D : 12

12 Ramadhan , Petaling Jaya - Seorang akak dan anak buahnya dan anak lelakinya telah mensantap nasik ayam untuk buka pose. Menurut akak tersebut (atau setelah seharian dia berpikir apa laa yg nak masak utk buka sejak dari opis lagik), memandangkan adanya sedikit lebihan ayam dlm fridgenya maka dia terfikir untuk memasak nasi ayam, ringkas dan mudah, tambah beliau lagik. "Tidak banyak renyahlah buat nasik ayam ni, masak nasik, pas tu masak ayam, jadiklah nasik ayam" , sumber memetik beliau sebagai berkata.

Mangsa... anak lelaki akak tersebut.

Sementara itu anak lelaki akak itu berkata "Umi saya kalau taim malas memang suka masak nasik ayam, tapi saya tak kesah sbb saya pun suka nasik ayam..."

Haih, merepek babun la pulak dah aku ni. Oklah, aku tepeklah jugak gambonya utk tatapan pelanggan setia blog ini yg selalu soh aku tepek gambo juadah iftar (Pn Z dan kak wawa...keranamu Melaysia...) sepertimana laporan Berita Hairan di atas aku masak nasik ayam je semalam, mudah dan ringkas, senang citerkan. Kesian KLK ngan dak Ammar aku kira cukup2 le ayam tu ropanya sehingga menjilat tapak tangan mereka itu. Nantilah aku tebus balik kesalahan aku tu... Encik aku keje malam seminggu ni jadik bak kata kengkawan klu sparing partner takdek masa nak buka ni maka kureng le semangat nak masak...


Sup all in one, buleh jadik sup sayur, buleh jadik sup ayam, gasak la, janji jalan...


Hitam la hitam si tampok manggis... ni bukan versi rentung tau.. tapi tekak aku ni klu ayam nasik ayam aku suka ropa ayam yg hitam, yg cam ayam Hainanise (betul ke aku eja ni) pnyer style pucat2 melesi tu aku kurengsss sket, aku main sprinkle ngan sume yg hitam je - kicap, sos tiram, sos lada hitam sket, sos bijan n madu, memang walau pun hitam kupandang manis...


Nasi ayam.. mai sepinggan...

Pandangan dari angle arial pulak...

Comments

Popular Posts