Kutu

Kutu sepertimana tajuk di atas bukanlah kutu kepala atau kutu sampah atau kutu beras atau kutu mat rempit tapi Duit Kutu, yes people in d house kutu yg ala2 belian kredit atau bahasa lebih halusnya berhutang di Kot Mamot lalu gunakan barang dulu bayar kemudian sebegitulah main duit kutu ni. Guess what dgn tak disangka2nya (eleh sebenarnya dah sangka tapi buat2 tak sangka) akak tlh dpt turn duit kutu bulan ini...

Wehuuuuu...dunia lihatlah... duit kutu dan sarang kutunya sekali disertakan disini. Silalah jeles seketika. Sangat harum dan wangi bau duitnya ghau ghau gitu (weh Jim duit ko je bau masam ko tukar kt pasar ramadhan semalam ek? hoho, aku gurau je...). Dah bertahun jugak bebudak opis ni main kutu ni termasuk lah big boss sekali. Aku tak sangka anak Rahimah ini menurun juga saka Rahimah suka main kutu dgn kejiranan kt kampung. Tapi Pn. Rahimah selalu rolling modal wat barang kemas. Baiklah, anak dia sila berhenti teruja sekarang sbb anak dia hanya mampu memegang saat2 keemasan ini utk seketika saje kerana :
Hutang kuih raya : RM154 (tamak haloba ke apa ni?), oklah, tu kuih raya yg order kt opis, belum lagi yg order kt tempat lain ni.., estimated : RM 200 lebih
Hutang bangla karpet : eh, tak dek, tak dek, mana ada beli karpet
Beli kordel sarsi dan sirap - RM100
Buat beli kasut raya, beg raya, balang kuih raya, ntahapahapa raya lagi - tak terbudget dah

Ok duit, sila duduk diam2 dlm purse.

Perompak sila abaikan entry ini.
Semalam main menunya adalah masak lemak pucuk ubi dan udang dengan tempoyak sangatlah panjang namanya ini.

Dari posisi tepi....


Ikan tenggiri masak sambal

Dah habih pi buat kerja.

Comments

Popular Posts