Bukit Fraser I

Cadangan untuk bermalam di Fraser Hill last weekend nampaknya tak dapat diteruskan disbbkan encik aku kena terpaksa bertugas ari Ahad tu, aiseyman, plan dah cantek dan baek punyer terpaksa le dibatalkan. Few colleague dia ada hal ke wat hal ke tatau le aku (sama ke?) Aku rasa cam aku kawin ngan ajen FBI/CIA jek, always on call. Encik aku cam biasa, sentiasa Bersedia, Berkhidmat dan Cekap dan aku rasa klu kena panggil di medan perbatasan pun beliaulah org yg paling redo sekali ke depan, cannot say no langsung, tapi aku pun dah tak kesah pun, kenalah komited ngan keje, esok kang menjawap le ngan bos beso ke, lagik pun ditgh2 fenomena virus yg makin berleluasa ni rasa tak dek mood nak outing pun. Tapi encik aku being a spontenous adventurer as ever ttp ingin meneruskan hasrat di hati kerana katanya kali last beliau pi sana pada era syarifah aini ngan DJ Dave dedulu, kira2 zmn 80-an dulu lah. Aku? On je laaaa, lagik pun bukan aku drebarnya pun. Kira pegi balik ari je, kata dia bukan jauh no pun.

Sebenonya kami nak pi sana tu adalah kerana in conjunction with our 9th anniversay dan Ammarnya 8th besday yg nampaknya akan di sambut di bulan pose nti. So kononnya nak celebrate awal togeder-geder la tu. So pagi2 yg dah tak buta lagi dah pi le menghala ke Rawang, memang tak jauh pun, tapinyerrrr... jalan mendaki ke Fraser Hill dari Kuala Kubu Bharu tu humang aiiii.... disarankan klu nak naik tu jangan le isi tangki perut penuh2 sbb haruslah terbarai isi perut klu tak tahan tu, sib baik lah kami 3 beranak ni kalis mabuk darat, cuma ada fenin la sket2. Sepanjang2 pengalaman mendaki Kemen Helan ke, Genting Helan ke, ini le Helan yg paling adventurous sekali aku rasa in terms of jalannya. Dari pekan Kubu Bharu tu dalam 40km dah sampai atas, kira2 dari umah aku ke atas adalah dlm 2 jam gitu. Bila sampai kt Gap tu aiseyman, terlewat 5 minit, makonya kenalah tunggu sejam lebih lagik turn nak naik atehnya tu.



Brunch dulu sementara nak tunggu Gap ke atas bukak. Kt Jalan Gap ni mmg disediakan tempat menunggu yg selesa jugak utk bersenggang. Maleh nak masak so tapau siap2 nasi lemak n nasi berlauk naik atas Waktu2 naik atas dan turun bawah kt Jalan Gap. Kami terlewat 5 minit je dlm kul 11.45 gitew so kenalah tunggu next kul 1.00p.m. Sket punye lama nak nunggu tu, so next taim buleh tgk jadual kt gambo tu bila nak naik.
Bila sampai kt atas tu terus le cam org gile kuasa snap gambo, pantang nampak tempat berkabus jek aku soh snap. Ini le 1st taim aku pegi n I already fall in love ngan ketenangan kt sini, kalu le ada banglo hinggap sebijik kt sini..hai bertuah badan...
Suasana kesayuan kt padang golf (kata encik aku, sorang kawan dia memetik kata seorang politician yg kata golf means Golongan Orang Lemah Fikiran, ish ish ish... ada ke patut...org tu jeles dia tak dpt main gamaknya tu) Posing sakan kt Pekan FH.


Anak ini seorang yg sgt tak sporting bila nak tangkap gambo.
One of d banglo yg byk kt atas tu. Kt bangunan apa tah namanya ni. Oleh krn anak ini tak sporting, maka ibunya telah menyorokkannya dibelakangnya. Ayahnya? Oh Ayahnya kata dia tidak terlibat dlm ini pilem, (ok, ataupun sbb ibunya dah gila kuasa berposing sampai lupa nak snap gambo ayahnya tu...)

Tu jelah dulu, end of part 1. Nasib baik ini blog sendiri klu tidak, dapat gelaran Ratu Nak Glamer/Tak Hingat....


p/s : Tips - gunakanlah beg or kids sebagai props untuk menutup perut anda didlm gambar...huahuahua...

Comments

Popular posts from this blog

Sekalung Budi Segunung Intan....Happy Mother's Day!

I'm not a Super woman...

Kasut dari Auntie Jeet