Thursday, September 10, 2009

Bila tak pose..

Sangatlah menyeksakan orang tak pose di bulan pose ni tau. Tahap kelaparan yang sgt maksimum sehingga mencecah graf utk makan orang. Bila pose takde pula dia rasa lapar tak tentu arah cam ni plak. Itulah indahnya ibadat puasa yg diperintah Allah ni pastinya, bila kita niat maka segala enzim dan sistem penghadam cam tau-tau je nak biasakan diri ngan niat tu. oklah, baik aku mengaku sajelah, aku baru membaham nasi beriani kambing yg encik aku suruh aku tapau ke ofis pagi tadi. Baiknya encik aku hari ni tau, sangatlah sportingnya beliau takut aku lapar kt opis. Tapi jgn salah paham lak, encik aku kan keje malam, kt opis dia tu klu staff2 keje malam toksah riso pasal makanan sbb rezeki melimpah ruah pihak itu ini sponsor. Jadi nasik beriayani tu beliau wat balik malam tadi n dia simpan dlm fridge. Mai opis tinggal aku panaskan dlm microwave kt opis ni jek.

Tapi heran makan pun takdek rasa kenyang cam fulfilled atau bisa menquenchkan the thirst klu dahaga. Oh, sangatlah disaster rasanya ni, buat badan aku yg baru nak merasa longgar sket bila pakai baju akan naik balik. Aku ingat dulu2 masa dok asrama bila taim tak pose adalah masa yg ditunggu2 oleh beberapa kerat budak yg nakal cam aku ni. Asal balik sekolah tengahari tu berdedai2 lalu belakang kantin asrama dan makan dengan lahapnya makanan left over semalam yg disimpan khas oleh makcik Ijuk, makcik kantin yg femes taim tu. Alahai nekmat dunia rasanya walaupun lauk ikan ceremping ngan sayur lemak pumpkin. Asrama n sekolah pompuan la katakan, takde masa nak malu2 ni kannn....Klu Sabtu Ahad plak pepagi dah melenggang pi kantin makan makanan masa org sahur tadi. Siap buleh tapau lagi bawak ke bilik wat makan tghari plak. Masa kt asrama dulu makcik kantin ada cara spesel nak kejutkan org bangun sahur. Caranya beliau akan membunyikan loceng (bukan loceng fire drill tu) tapi loceng org jual aiskrim kling kling... tak cukup goncang loceng kt muka pintu kantin beliau akan menziarah dari dorm ke dorm dgn loceng still kt tangan, wat memekak je tau... aku klu sahur kt asrama ya ampun tersangatlah tak lalunya....tapi yg best buleh pi beli makanan tambahan kt luar asrama buat makan malam masa lepas prep, manalah badan nak rasa slim klu camtu, tapi tgh anakdara metabolisme ok lagik, bila taim kolej kt utim dulu plak mmg buleh kiralah bangun sahur tu, sahurnya kul 12 ikut menu tapauan sendirik. Klu tak pose jawapnya mee segera la...

Tapi kenangkan masa pose kt asrama dulu ada satu peristiwa yg aku takkan lupakan sampai bebila. Kitaorang dulu tiap2 tahun AJK makanan ada wat schedule ko dok kt meja mana, kira satu meja tu consist of a group of mix poeple dr form 1-form 5. Tiap meja ada kepalanya, maka taim pose ikut turn sape le kena mengidang makanan kt meja masing2. Dalam kul 6 lebih dah kena mengidang la tu. Ari tu turn aku mengidang food kt meja aku. Menu ari tu best, ada ayam (menu ayam tu kira best la tu beb) dan air sirap bandung, wow, bukan selalu dpt sirap bandung kt asrama tau. Teruja akak nak buka tau. Pas mengidang makanan tu kira terbiar le seketika makanan tu. Masa buka aku ngan lahapnya telan sirap bandung dulu, dah nak abis air tu maka timbullah satu anasir jahat terapung2 dlm cawan, ye puan2 sekelian, taik cicak namanya.... sib baik aku jenis minum tengok dlm cawan klu tak belasah gaya cicakman telan cicak le jawapnya..muntah hijau kejap aku masa tu...dah namanya sirap bandung, bukan air sarsi ke, air oren ke, air suam ke mana le nak tau apa benda yg dok kt dasarnya tu.... lama gek le aku tak pekena sirap bandung lepas peristiwa berdarah tu...(ada ke yg serik minum air tu lepas baca citer aku ni?huahuahua)


Buat masa ni aku amatlah teringinnya nak makan sepotong cheese cake cam ni...nyum nyum...

No comments:

Sign Off

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

Timeofmylife