia semua....

Hai sedo tak sedo dah 5 hari ari ni kita pose, bila aku sebut 5 hari tu haruslah aku tgh menyalahgunakan harta company sekrang ni, (ya ampun tuan Presiden sesekali kena hilangkan kebosanan dan kemengantukan, kan?). Malam tadi tak sempat nak tenet sbb wat keje buruh cam basuh baju dan lipat baju (cam bagus jek akak ni).

Makanya di awal2 pose ni haruslah bagi diri aku ni berkobar2 nak balik masak sampai mcm bersedia lumba lari di atas garisan tunggu pistol meletup bila taim nak clock out opis tu bagi meracingkan diri ke parkir bila jam dah sah2 pukul 4.45 p.m. tu (letih haih baca satu napas je ayat ni). Semalam aku dpt sampai umah dlm masa +- 20 min. Sib baik jln yg ku lalui tak jem sgt.
Dalam minggu ni dah macam2 menu yg aku dah reka2 dan berlegar2 dlm kepala otak. Masuk menggu depan aku rasa dah tak de idea dah nak masak apa. Tak pelah, nti buleh blog hopping. Setakat ni aku tak dek perasaan lagik nak menjenguk pasar Ramadhan. Sejak 2 menjak jadik surirumah ni aku mmg le tetiba jadik isteri mithali tiap kali tiba bulan pose. Mmg gas cepat le habih taim ni. Memula pose taim kawin dulu mmg le ada beli lauk tunjuk tapi bila dah kengkadang terkena lauk cepat basi, tak sedap dan harga melampau2 aku otomatik dah ubah tune. Masak sendiri kan buleh layan selera tekak dan wat suami tak sabar nak balik... cheyyyy, terlebih2 lak aku ni.

Day 4 main dishnya seperti berikut :

Singgang ikan aye

Sambal sotong

Dan... ini yang tokleh handle sekali...the 8th wonder of the world....nikmat dunia sementara you...

Dan juga eksesori lain cam ikan goreng dan sedikit kuih2an (ok, bab kuih muih tu aku ngelat sbb aku singgah kt belakang umat akak ipo aku, kira tu kuih jualan dia kt bwh flat umah dia lah tu)

Ok folks, sekian dulu buat kali ini...nak buat keje ni (hikhik) jumpa lagi...


( Ntri semalam takdek gambo akak so hari ni haruslah mengkadokannya ... huahuahua tak insap2 )

Comments

Popular posts from this blog

Sekalung Budi Segunung Intan....Happy Mother's Day!

STANBUL... HERE I COME!!! : PART 9 : SPICE BAZAAR & HAGIA SOPHIA

Catatan Umrah 2013 : Kisah Di Raudah