Wednesday, September 2, 2009

Checklist raya

Walau raya lambat lagik tapi apa kata try test wat checklist dulu.

1. Langsir - mix n match yg tahun2 sudah jadik laaaa
2. Perabot - Checked, perabot2 yg dah 9 thn ada tak dek kt umah aku yg kira dah lemau tu dah anto kt kampung, semangat umah baru katakan....nak le ada yg baru jugak, 3 bln sebelum raya dah checked.
3. Cat umah - kaler tahun lepas pun dah berpinor mata, rentikan laaa.....
4. Kuih raya - Ckecked, dah order dah
5.Bekas kuih raya - eh, bukan ke dah beli tahun lepas? ok, ok, mokcik lupa, checked.
6. Baju raya aku - Checked. Ehem, ni yang seronok ni, tahun ni dlm 6-7 pasang gek le dah sudah siap sedia ditempah, dah 2 bulan dok dlm almari tu, ala2 praraya la tu. Alah sebenonya 3-4 bln sebelum raya aku terjalan ke apa ke nama kedai tu alamoda ke, ada sale aku pun borong le 6 pasang gitu, niatnya nak wat pakai opis sbb lama no aku tak wat baju kurung ni, jadiknya bila dah siap tu baik aku rasmikan masa raya nti, ah, kira baju raya la tu
7. Baju raya anak - berapa banyak ko nak beli daa? berapa banyak ko pegi warehouse sale daaaa.... ok, ok, puan...tapinya kena carik baju melayu sepasang, alah, sepasang dah ler, bukan pose sgt pun dia tu...
8.Baju raya suami - pepandai la dia cari sendirik nti tu...(dia tu selalu nak sedondon, ha kau, masak tahun ni nak pilih 6 kaler...hihihi tapi encik aku tu sebenonya dah banyak baju melayu pun... dia tu tak suka membazir2 ni..ecehhh)
9. Table runner - Unchecked, kena carik satu
10. Duit raya - klu ada bonus ada la kot, klu tak dek bagi singgit dua cukup laaa kt anak2 buah tu sob sob... (yg tak tahan deme tu suka wat price comparison tu) , belah aku aje ada dlm 20 orang...masak aku...
11. Service kete - Checked
12. Duit raya kt mak mentua - Checked, bagi duit raya je ler, nak bagi baju bajan kang takut tak kenan
13 - Shopping kt Sogo dekat2 nak raya - wajib
14 - Kasut raya - Tiga2 org tak dek kasut raya lagik ni, unchecked

Apa lagi ek? Ada cadangan dari sedara sedari? Aku sebenonya ala kadar je tahun ni, cukup le tahun lepas dah beraya sakan, tahun ni perbelanjaan berhemah, kena hingat masa depan kannn..

No comments:

Sign Off

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Timeofmylife