Ada apa dengan cuti? Continuing story...

Jemaat 14 Ramadhan - ok, bagi menghormati perut aku yg buat hal sebelum tu aku masak yg tak pedas, oklah, klu pedas pun pedas2 manjalah gitu. Aku tak guna cili padi pun tau cuma cili beso jek. Lagik pun makan bertiga je, wat yg simple2 je ler.
Ingat nak masak daging hitam berempah tapi dek kemalasan maka tak ikut piawaian kehitaman la pulak, jadik ini je ler hasilnya, nti bila aku rajin n masak betul2 aku akan turunkan resepinya kt sini.

Ingat nak masak sambal sotong lagi tapi tak jadik le sbb menghormati perutku, masak ngan sayur2an je ler

I've been craving for bubur/pengat butir nangka for past few days, ntah nape le tetiba tekak aku nak makan sgt bubur ni, geledah dlm kabinet lega aku jumpa juga ngan tepung pulut (bila punya doesn't matter..ohoh), teramatlah mensatisfiedkan craving aku ni, alhamdulillah... bubur ni mmg payah nak jumpa kt sini, ni makanan org pantai timur ni.


Sabtu - 15 Ramadhan

Oklah, lomah rasonyo eden bila dah kena tuko direction ni, takkan la nak unpacking balik kann. Tapi masa tgh lalu kt tepi bendang kt kampung kt Perak tu tetiba aku terdengo lagu Balik Kampung by arwah Sudirman kt radio tetiba aku rasa tersebak n teruja plak, did I find home?? Cam terkeren je akak taim tu. Tak lama sampai umah MIL org tua tu dah sibuk2 nak masak, aku tengok jam baru nak pukul 3, MIL aku tu mmg camtu tau, gaduh2 (kelamkabut) nak bersiap2 cam berbuka pukul 5, macam tu jugak la waktu sahur, sama le taim dia bangun tu. Pukul 3 pagi gitu. Waktu bila dia tido aku tatau le, ada aje le benda dia nak buat, patut le dia masih sihat dan kuat. Aku lak mudah rimas gaduh2 camtu...rileks laaa.. tapi apa nak buat dah kebiasaan dia. Sebelum sampai umah aku sempat le berleisure2 kt pekan Tapah (ke Teluk Intan?) buat beli petai ngan jambu2, tgh pose sume bekenan. Ari tu berbuke ngan lauk sambal udang petai, gulai nangka (lagi?) dan satu dua lauk lagik.

Malam tu sempat la pi tarawikh kt surau, tapi aku rasa cam tak kena plak sbb jemaah pompuannya renggang2, lebih kurang sorang satu sejadah, ntahlah ek, aku rasa cam masa aku belajo agama dulu cam tak sah makmum ni klu saf nya renggang tak rapat2 gitu so aku serba tak kena, nak rapat ke kanan sebelah kiri rompong, nak tegur kang tempat orang, ntah la ek, sila betulkan aku kalau aku salah... tapi mlm tu baiknya bendera Jepun aku ni, lepas2 terawikh tu maka sah le beraya aku, cam tahun lepas dah petang baru dia mai..tension giler

Ahad - 16 Ramadhan

Gi round2 Sri Iskandar cari lauk nasi dan stok dapur MIL, sedih no aku tgk sume stok dema dah habih, deme tu le maklum le duk kt kampung beli barang runcit2, ada tak dek je ler barang kt dapur tu. Aku jadik tukang masak lagi ari ni, lauk simple je ler, ayam kurma, sambal sotong dan lain2. Ari ni meriah sbb Kak Nyah encik aku dtg buka sekeluarga. Encik aku lain tak dek mintak ngan mak dia melainkan lempeng basah tiap kali pose. Aku cam tak tertelan kt tekak sbb ya ampun, manis tak terkata, tu pun MIL aku kata mana ada manis sangat... aku tatau le tahap ketidak manisan mereka itu camne, yg heran tak dek pulak kena kencing manis tu...


Isnin - 17 Ramadhan

Bertolak awal dlm dkt kul 10 sbb Yong encik aku ikut sekali sbb nak tengok anak dia baru bersalin kt hospital Ampang, so teruslah we all pi Hospital Ampang. Petang tu ingat nak buka umah Kak Long tapi tak jadik ar, aku ingat mak ada rupanya next week baru mak datang sbb adik ipo aku nak hanto. So terus tak dek mood la lagik pun badan letih. Ari ni masak simple2 je kt encik aku tu. Sejak aku beraya awal ni dgn rasminya bersara kejap snap gambo juadah sbb minggu ni encik aku keje malam lagik.

Jadik rumusannya, ada apa dengan cuti 3 hari? Nothing interesting to share.



kan aku dah kata, kt umah MIL kena pasang kelambu, Ammar ni klu posing tak senonoh tau...

Comments

Popular posts from this blog

Sekalung Budi Segunung Intan....Happy Mother's Day!

I'm not a Super woman...

Kasut dari Auntie Jeet